Isu nyanyian dan muzik merupakan antara isu yang sering diperdebatkan dalam kalangan masyarakat Islam. Sebahagian menganggapnya sebagai sekadar hiburan yang harus, manakala sebahagian yang lain menegaskan bahawa syariat telah menetapkan hukum yang jelas mengenainya.

Justeru, persoalan ini hendaklah dinilai berdasarkan dalil Al-Quran, hadis sahih dan kefahaman para Salaf, bukan semata-mata menurut adat, budaya atau kecenderungan peribadi.

Buku ini menghimpunkan dalil-dalil daripada Al-Quran, hadis, athar para Sahabat serta penjelasan para imam mazhab dan ulama muktabar berhubung hukum nyanyian dan muzik. Turut dibincangkan hujah-hujah golongan yang mengharuskannya berserta jawapan ilmiah terhadap syubhah-syubhah yang diketengahkan. Selain itu, buku ini menjelaskan sisi bahaya nyanyian dan muzik terhadap agama dan akhlak, di samping menerangkan bentuk-bentuk nyanyian dan muzik yang diharuskan oleh syariat.

Disusun dengan bahasa yang mudah, ringkas dan padat, buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi sesiapa yang ingin memahami hukum nyanyian dan muzik berdasarkan nas-nas syarak serta pendirian para ulama Salaf. Semoga ia menjadi panduan ke arah beramal dengan ilmu dan memelihara diri daripada perkara yang dimurkai Allah.

AGAMA IKUT SUNAH; BUKAN PETUA

Posted on
Reading Time: 1 minute
Ada pihak menyarankan untuk mendapat fadilat malam Lailatulqadar dianjurkan membaca surah al-Fatihah tiga kali, al-Zalzalah dua kali, al-Kafirun empat kali, al-Ikhlas tiga kali dan Yaasin sekali. Ini berdasarkan petua ulama,…

ARTIS JADI IDOLA SEMBAHAN DI BARAT

Posted on
Reading Time: 1 minute
Semalam telah dibahaskan tentang perkataan ‘idola’ dan dijelaskan bahawa ia kembali kepada maksud sesuatu yang dijadikan sebagai sembahan. Dalam Al-Quran, Allah ﷻ menyatakan bagaimana orang-orang Kristian telah menjadikan para pendeta…

IDOLA IALAH SEMBAHAN

Posted on
Reading Time: 2 minutes
Elakkan menggunakan perkataan idola apabila merujuk kepada orang yang sangat diminati dan dikagumi. Ini kerana asal maksud perkataan ini dalam bahasa Inggeris merujuk kepada apa yang dijadikan sebagai objek sembahan…

PUASA SEBELUM ISLAM

Posted on
Reading Time: 1 minute
Manusia sudah lama berpuasa sebelum kedatangan Islam. Ini sebagaimana firman Allah ﷻ: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan…

UCAPAN MAKMUM SEMASA DOA QUNUT WITIR

Posted on
Reading Time: 2 minutes
Bacaan doa qunut witir sebagaimana sabit dalam al-Sunah ialah doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ kepada cucunya al-Hasan bin Ali – radiallahuanhu – iaitu: اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ…

DOA QUNUT WITIR

Posted on
Reading Time: 2 minutes
Malam ini mula doa qunut solat witir. Muhasabah di pertengahan bulan Ramadan. Amalan-amalan kebaikan yang dilakukan perlu diteruskan manakala apa yang terlepas hendaklah segera dilaksanakan sebelum Ramadan berakhir. Ini kerana…

SIKAP MUSLIM DENGAN IBADAHNYA

Posted on
Reading Time: 1 minute
Muslim sentiasa melihat amal ibadahnya sedikit. Dan amalan ibadahnya memang sedikit dan dia melihatnya begitu. Sama sekali dia tidak akan menganggapnya banyak ataupun merasa ujub kagum dengannya. Sebaliknya dia senantiasa…

PENTINGNYA AKIDAH TAUHID

Posted on
Reading Time: 1 minute
Dakwah sekalian para nabi menekankan akidah tauhid. Ini kerana barang siapa yang akidah tauhidnya bagus maka amalannya pun akan turut jadi bagus. Sedangkan orang yang akidah tauhidnya rosak maka akan…

PUASA SEBENAR

Posted on
Reading Time: 1 minute
Puasa bukan sekadar dengan meninggalkan makan dan minum. Tetapi puasa ialah dengan turut meninggalkan mengumpat, adu domba, mencela, memaki hamun, perkataan dan tulisan jelik, mendengar muzik, melihat benda-benda haram di…

RAMADAN BULAN MENGIMARAHKAN MASJID

Posted on
Reading Time: 1 minute
Muslim dianjurkan menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mengerjakan solat Tarawih berdasarkan sabda Nabi ﷺ: مَنْ ‌قَامَ ‌رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. “Barang siapa yang menunaikan solat (Tarawih)…

Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu

Posted on
Reading Time: 1 minute
Kata Syeikh Saleh al-Fauzan hafizahullah: “Hari datang silih berganti manakala umur hayat terus berkurang. Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu sedangkan apa yang akan datang tidak diketahui. Sebaliknya apa…

BERSABAR, DIUJI ATAU MEMPEROLEH KEJAYAAN: MANA AFDAL?

Posted on
Reading Time: 1 minute
Ujian ialah persiapan Mukmin untuk memperoleh kejayaan di dunia. Dikatakan bahawa Imam al-Syafie ditanya tentang yang mana afdal; sama ada bersabar, diuji atau memperoleh kejayaan? Beliau berkata “Mendapat kejayaan merupakan…

BULAN RAMADAN

Posted on
Reading Time: 1 minute
‌مَنْ ‌صَامَ ‌رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ‌وَمَنْ ‌قَامَ ‌رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. “Barang siapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan…

Allah susutkan riba

Posted on
Reading Time: 1 minute
“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya.” [Al-Baqarah, ayat 276] Dr. Idris bin Sulaiman26 Syaaban 1444H19 Mac…

MAJORITI AHLI SYURGA & AHLI NERAKA

Posted on
Reading Time: 1 minute
Sabda Nabi ﷺ: اطَّلَعْتُ ‌فِي ‌الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ، وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. “Aku melihat ke dalam syurga lalu aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang miskin dan…