| |

ARTIS JADI IDOLA SEMBAHAN DI BARAT

Semalam telah dibahaskan tentang perkataan ‘idola’ dan dijelaskan bahawa ia kembali kepada maksud sesuatu yang dijadikan sebagai sembahan.

Dalam Al-Quran, Allah ﷻ menyatakan bagaimana orang-orang Kristian telah menjadikan para pendeta dan rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah ﷻ (al-Taubah, 9:31) dan Nabi ﷺ menyatakan bahawa ia kerana para pendeta dan rahib ini telah dijadikan sebagai ikutan dalam menghalalkan apa yang diharamkan serta mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah ﷻ.

Nabi ﷺ kemudian bersabda:

فَتِلْكَ ‌عِبَادَتُهُمْ.

“Demikian ialah (bentuk kalian) menyembah mereka.”

Ini sebenarnya yang berlaku di banyak negara barat pada hari ini di mana masyarakatnya menjadikan para artis, pelakon dan ahli sukan sebagai ikutan dan contoh sehingga melanggar banyak batasan agama.

Justeru tidak salah untuk mengatakan bahawa masyarakat barat telah menjadikan artis-artis mereka seperti tuhan dengan sayang dan membesar-besarkan para artis mereka ini.

Malah ada yang menggilai mereka ke tahap seperti orang gila.

Ini dapat disaksikan apabila artis-artis ini naik atas pentas atau kelibat mereka kelihatan di tempat-tempat awam di mana peminat-peminat mereka ada yang seperti kerasukan hilang akal menjerit-jerit dan menangis-nangis kerana dapat melihat ‘idola’ kesayangan.

Ini menjelaskan maksud idola yang digunakan dalam bahasa Inggeris.

Bukan sekadar sesuatu yang sangat diminati dan dikagumi malah dipuja dan disembah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
20 Ramadan 1444H
11 April 2023

Similar Posts

  • | |

    SIKAP ASYAIRAH TERHADAP DALIL AL-QURAN & AL-SUNAH

    Berikut ialah tiga sikap utama golongan Asyairah: Tiga sebab utama mengapa golongan Asyairah mengagungkan dalil akal sehingga mendahulukannya atas dalil Al-Quran dan al-Sunah ialah: Golongan Asyairah beranggapan bahawa terdapat perkara-perkara dalam kedua-dua Al-Quran dan al-Sunah yang bertentangan dengan akal. Ini membuatkan mereka mempertikaikan Al-Quran dan al-Sunah dari kedua-dua sudutnya; sanad…

  • |

    ADAT BUDAYA ZAMAN ARAB JAHILIAH

    ADAT BUDAYA ZAMAN ARAB JAHILIAH Zaman jahiliah merujuk kepada zaman kesesatan masyarakat Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad ﷺ dan kebangkitan beliau membawa risalah agama Islam. Zaman ini dinamakan sedemikian kerana kejahilan manusia yang berleluasa ketika itu serta kehidupan mereka dalam suasana gelap sebelum datangnya sinar Islam. Kejahilan ini tampak pada…

  • | |

    AWAS PEMBATAL-PEMBATAL AGAMA

    – Syarat-syarat kalimah syahadah Islam bukan sekadar mengucap ‘Lailahaillallah’. Sebaliknya setiap Muslim perlu tahu dan faham isi makna kalimah syahadah itu, meyakininya, ikhlas mengucapkannya di samping tunduk dan patuh menerima tuntutan-tuntutan serta larangan-larangannya. Jika tidak maka orang-orang munafik pun mengucapkan kalimah syahadah sedangkan Allah ﷻ mengancam mereka dengan azab kerak…

  • |

    ALLAH AL-KARIM

    ALLAH AL-KARIM Di antara nama ALLAH ﷻ ialah al-Karim. Makna al-Karim bagi ALLAH ﷻ antaranya ialah: Yang memberi tanpa meminta balasan; Yang memberi tanpa sebab; Yang memberi tanpa perlu perantara; Yang memberi tanpa mempedulikan siapa yang diberi; sama ada orang yang berbuat baik atau tidak, orang Islam atau kafir; orang…

  • |

    KHILAF ULAMA

    Sebahagian apabila ditegur kerana sesuatu kesalahan akan mencari pendapat ulama yang cocok dengan kesalahannya untuk dijadikan sebagai dalil bagi membenarkan kesalahannya itu. Perlu ditegaskan bahawa pendapat ulama bukan hujah apatah lagi jika hendak dijadikan sebagai dalil bagi menolak nas Al-Quran dan al-Sunah. Justeru khilaf ulama tidak harus dijadikan sebagai hujah…