| |

BERITA LUCAH ARTIS MENCEMARKAN KESUCIAN RAMADAN

Baru-baru ini negara gempar dengan isu stoking kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan orang ramai kerana menghina nama Allah ﷻ dan mencemarkan kesucian bulan Ramadan.

Kini media tempatan tanpa segan silu menyajikan pula berita-berita lucah, perbuatan curang menjalin hubungan terlarang antara sesama artis.

Ini tidak wajar apatah lagi di hujung bulan Ramadan ketika mana kaum Muslimin masing-masing mengejar Malam Lailatulqadar dengan beramal ibadah.

Mendedahkan perbuatan maksiat dilarang oleh agama.

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ.

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dizahirkan secara terang-terangan (untuk mendedahkan aib sendiri atau orang lain).”

[Al-Quran, al-Nisaa’, 4:148]

Menceritakan kepada khalayak maksiat yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu secara tidak langsungnya mempromosikan maksiat tersebut.

Ini salah dan termasuk dalam dosa besar.

Firman Allah ﷻ:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِ.

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan keji tersiar dalam kalangan orang-orang beriman mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.”

[Al-Quran, al-Nur, 24, 19]

Sabda Nabi ﷺ:

كُلُّ أَمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللهِ عَنْهُ.

“Setiap umatku diberikan keampunan melainkan golongan ‘Mujahirin’. Sesungguhnya antara perbuatan mendedahkan dosa itu ialah dengan seseorang itu melakukan sesuatu pada satu malam kemudian keesokan paginya dia bangun dalam keadaan Allah telah menutup aibnya lalu dia berkata “Wahai fulan, semalam aku melakukan dosa ini dan itu.” Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup aibnya itu tetapi dia bangun keesokan paginya dan membuka aib yang Allah telah tutup itu.”

[Sahih. Riwayat Bukhari & Muslim]

Maka awas! Jangan tergolong dalam kalangan golongan ‘Mujahirin’ iaitu orang-orang yang mendedahkan dosa-dosanya sendiri sedangkan perubatan sedemikian menunjukkan sikap tidak peduli akan hak-hak Allah, Rasulullah dan orang-orang beriman, di samping sifat melawan dan derhaka.

Muslim diperintahkan supaya menutup aib sesama saudara Muslim, bukan mendedahkannya!

Sabda Nabi ﷺ:

وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“Barang siapa menutup aib saudara Muslimnya maka Allah akan menutup aibnya pada Hari Kiamat.”

[Sahih. Riwayat Bukhari & Muslim]

Perbuatan menjaja berita-berita lucah artis jelas menyalahi apa yang digariskan oleh syariat.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Ramadan 1445H
04 April 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    FIKAH JIHAD

    Puncak tertinggi agama ialah jihad, bertujuan untuk menyeru manusia kepada Islam, menegakkan agama kebenaran dan menghalang kejahatan musuh. Tinggal lagi ramai mungkin beranggapan bahawa jihad disyariatkan cukup dengan ada semangat juang dan kemahuan tinggi semata-mata tanpa sebarang syarat atau persiapan. Memadai jihad dengan apa sahaja kelengkapan dan kekuatan yang ada…

  • |

    LIMA JENIS ANAK

    LIMA JENIS ANAK Jenis-jenis Anak: PERTAMA: Anak yang tidak melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya. Anak derhaka. KEDUA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya secara terpaksa. Anak yang tidak mendapat pahala. KETIGA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh tetapi kemudian mengungkit-ungkitnya sampai menyakiti orang tuanya, membentak…

  • |

    SETELAH PARLIMEN DIBUBARKAN, TIADA KERAJAAN?

    SETELAH PARLIMEN DIBUBARKAN, TIADA KERAJAAN? . SETELAH PARLIMEN DIBUBARKAN, PERDANA MENTERI DAN JEMAAH MENTERINYA TIADA LAGI? . KERAJAAN TIDAK BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA, SEBALIKNYA YANG BERTANDING HANYA PARTI-PARTI? . . Setakat ini, tidak diketahui dari mana kesimpulan-kesimpulan ini diperoleh. Tiada dalil ataupun bukti yang dikemukakan. Barangkali hanya pandangan akal dan…

  • |

    ISU-ISU KHILAFIAH

    Kata seorang penceramah: “Benda khilaf kita diam sahaja, tidak perlu tegur kerana ia belum tentu mungkar.” Kenyataan di atas perlu disemak semula. Sikap toleransi dan berlapang dada dalam isu-isu khilafiah dianjurkan tetapi dalam masa yang sama budaya ilmu dan perbincangan ilmiah perlu disuburkan. Usaha mendekatkan masyarakat kepada Sunah Nabi ﷺ…

  • |

    “INI SUNAT JE…”

    “INI SUNAT JE…” – TEGUH DI ATAS SUNAH NABI ﷺ Keprihatinan Nabi ﷺ untuk bersiwak semasa sakit sebelum meninggal dunia menunjukkan kesungguhan baginda ﷺ untuk melaksanakan as-Sunah walaupun di saat-saat akhir hidup baginda ﷺ. – Syeikh Abdul Muhsin al-Badr, ulama besar Madinah.