|

IDOLA IALAH SEMBAHAN

Elakkan menggunakan perkataan idola apabila merujuk kepada orang yang sangat diminati dan dikagumi.

Ini kerana asal maksud perkataan ini dalam bahasa Inggeris merujuk kepada apa yang dijadikan sebagai objek sembahan.

Idol: A representation of an object of worship.

Lihat contoh terjemahan ayat Al-Quran di bawah:

قَالُوا۟ نَعۡبُدُ أَصۡنَامࣰا فَنَظَلُّ لَهَا عَـٰكِفِینَ

“Mereka menjawab: Kami menyembah berhala-berhala maka kami akan berkekalan menyembahnya.”

“They said: We worship idols and remain to them devoted.”

[Al-Quran, al-Shuʿarāʾ, 26: 71]

Maklum bahawa bukan itu erti yang dimaksudkan dengan perkataan idola tetapi dalam masa yang sama perkataan-perkataan yang samar-samar atau yang boleh menimbulkan salah faham sewajarnya dielakkan sebagaimana prinsip yang ditekankan dalam agama.

Sabda Nabi ﷺ:

فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرأَ لِدِيْنِهِ وعِرْضِه.

“Barang siapa memelihara dirinya daripada perkara-perkara syubhah (samar-samar) maka dia telah memelihara agamanya dan kehormatannya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Niat dalam hati memang penting tetapi perkataan dan amalan juga tak kurang pentingnya malah sama-sama penting.

Lihat bagaimana Nabi ﷺ menegur Sahabat yang berkata:

مَا ‌شَاءَ ‌اللَّهُ ‌وَشِئْتَ.

“Apa yang Allah dan engkau mahu.”

Baginda ﷺ membalas:

“Adakah engkau telah menjadikan aku sekutu bagi Allah? Katakan: Apa yang Allah semata-mata mahu.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Sedangkan Sahabat tersebut tidak berniat sama sekali hendak menyekutukan Nabi Muhammad ﷺ dengan Allah ﷻ tetapi baginda ﷺ tetap menegurnya kerana perkataan yang digunakannya itu membawa maksud sedemikian.

Penting untuk menjaga perkataan-perkataan yang digunakan kerana Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، ‌لَا ‌يُلْقِي ‌لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ.

“Sesungguhnya seseorang itu barangkali mengucapkan satu kalimah yang dimurkai Allah ﷻ tanpa dia peduli lalu menyebabkan dia dihumban ke dalam Neraka Jahanam.”

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

PENAFIAN

Ada yang mengandaikan tulisan ini ditujukan kepada pihak tertentu.

Tidak benar.

Tiada mana-mana nama atau mana-mana pihak yang disebut.

Itu hanya andaian yang bersifat sangkaan semata-mata.

Muslim diingatkan supaya tidak membina pendiriannya atas sangkaan.

Kerana hal tersebut boleh menjerumuskan diri kepada dosa.

Firman Allah ﷻ:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱجۡتَنِبُوا۟ كَثِیرࣰا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمࣱ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa.”

[Al-Quran, al-Ḥujurāt, 49: 12]

Saya melihat kesan buruk sangkaan itu benar-benar telah berlaku sepertimana yang dapat dilihat dalam sesetengah komen.

Tibayun tanpa tabayyun.

Wallahul mustaan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Ramadan 1444H
10 April 2023

Similar Posts

  • | |

    SOKONG IRAN TIADA KAITAN DENGAN AKIDAH?

    Baru-baru ini seorang ustaz berkata “Kita menyokong Iran tiada kaitan dengan akidah!” Kenyataan ini sangat mengelirukan dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat awam. Lebih membimbangkan apabila ada yang bukan sekadar menyatakan sokongan politik, bahkan mengangkat pemimpin mereka yang terkorban sebagai ‘syahid’. Di sini timbul persoalan penting: Bukankan istilah…

  • SIMBOL CAPAL

    SIMBOL CAPAL Sejak kebelakangan ini masyarakat Islam dalam negara diperkenalkan dengan SIMBOL CAPAL – simbol selipar yang merujuk kepada selipar Nabi sallalahu alaihi wasallam. SIMBOL ini bertujuan untuk menzahirkan rasa CINTA NABI. Persoalan di sini, sejauh mana SIMBOL CAPAL ini selari dengan SYARIAT dan adakah ia benar-benar boleh dijadikan sebagai…

  • MINTA TOLONG DENGAN POKOK?

    – Istianah (Meminta Pertolongan) – Minta tolong dengan makhluk Tular sebuah video di mana seorang ustaz berkata: “Meminta tolong dengan makhluk itu dibolehkan asalkan kita beriktikad yang memberi ialah Allah (maka) boleh kita ‘istianah’ dengan pokok (dan) minta tolong dengan pokok.” Tambah beliau: “Tapi dengan syarat kamu yakin yang memberi…

  • | | |

    SEMBAH KUBUR DI IBU NEGARA

    Gempar semalam dalam media sosial video sekumpulan orang-orang Islam sedang melakukan ritual-ritual tertentu di sebuah perkuburan di ibu negara. Ramai warga maya tertanya-tanya dan melahirkan rasa tidak senang melihat video tersebut manakala laporan media menyifatkannya sebagai ‘amalan ziarah kubur yang agak berlainan’. Perlu ditegaskan bahawa ziarah kubur yang disyariatkan sama…

  • |

    KESALAHAN

    KESALAHAN Hantaran seperti dalam tangkap layar di bawah perlu dibetulkan. Ayat Al-Quran dalam surah Hud, ayat 44 tidak boleh dijadikan sebagai doa untuk meminta dari bumi menelan air dan langit menghentikan curahan hujan kerana ia merujuk kepada perintah Allah ﷻ ke atas kedua-duanya sesudah ditimpakan air bah ke atas kaum…