|

MAJLIS ILMU

MAJLIS ILMU

Majlis ilmu ialah majlis para malaikat manakala majlis kelalaian ialah majlis syaitan. Manusia akan duduk bersama dengan orang yang sepertinya. Dan setiap manusia itu akan cenderung kepada apa yang sesuai dengan jiwanya.

——————-

Sabda Nabi ﷺ:

“Agama seseorang itu bergantung kepada agama temannya. Maka lihatlah dengan siapa kamu berteman.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Sabda Nabi ﷺ:

“Sesungguhnya Allah ﷻ mempunyai malaikat yang berkeliling di jalan-jalan mencari ahli zikir. Sekiranya mereka mendapati kaum yang sedang berzikir maka mereka akan saling berseru: Kemarilah, inilah hajat kalian. Lalu mereka pun mengelilingi kaum itu dengan sayap-sayap mereka sampai ke langit dunia.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Majlis zikir dalam hadis di atas ialah majlis ilmu, tadarus Al-Quran, mengaji hadis Nabi ﷺ dan mengkajinya seperti mana pada zaman Nabi ﷺ dan Sahabat.

Sama sekali bukan majlis tari-menari, berjoget dan bergendang sambil mengalunkan bacaan zikir dan berselawat.

Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Jamadilakhir 1443H /
11 Januari 2022

Similar Posts

  • |

    MADINAH TETAP BUMI SUCI

    MADINAH TETAP BUMI SUCI Ada yang berkongsi berita bahawa Pertubuhan Kesihan Sedunia (WHO) memperakui bumi Madinah Nabi ﷺ sebagai antara bandar paling sihat di dunia. Sumber: https://origin.bharian.com.my/dunia/asia/2021/01/779344/madinah-antara-bandar-paling-sihat-di-dunia Seolah-olah ia satu kebanggaan buat Muslim apabila bumi Nabi ﷺ ini diiktiraf oleh Pertubuhan dunia ini. Musykil. Sebagai seorang Muslim seharusnya kelebihan dan…

  • |

    GAMBAR ILMWUAN SALAFI vs KHALAFI

    Beza antara ilmuwan Salafi dan ilmuwan Khalafi. Biar gambar-gambar dari negara jiran berbicara. Gambar-gambar di sebelah kiri menunjukkan ilmuwan tarekat tasawuf dari Timur Tengah duduk atas kerusi yang dijunjung atas bahu murid-muridnya sewaktu hadir ke sebuah majlis manakala gambar-gambar di sebelah kanan menunjukkan ulama besar dari Madinah, pengajar di Masjid…

  • | |

    KORONAVIRUS TANDA AKHIR ZAMAN?

    KORONAVIRUS TANDA AKHIR ZAMAN? Tidak kurang yang cuba mengaitkan penularan wabak penyakit KORONAVIRUS sebagai tanda AKHIR ZAMAN yang menunjukkan betapa hampirnya HARI KIAMAT. Hakikatnya, mereka sama ada AHLI NUJUM PAK BELALANG atau sekadar PENGLIPUR LARA yang mahu perhatian orang ramai supaya mendengar cerita-cerita sensasi mereka. Mengapa? 1. Kerana persoalan bila…

  • |

    REMAJA MALAYSIA DICANDUKAN DENGAN MUZIK

    – Hukum nyanyian muzik Melihat senarai panjang konsert yang dijadualkan akan berlangsung di Malaysia pada tahun ini, 2022 sepatutnya membimbangkan kita. Sekiranya Al-Quran mendekatkan Muslim kepada Allah ﷻ maka yakinlah bahawa nyanyian dan muzik ialah sebaliknya. Apa yang pasti nyanyian dan muzik diancam oleh Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَمِنَ…

  • |

    AHLI PEMIKIR?

    AHLI PEMIKIR? Antara gelaran-gelaran yang mungkin kita pernah dengar tetapi maksudnya kurang jelas dan menimbulkan tanda tanya serta kemusykilan mengapa ia digunakan sedemikian ialah gelaran tokoh pemikir, ahli pemikir Islam dan seumpamanya. Mungkin ada yang berkata mengapa seseorang individu itu boleh dikatakan sedemikian sedangkan orang lain pun boleh berfikir. Dan…