| | |

Tauhid Tiga Rekaan Ibnu Taimiyyah? Imam Ibnu Battah Telah Mendahului

Kata Imam Ibnu Battah (wafat 387H):

وَذَلِكَ أَنَّ أَصْلَ الْإِيمَانِ بِاللَّهِ الَّذِي يَجِبُ عَلَى الْخَلْقِ اعْتِقَادُهُ فِي إِثْبَاتِ الْإِيمَانِ بِهِ ثَلَاثَةُ أَشْيَاءَ: أَحَدُهَا: أَنْ يَعْتَقِدَ الْعَبْدُ آنِيَّتَهُ لِيَكُونَ بِذَلِكَ مُبَايِنًا لِمَذْهَبِ أَهْلِ التَّعْطِيلِ الَّذِينَ لَا يُثْبِتُونَ صَانِعًا. الثَّانِي: أَنْ يَعْتَقِدَ وَحْدَانِيَّتَهُ، لِيَكُونَ مُبَايِنًا بِذَلِكَ مَذَاهِبَ أَهْلِ الشِّرْكِ الَّذِينَ أَقَرُّوا بِالصَّانِعِ وَأَشْرَكُوا مَعَهُ فِي الْعِبَادَةِ غَيْرَهُ. وَالثَّالِثُ: أَنْ يَعْتَقِدَهُ مَوْصُوفًا بِالصِّفَاتِ الَّتِي لَا يَجُوزُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَوْصُوفًا بِهَا مِنَ الْعِلْمِ وَالْقُدْرَةِ وَالْحِكْمَةِ وَسَائِرِ مَا وَصَفَ بِهِ نَفْسَهُ.

“Ini kerana asas keimanan kepada Allah yang wajib diyakini oleh seluruh makhluk dalam mengimani-Nya merangkumi tiga perkara:

Pertama: Meyakini ketuhanan-Nya, supaya berbeza daripada golongan yang menafikan kewujudan Pencipta, iaitu golongan yang tidak mengakui adanya Pencipta.

Kedua: Meyakini keesaan-Nya, supaya berbeza dengan golongan musyrikin yang mengakui kewujudan Pencipta, tetapi mempersekutukan-Nya dengan selain-Nya dalam ibadah.

Ketiga: Meyakini bahawa Allah mempunyai sifat-sifat yang layak bagi-Nya, seperti ilmu, kekuasaan, kebijaksanaan dan segala sifat lain yang Allah sifatkan bagi diri-Nya.”

(al-Ibanah al-Kubra, 2/229-230)

Ketika mana tauhid menjadi asas keimanan, tiga asas keimaman di atas boleh dihuraikan seperti berikut:

Asas Iman Pertama: Meyakini ketuhanan Allah, yang turut disebut Tauhid Rububiyyah (Tauhid Ketuhanan).

Asas Iman Kedua: Meyakini keesaan Allah dalam ibadah, yang turut disebut Tauhid Uluhiyyah (Tauhid Ibadah).

Asas Iman Ketiga: Meyakini sifat-sifat Allah, yang turut disebut Tauhid al-Asma Wa al-Sifat (Tauhid Nama-nama dan Sifat-sifat Allah)

KESIMPULAN

Ternyata, dakwaan bahawa pembahagian tauhid kepada tiga cabang merupakan rekaan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (wafat 728H) adalah tidak tepat sama sekali.

Hakikatnya, pembahagian yang serupa telah pun dikemukakan oleh Imam Ibnu Battah (wafat 387H), beberapa abad sebelum zaman Ibnu Taimiyyah.

Dr. Idris bin Sulaiman

Tauhid Tiga Rekaan Ibnu Taimiyyah? Imam Ibnu Battah Telah Mendahului
Tauhid Tiga Rekaan Ibnu Taimiyyah? Imam Ibnu Battah Telah Mendahului
Tauhid Tiga Rekaan Ibnu Taimiyyah? Imam Ibnu Battah Telah Mendahului

Similar Posts