Green Dome Close up - Prophet Mohammed Mosque , Al Masjid an Nabawi - Medina / Saudi Arabia
|

MAULIDUR RASUL: SATU KEKELIRUAN

– Sambutan mingguan atau perayaan tahunan?

Hari kelahiran Nabi ﷺ bukan untuk dirayakan secara tahunan.

Ini kerana Nabi ﷺ berpuasa pada hari kelahirannya, hari Isnin.

Berdasarkan hadis di mana Nabi ﷺ apabila ditanya tentang berpuasa pada hari Isnin, baginda ﷺ bersabda:

ذَاكَ يَوْمٌ ‌وُلِدْتُ ‌فِيهِ.

“Ia merupakan hari kelahiranku.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Dalam masa yang sama, maklum bahawa Muslim dilarang berpuasa pada hari perayaan.

Ini bermaksud sekiranya hari kelahiran Nabi ﷺ disambut dengan merayakannya nescaya baginda ﷺ tidak akan berpuasa pada hari kelahirannya, hari Isnin.

Dengan kata lain, kelahiran Nabi ﷺ hendaklah disambut secara mingguan dengan berpuasa pada hari Isnin sebagaimana mafhum hadis di atas, bukan dengan diadakan perayaan tahunan pada tarikh kelahirannya yang diperselisihkan oleh para ulama.

Maka dari sudut ini ucapan ‘Salam Maulidur Rasul’ lebih tepat jika diucapkan pada hari Isnin kerana itulah hari kelahiran baginda ﷺ yang sabit dalam hadis sahih.

Tetapi perlu ditegaskan bahawa tiada apa-apa ucapan yang diajar atau diamalkan oleh Nabi ﷺ dan para Sahabat dalam hal ini.

Sebaiknya ucapan sedemikian dielakkan.

KEKELIRUAN (2)

Menggantikan acara perarakan, berselawat beramai-ramai, berqasidah dan tahlil kepada program ceramah sirah Nabi ﷺ dan seumpamanya, hakikatnya ia hanya menambahkan lagi kekeliruan.

Jika benar hendak diadakan ceramah sirah Nabi ﷺ bagi memperingati hari kelahiran baginda ﷺ maka selayaknya diadakan secara mingguan pada hari Isnin, hari kelahiran baginda ﷺ di samping berpuasa sunat pada hari tersebut sebagaimana yang dianjurkan.

Justeru hanya dengan umat Islam kembali kepada al-Sunah nescaya kekeliruan-kekeliruan akan dapat diluruskan.

Wallahulmuwaffiq.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Rabiulawal 1444H
11 Oktober 2022

Similar Posts

  • ZIKIR MENARI

    – Sanggahan dalil-dalil lawan Pertamanya, ada perbahasan dalam kalangan para ulama berkenaan hukum menari bagi kaum lelaki. Majoriti para ulama memakruhkannya dengan alasan bahawa ia merupakan perbuatan yang hina (دَنَاءَةٌ), bodoh (سَفَهٌ), menjatuhkan kewibawaan(مُرُوءَةٌ) dan termasuk dalam hal-hal yang melalaikan (لَهوٌ). [al-Mauwsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 23/10] Ini kerana firman Allah ﷻ:…

  • |

    EVOLUSI CAPAL

    Mutakhir ini terdapat sebahagian kelompok yang menggunakan simbol capal pada kopiah mereka sebagai cara menzahirkan rasa cinta kepada Nabi ﷺ. Walhal perlu ditegaskan bahawa simbol capal ini tiada asasnya dalam ajaran Islam sama sekali. Menzahirkan rasa cinta Nabi ﷺ bukan dengan bersimbol-simbol sebaliknya dengan beramal dengan Sunah Nabi ﷺ sepenuhnya…

  • |

    DR. YOUSUF AL-QARADAWI

    https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/pfbid0DuZkU6Fd24eb9vFjoiVP3SuymeSNGYE1dRP9mcEd1edEQQVnKAxJtz2bKrJJzFv1l Dr. Yousuf al-Qaradawi (DYQ) sudah lebih setahun meninggal dunia. Ramai orang waktu beliau meninggal dunia termasuk para asatizah dan ilmuan mengucapkan takziah dan ada yang sampai mengadakan solat jenazah ghaib. Tidak kurang yang memuji dan mengangkat beliau sebagai seorang sarjana hebat, menggelar beliau al-Allamah (tokoh ulama besar) serta menobatkan…

  • |

    BUNUH DIRI

    BUNUH DIRI Membunuh diri termasuk antara sebesar-besar dosa. ALLAH ﷻ berfirman: وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِیمࣰا. “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.” [Al-Quran; an-Nisa’: 29] Sabda Nabi ﷺ: “Barang siapa membunuh dirinya dengan sesuatu maka dia akan diseksa dengannya pada Hari Kiamat.”…