PENDAHULUAN

Di bawah terdapat sedikit biodata ringkas, kitab disyarahkan (video rakamannya boleh didapati secara online), artikel dan buku berkaitan yang diterbitkan oleh beliau untuk panduan umat Islam semua. Semoga bermanfaat.

Biodata Ringkas Ustaz Dr Idris Sulaiman (DIS)

PENDIDIKAN

  • Sarjana Muda A. Hons Shari’ah (Jurisprudence), Universiti Islam Madinah, Arab Saudi
  • Ijazah Sarjana dalam Dakwah, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Doktor Falsafah dalam Fikah, Universiti Kebangsaan Malaysia

KERJAYA

  • Pendakwah sepenuh masa (2014 – sekarang)
  • Pegawai Penyelidik di Kedutaan Arab Saudi (2008-2015)
  • Penterjemah/pengalih bahasa di Kedutaan Arab Saudi (2003 – 2008)
  • Imam Surau di Selangor (2005-sekarang)

KULIAH & KITAB SYARAHAN

Kitab syarahan lebih 900 Siri kuliah seperti berikut:

1. Syarah Kitab As-Sunnah Imam Al-Barbahari (90 + 100 Siri) – Masih berjalan
2. Risalah Syaikh Muhammad – Tafsir Kalimah Tauhid (6 Siri) – Masih berjalan
3. Kitab Tafsir Ibn Katsir (119 Siri) – Masih berjalan
4. Kitab Umdatul Ahkam (169 Siri) – Masih berjalan
5. Kuliah FOKAS (25 Siri) – Masih berjalan
6. Kitab Hadis 40 Imam An-Nawawi (4 Siri) – Masih berjalan
7. Kitab Jalan Golongan Yang Selamat (10 + 3 Siri) – Masih berjalan
8. Kitab Usul As-Sunnah Karangan Imam Ahmad (6 + 3 Siri) – Masih berjalan
9. Kitab Riyadhusolihin, 2012-2016 (150 Siri) – Offline dan online
10. Risalah Tauhid Syaikh Muhammad At-Tamimi (5 Siri) – Masih berjalan
11. Risalah Syaikh Muhammad – 6 Prinsip Agama (6 Siri)
12. Risalah Syaikh Muhammad – 6 Pengajaran Dalam Sirah Nabi (6 Siri)
13. Kitab Fiqh Praktis (80 Siri)
14. Kitab Talbis Iblis (6 Siri)
15. Kitab Syarah Doa dan Zikir (3 Siri) dan lain-lain

FACEBOOK LIVE KULIAH

Kuliah terkini disiarkan di facebook live Ilmu Salaf Dot Com, manakala kuliah lama boleh didapati di youtube.

https://facebook.com/ilmusalafdotcom/

BUKU DITERBITKAN

1. Demonstrasi Dan Hukumnya Dalam Islam, 2012
2. Demonstrasi Dan Keburukannya, 2012
3. JIHAD: Definisi, Jenis dan Ketetapan-ketetapannya, 2014
4. Pilihanraya Malaysia: Antara Demokrasi Dan Ketetapan Syarak, 2018

AKTIVITI DAKWAH – KULIAH, CERAMAH DAN MENJAWAB PERMASALAHAN AGAMA

Selain mengadakan kuliah secara berkala dan ceramah, Ustaz Idris Sulaiman terlibat secara langsung dengan beberapa panel dalam menjawab permasalahan agama seperti di kumpulan Sahabat iSDC 1,  Sahabat iSDC 2, Sahabat iSDC 3, Sahabat iSDC 4, Kajian Dakwah Sunnah, Surau Hidayah, Ahli Jawatankuasa ILMUAN Malaysia (iLMU) dan lain-lain.