|

HUKUM NYANYIAN & MUZIK

HUKUM NYANYIAN & MUZIK
.
Pandangan keempat-empat Ulama Mazhab
.
.
MAZHAB HANAFI
.
Kata Imam Abu Hanifah rahimahullah:
.
“Muzik adalah haram menurut SEMUA agama.”
.
Kata Ibnul Qayyim:
.
“Mazhab Abu Hanifah dalam perkara ini adalah yang paling keras dan tegas.”
.
Kata Abu At-Tiib At-Tabari:
.
“Imam Abu Hanifah benci kepada nyanyian dan menganggap mendengar nyanyian termasuk dalam perkara-perkara DOSA.”
.
.
MAZHAB MALIKI
.
Kata Ishaq bin Isa At-Tabba’:
.
“Aku bertanya Imam Malik bin Anas tentang apa yang dibolehkan oleh penduduk Madinah dalam hal nyanyian?”
.
Kata beliau:
.
“Sesungguhnya ia hanya dilakukan oleh ORANG-ORANG FASIK dalam kalangan kami.”
.
– Diriwayatkan oleh Imam Al-Khallal dalam Al-Amru Bil Makruf Wa An-Nahyu An Al-Munkar dengan sanad yang sahih.
.
.
MAZHAB SYAFIE
.
.
Kata Imam Syafie rahimahullah:
.
“Aku telah meninggalkan Iraq di mana di sana ada sesuatu yang disebutkan sebagai At-Taghbir (sejenis nyanyian) yang diada-adakan oleh kaum ZANADIQAH (kaum MUNAFIK) untuk menghalang manusia daripada Al-Quran.”
.
– Athar sahih, dikeluarkan oleh Abu Naim dalam Al-Hilyah.
.
Kata Ibnu Taimiyyah dalam Majmuk Fatawanya:
.
“Apa yang disebutkan oleh Imam Syafie bahawa ia adalah sesuatu yang diada-adakan oleh kaum Zanadiqah adalah kenyataan daripada seorang Ulama yang sangat mendalam pengetahuannya tentang asas Agama. Ini kerana tidaklah yang mendengarnya ataupun yang menganjurkan kepadanya melainkan seorang yang dituduh sebagai ZINDIQ (MUNAFIK).”
.
Kata Imam Ibnu Al-Jauzi:
.
“Sahabat-sahabat Imam Syafie radiallahu anhu mengingkari perbuatan mendengar nyanyian.”
.
Kata Abu At-Tayyib At-Tabari:
.
“Tidak dibolehkan menyanyi, mendengarnya mahupun memukul dengan tongkat. Barang siapa mendakwa bahawa Imam Syafie mengharuskannya maka dia telah berbohong.”
.
.
Kata Imam Syafie dalam kitabnya Al-Umm:
.
“Sesungguhnya nyanyian adalah makruh menyerupai sesuatu yang batil, dan barang siapa yang banyak melakukannya maka dia seorang yang bodoh dan ditolak kesaksiannya.”
.
.
MAZHAB HANBALI
.
.
Daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, katanya: Aku bertanya kepada ayahku tentang nyanyian lalu beliau berkata:
.
“Nyanyian akan menumbuhkan KEFASIQAN dalam hati jantung. Aku tidak menggemarinya.”
.
– Athar sahih yang diriwayatkan oleh Al-Khallal dalam Al-Amru Bil Makruf Wa An-Nahyu An Al-Mungkar.
.
.
Kata Ibnu Taimiyyah dalam Majmuk Fatawanya:
.
“Maka mazhab keempat-empat Imam tentang alatan MUZIK ia adalah HARAM.”
.
Kata Ibnu Al-Qayyim dalam kitabnya Ighathatul Lahfan:
.
“Hendaklah diketahui bahawa rebana, seruling dan nyanyian jika dihimpunkan, maka mendengarnya adalah HARAM di sisi PARA ULAMA MAZHAB dan yang lain daripada kalangan para Ulama Islam.”
.
Kata Ibnu Taimiyyah dalam Minhaj As-Sunah:
.
“Para ulama Empat Mazhab sepakat tentang HARAMNYA ALATAN MUZIK iaitu alatan yang melalaikan yang diperbuat daripada kayu dan sebagainya.”
.
.
Kata Syeikh Nasiruddin Al-Albani dalam kitabnya Tahrim Aalat At-Tarab:
.
“Sesungguhnya para ulama dan fuqaha termasuk para ulama empat SEPAKAT dalam MENGHARAMKAN ALATAN MUZIK sejajar dengan hadis-hadis Nabawi dan athar-athar as-salafiyyah.”
.
.
KESIMPULAN
.
Golongan yang mengharuskan muzik jelas mereka hanya mengikut pandangan yang ganjil dan lemah, yang tidak bersandarkan kepada dalil yang kuat dan tepat. Bahkan mereka menyelisihi pandangan para ulama mazhab dan ulama yang lain, serta menyelisihi athar-athar para Sahabat serta generasi Salaf As-Soleh.
.
Wallahul musta’an
.
– Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
.
==========
.
SHARE
.
Like FB: www.facebook.com/ilmusalafdotcom
.
.
[ ADMIN ]

Similar Posts

  • |

    BERI KOMEN ISU SENSASI & KONTROVERSI

    Melayan media sosial mengasyikkan. Apatah lagi jika timbul isu-isu sensasi dan kontroversi melibatkan orang lain. Barangkali menyeronokkan. Lalu ramai hendak memberi komen dan pendapat mengenainya. Tetapi awas! Syariat Islam menetapkan garisan tatacara berdepan dengan hal-hal seperti ini. Sabda Nabi ﷺ: مِنْ حُسْنِ إِسْلامِ المَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ. “Di antara…

  • |

    JIKA TAKUT LARI KECUALI…

    JIKA TAKUT LARI KECUALI… Manusia jika takut daripada sesuatu maka dia akan lari menjauhkan diri daripadanya kecuali ALLAH ﷻ. Jika takut kepada ALLAH ﷻ maka hendaklah terus mendekatkan diri kepadaNYA ﷻ. Firman ALLAH ﷻ: فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٞ مُّبِينٞ. “(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu…

  • |

    “INI SUNAT JE…”

    “INI SUNAT JE…” – TEGUH DI ATAS SUNAH NABI ﷺ Keprihatinan Nabi ﷺ untuk bersiwak semasa sakit sebelum meninggal dunia menunjukkan kesungguhan baginda ﷺ untuk melaksanakan as-Sunah walaupun di saat-saat akhir hidup baginda ﷺ. – Syeikh Abdul Muhsin al-Badr, ulama besar Madinah.

  • |

    BILA SESUAI UCAP ‘WALLAHUAKLAM’

    – Wallahulmuwaffiq – Cara penggunaan dalam ayat Wallahuaklam bermaksud ‘Dan Allah lebih tahu’. Bila sesuai digunakan perkataan ‘Wallahuaklam’? Dalam dua keadaan: 1. Jika hendak mengatakan bahawa sesuatu yang telah disampaikan itu merupakan hasil ilmu yang telah dianugerahkan oleh Allah ﷻ. Maka perkataan ‘Wallahuaklam’ di sini bertujuan untuk menegaskan bahawa apa…

  • |

    BIDAAH DALAM AGAMA

    Acap kali dalam hal-hal tokok tambah, rekaan dan inovasi dalam agama dan ibadah sebahagian pihak mempertahankannya dengan berkata: “Alahai, benda baik apa salahnya…” Perlu ditegaskan bahawa kenyataan sebegini keliru dan tidak benar sama sekali. Kerana baik atau buruk dalam hal agama dan ibadah hanya boleh ditetapkan melalui jalan syariat, bukan…

  • | |

    USTAZ: TAHLIL BUKAN BIDAAH BAHKAN ADA ASALNYA DALAM AGAMA!

    – Cara, cara & cara pelaksanaan – Ustaz menokok tambah lafaz hadis Demikian menurut seorang ustaz yang cuba mempertahankan amalan tahlil yang dilakukan oleh sebilangan masyarakat. Ucapan ‘lailahaillallah’ dalam tahlil sememangnya bagus, disyariatkan dan adalah sebaik-baik zikir sebagaimana sabda Nabi ﷺ. Tetapi apa yang perlu diberi perhatian di sini ialah…