SYIRIK: RAJA BOMOH & MANDI SAFAR

SYIRIK: RAJA BOMOH & MANDI SAFAR

Hanya Allah ﷻ sahaja yang benar-benar berkuasa di dunia ini dalam menentukan hal-hal kehidupan dan kematian, menurunkan hujan, mengeluarkan tanaman dan menurunkan rezeki.

Tiadalah bala bencana seperti gempa bumi, ribut taufan dan banjir datang kecuali dengan ketetapan dan izinNya.

Firman Allah ﷻ:

“Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

[Al-Quran, al-Ma’idah, 05:120]

Oleh itu apabila meminta pertolongan di alam ghaib manusia diperintahkan supaya hanya meminta daripada Allah ﷻ semata-mata manakala perbuatan meminta daripada selainNya adalah syirik tercela yang diancam dengan api neraka.

Firman Allah ﷻ:

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.”

[Al-Quran, Ghafir: 40:60]

Perbuatan syirik adalah dosa yang paling besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah ﷻ. Orangnya akan kekal dalam api neraka selama-lamanya jika dia tidak bertaubat.

Firman Allah ﷻ:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan Dia akan mengampunkan dosa selainnya bagi sesiapa yang Dia mahu.”

[Al-Quran, Al-Nisa, 04:48]

Masyarakat Melayu dahulu percaya kepada ‘semangat roh’ dan ‘semangat alam semula jadi’ dan melakukan pemujaan untuk menghormati roh-roh tersebut.

Walaupun beragama Islam dan percaya bahawa Allah sebagai Tuhan tetapi dalam masa yang sama mereka percaya akan wujudnya ‘semangat-semangat’.

‘Semangat-semangat’ ini menurut mereka perlu dihormati dan dipuja lebih-lebih lagi apabila berlakunya sesuatu yang di luar kebiasaan seperti bencana alam, kemalangan dan wabak penyakit.

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10217509792688541/

Jika berlaku banjir mereka akan menganggap bahawa itu petanda ‘semangat air’ murka atau merasa tidak senang.

Untuk itu maka sajian perlu diberi dalam bentuk makanan-makanan tertentu seperti beras kunyit, pulut, daun-daun kayu, kemenyan dan bunga-bungaan. Malah haiwan-haiwan tertentu seperti kerbau, kambing atau ayam turut disembelih dan dihanyutkan dalam sungai atau laut bagi menenangkan ‘semangat’ itu.

Amalan ini dahulu dikenali sebagai Pesta Puja Pantai, Menjamu Hantu Laut atau Mandi Safar sebelum ia diharamkan oleh pihak berkuasa Agama.

Sekalipun demikian dukacitanya upacara-upacara kesyirikan ini masih berlaku. Dan ia petanda bahawa kesedaran masyarakat tentang akidah Islam yang sebenar serta bahayanya syirik masih di tahap rendah.

Lebih-lebih lagi jika bomoh-bomoh ini mencampurkan adukkan ritual-ritual mereka dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan berselawat bagi mengelirukan orang ramai.

Tambah parah apabila ada ‘ustaz’ yang berpandangan bahawa Mandi Safar adalah perkara khilaf, ijtihad ulama dan ia diharuskan.

Sedangkan jika ada individu terkenal tanah air meminum arak di hadapan khalayak nescaya masyarakat akan gempar. Apatah lagi jika ditangkap bersetubuh nescaya dia akan dimaki hamun kalau bukan dipukul beramai-ramai.

Adapun ritual syirik terang-terangan pula ia hanya dipandang sinis dan dianggap mengarut sahaja kerana tidak menepati arus kemodenan. Malah mungkin ada yang menolaknya bukan kerana syirik tetapi atas alasan ia satu pembaziran. Walhal perbuatan syirik jauh lebih berat daripada dosa minum arak dan zina.

Ada yang tidak kena dan sewajarnya kita bermuhasabah.

Jika di Arab Saudi pihak berkuasa di sana mengenakan hukuman berat atas bomoh dan pawang. Kerana itu bomoh-bomoh di sana hidup ketakutan dan tidak akan berani melakukan ritual-ritual mereka secara terbuka.

Keadaan berbeza di negara kita di mana mereka ini diberikan liputan media seperti selebriti. Tetapi apakan daya, negara di sana itu ‘Wahabi’.

Idris bin Sulaiman
Kajang
03 Jamadilakhir 1443H /
06 Januari 2022

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • SAY NO TO VALENTINE’S DAY

    SAY NO TO VALENTINE’S DAY Orang Islam adalah Umat yang istimewa lagi mulia. Mereka adalah kaum yang Allah beri kepada mereka hidayah petunjuk untuk menerima satu-satunya Agama yang benar di sisiNya. Berbeza dengan manusia lain yang masih hidup dalam kegelapan, sama ada mereka terdiri daripada kalangan mereka yang mencari-cari cahaya…

  • LAWATAN TRUMP KE ARAB SAUDI & PROPAGANDA SYIAH IRAN

    LAWATAN TRUMP KE ARAB SAUDI & PROPAGANDA SYIAH IRAN Susulan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan lebih 50 pemimpin negara majoriti Islam menghadiri majlis perasmian Pusat Global bagi Memerangi Ideologi Pelampau di Riyadh, Arab Saudi. Apa yang menarik perhatian ialah ketiadaan…

  • ZIKIR MENGINGATI ALLAH ﷻ

    ZIKIR MENGINGATI ALLAH ﷻ 1. LA ILAHA ILLA ALLAH / لا إله إلا الله Nama: Kalimah Tauhid Makna: Tiada Sembahan Kecuali Allah Bila Sesuai Disebut: Sebaik-baik zikir. Hendaklah lidah sentiasa basah menyebutnya. 2. SUBHANALLAH / سبحان الله Nama: Tasbih / تسبيح Makna: Maha Suci Allah Bila Sesuai Disebut: Apabila melihat…

  • IKUT FAHAM SAHABAT NABI ﷺ

    IKUT FAHAM SAHABAT NABI ﷺ -Bukan faham tok guru-Kesesatan mereka yang menyalahi fahaman Sahabat Firman Allah ﷻ: “Dan sesiapa yang menyalahi Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk dan dia pula mengikut jalan SELAIN DARI JALAN ORANG-ORANG BERIMAN maka Kami akan palingkan dia ke arah jalan yang dipilihnya, dan Kami…

  • ISU PALESTIN & MASJIDIL AQSA

    ISU PALESTIN & MASJIDIL AQSA Tiada yang baharu tentangnya kerana Masjidil Aqsa masih dijajah oleh kafir. Sehingga kini tiada sesiapa yang mampu mengambil semula tanahnya dan memberinya kepada yang lain. Apa yang pasti Masjidil Aqsa adalah milik orang Islam dan ia telah dirampas daripada mereka. Semua kenyataan dan resoulusi mempertahankan…

  • ANDA HIDUP SEPERTI RAJA

    ANDA HIDUP SEPERTI RAJA Ya, jika dibandingkan dengan kehidupan Nabi dan Sahabat. Berkata an-Nukman bin Basyir: “Bukankah kamu mempunyai makanan dan minuman yang kamu mahu? Sesungguhnya aku telah melihat Nabi ﷺ tidak mempunyai (apa-apa makanan walaupun) kurma buruk untuk rasa kenyang.” Sahih. Riwayat Muslim. Berkata Aishah: “Sesungguhnya keluarga Muhammad ﷺ…