| | |

PASANGAN YANG BUATKAN RAMBUT BERUBAN SEBELUM MASANYA

Antara doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ ialah memohon perlindungan daripada lima golongan manusia iaitu:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رَبًّا، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا، وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَيْنَهُ تَرَانِي وَقَلْبُهُ يرْعَانِي إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى سَيِّئَةً أَذَاعَهَا.

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada jiran yang buruk, pasangan yang membuatkan rambutku beruban sebelum tiba masanya, anak yang derhaka, harta yang mendatangkan azab, dan daripada sahabat yang tidak telus; yang menzahirkan kejujuran sedangkan hatinya tidak, jika melihat kebaikan dia menyembunyikannya dan jika melihat keburukan dia menghebahkannya.”

[Riwayat al-Tabarani. Silsilah al-Sahihah oleh al-Albani no. 3137]

GOLONGAN PERTAMA:
Jiran yang buruk

Jiran yang mempunyai sifat-sifat yang tidak baik serta akhlak yang buruk.

GOLONGAN KEDUA:
Pasangan yang menyebabkan rambut beruban sebelum tiba masanya

Suami atau isteri yang tidak menghargai kebaikan pasangannya, banyak mengkritik dan mengeluh sehingga menyebabkan rambut pasangannya beruban sebelum tiba masanya kerana rasa bimbang, susah hati serta kehidupan yang tidak tenang.

GOLONGAN KETIGA:
Anak derhaka

Anak yang tidak dengar cakap, bersikap melampau dan memberi layanan buruk kepada orang tuanya.

GOLONGAN KEEMPAT:
Harta yang mendatangkan azab

Harta daripada sumber yang haram atau yang dibelanjakan pada jalan-jalan yang tidak sepatutnya sehingga mendatangkan kesengsaraan dan menjerumuskan pemiliknya ke dalam azab di dunia dan akhirat.

GOLONGAN KELIMA:
Sahabat yang tidak telus

Sahabat yang menzahirkan dirinya sebagai kawan padahal dia bukan, bermuslihat, menyembunyikan kebaikan-kebaikan sahabatnya dan tidak mengakuinya sedangkan jika sahabatnya itu tersilap atau melakukan kesalahan maka dia akan menghebahkannya dan menceritakannya kepada orang lain.

Semoga Allah menjauhkan kita daripada kelima-lima golongan manusia ini.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
25 Syawal 1444H
16 Mei 2023

Similar Posts

  • |

    HUKUM PERKATAAN DAN PANDANGAN MANUSIA

    HUKUM PERKATAAN DAN PANDANGAN MANUSIA #Kaedah-Kaedah Ilmiah (6) Segala perkataan dan pandangan manusia dalam apa yang berkait dengan Syariat perlu dikembalikan kepada al-Quran dan as-Sunah. Sekiranya perkataan dan pandangan seseorang itu menepati al-Quran dan as-Sunah maka ia kebenaran dan diterima. Sekiranya perkataan dan pandangan seseorang itu menyalahi al-Quran dan as-Sunah…

  • |

    KORONAVIRUS

    KORONAVIRUS Bersungguh-sungguh, jangan sambil lewa. Tawakal (berserah setelah berusaha) توكل, jangan tawaakal (berserah tanpa berusaha) تواكل. Kita bersungguh-sungguh dan dalam masa yang sama kita memohon daripada ALLAH supaya menjaga kita daripada musibah bencana. Jangan kita ambil mudah penularan wabak penyakit, dan kita bertawakal kepada ALLAH. Cukuplah bagi kita ALLAH sebagai…

  • |

    MAJORITI AHLI SYURGA & AHLI NERAKA

    Sabda Nabi ﷺ: اطَّلَعْتُ ‌فِي ‌الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ، وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. “Aku melihat ke dalam syurga lalu aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang miskin dan aku melihat ke dalam neraka lalu aku dapati kebanyakan penghuninya ialah wanita.” [Sahih. Riwayat Bukhari (3241) & Muslim (2737)] Orang-orang…

  • |

    BUKU: PILIHAN RAYA MALAYSIA

    Perkembangan politik negara kebelakangan ini membuatkan saya terus yakin dengan apa yang telah kami tulis dalam buku ini. Saya merasa lega kerana segala apa yang hendak dikata telah pun disampaikan manakala tanggungjawab dapat ditunaikan. Secara ringkasnya buku ini menjelaskan perihal keadaan politik negara waktu itu (sebelum PRU14) di mana jurang…

  • |

    ANTARA KEBENARAN DENGAN KEBATILAN

    ANTARA KEBENARAN DENGAN KEBATILAN Kebenaran ialah seperti emas tulen, semakin diuji semakin terserlah ketulenannya. Sedangkan kebatilan pula ialah seperti barang palsu, semakin diuji semakin terserlah kepalsuannya. – Ibnu Taimiyah, al-Jawab as-Sahih. Idris bin Sulaiman Kajang Antara kaca & permata 13 Jumadil Akhir 1442H/ 26 Januari 2021 #http://www.facebook.com/idrissulaiman