|

JIKA ORANG PUJI KITA

JIKA ORANG PUJI KITA

Hendaklah engkau berhati-hati dengan orang yang memujimu secara berlebih-lebihan lebih daripada sikap berwaspada engkau terhadap orang yang memusuhimu secara terang-terangan. Rasa dukacita jika orang yang pertama menjauhimu lebih perit berbanding dengan orang yang kedua.

Usahlah diterima pujian yang engkau tidak layak menerimanya kerana barangkali engkau akan diuji dengan celaan yang tidak sepatutnya dilemparkan ke atasmu.

———————-

Daripada Abu Bakrah R.A. bahawasanya nama seorang Sahabat disebut di hadapan Nabi ﷺ lalu seorang Sahabat lain memujinya maka Nabi ﷺ bersabda:

“Awas kamu! Engkau telah memenggal leher sahabatmu (dengan memujinya).”

Jika hendak memuji seseorang maka katakanlah: Aku mengira bahawa dia begini dan begitu sedangkan Allah jualah Yang lebih tahu dan Yang akan menghisabnya.

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pujian boleh menyebabkan seseorang itu lupa diri, merasa diri hebat lalu menjadi orang yang sombong lagi angkuh.

Kerana itu perlu berhati-hati apabila memuji ataupun dipuji orang lain.

Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Jamadilakhir 1443H /
13 Januari 2022

Similar Posts

  • |

    SETELAH PARLIMEN DIBUBARKAN, TIADA KERAJAAN?

    SETELAH PARLIMEN DIBUBARKAN, TIADA KERAJAAN? . SETELAH PARLIMEN DIBUBARKAN, PERDANA MENTERI DAN JEMAAH MENTERINYA TIADA LAGI? . KERAJAAN TIDAK BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA, SEBALIKNYA YANG BERTANDING HANYA PARTI-PARTI? . . Setakat ini, tidak diketahui dari mana kesimpulan-kesimpulan ini diperoleh. Tiada dalil ataupun bukti yang dikemukakan. Barangkali hanya pandangan akal dan…

  • |

    Air Ruqyah vs Air Yasin

    Air Ruqyah vs Air Yasin Tegahan Mengkhususkan Malam Jumaat / Siangnya dengan Ibadah-Ibadah tertentu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أن رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال “لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي وَلا تَخْتَصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومهُ أحدكُم” Daripada Abu…

  • |

    KETURUNAN NABI ﷺ

    – Cara betul menilai seseorang Baru-baru ini ada yang bertanya tentang sejauh mana kebenaran dakwaan yang mengatakan bahawa individu dalam gambar yang dilampirkan merupakan keturunan Rasulullah ﷺ daripada susur jalur zuriat Syeikh Abdul Qodir al-Jailani (ulama mazhab Hanbali, wafat 561H). Saya berpandangan bahawa memastikan kebenaran dakwaan ini tidak penting kerana…

  • BERGURAU MELEMPAR KULIT TEMBIKAI

    – Anjuran Bergurau Senda – Perbuatan Sahabat Nabi ﷺ Daripada Bakr bin Abdullah RA, katanya: كَانَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَتَبَادَحُونَ بالبَّطِيخ، فإِذا كَانَت الحَقَائِقُ كَانُوا هُمُ الرِّجَالُ. “Dahulu para Sahabat Nabi ﷺ saling melempar menggunakan (kulit) tembikai (untuk bergurau) sedangkan dalam situasi serius merekalah lelaki sejati.” [Sahih….

  • DAKWA CINTA NABI TETAPI MENYALAHI NABI ﷺ

    Demikian sikap sebenar mereka terhadap Nabi ﷺ sekalipun dalam masa yang sama mereka mendakwa cinta dan sayang Nabi ﷺ dengan berselawat, bermaulid, berhabib dan sebagainya. Sedangkan jika mereka benar-benar cinta Nabi ﷺ nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk beramal dengan sunah-sunah Nabi ﷺ yang sekian banyaknya terhimpun dalam kitab-kitab hadis. Tetapi…