GOTONG-ROYONG BERSIH KUIL: UMAT ISLAM DILARANG TERLIBAT

Umat Islam dilarang terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kuil atau rumah ibadat lain.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, baru-baru ini.

Alhamdulillah, syukur dengan kenyataan tegas ini demi menjaga akidah umat Islam.

Isu ini kecoh beberapa tahun lalu sehingga ada seorang ‘Ustaz’ dipanggil ke Bukit Aman memberi kenyataan.

Sebahagian masyarakat waktu itu keliru antara boleh atau tidak terlibat dengan aktiviti membersihkan kuil atau rumah ibadat lain susulan banjir lumpur yang berlaku.

Perkara ini bukan perkara yang boleh dipandang kecil atau remeh, kerana ia melibatkan isu menjaga akidah umat Islam.

Semoga dengan kenyataan jelas dari pihak berkuasa agama perkara ini dapat dijadikan panduan dan rujukan buat umat Islam di negara ini.

Similar Posts

  • | |

    MANHAJ TAKWIL ASYAIRAH

    Asyairah merupakan salah satu daripada empat kumpulan Ahli Kalam di samping Jahmiyyah, Muktazilah dan Maturidiah yang mengambil pendekatan takwil akal dalam perbahasan akidah; permasalahan al-Asma’ Wa al-Sifat dan lain. Manhaj takwil ialah pendekatan memalingkan makna zahir nas Al-Quran dan al-Sunah kepada makna lain berdasarkan penilaian akal. Ternyata bahawa tiada takwilan…

  • |

    PERNAHKAH NABI PANGGIL WAHAI KAFIR?

    Jawapannya, ya. Bahkan itu yang diperintahkan ke atas Nabi ﷺ oleh Allah ﷻ sebagaimana dalam firmanNya ﷻ: قُلۡ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡكَـٰفِرُونَ “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!” [Al-Quran, al-Kafirun, 109:1] Perintah atas Nabi ﷺ dan umatnya supaya menyatakan pendirian tegas mereka menyembah Allah ﷻ semata-mata tanpa menyekutukan denganNya apa jua sembahan…

  • | |

    KUBUR atau MAKAM?

    – Penggunaan istilah ‘makam’ bagi kubur – Kesyirikan di ‘Makam’ Syeikh Ahmad al-Badawi, Mesir Istilah makam berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kedudukan, martabat, tempat dan seumpamanya. Dalam bahasa Melayu pula makam antaranya diertikan sebagai kubur orang yang dihormati seperti nabi, para wali, keluarga diraja dan sebagainya. Menariknya, istilah makam…

  • | | |

    DI MANA ALLAH?

    Salaf al-Soleh berpendirian bahawa Allah ﷻ di atas, terpisah daripada makhluknya, meninggi di atas Arasy. Sebagaimana antara nama Allah ﷻ ialah al-‘Ali (العلي), al-A’la (الأعلى) dan al-Muta’aal (المتعال), semuanya bermaksud Yang Maha Tinggi. Dalil-dalil Al-Quran: وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ “Dan Dia lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:255]…

  • | |

    PROPAGANDA SYIAH

    PROPAGANDA SYIAH Kebelakangan ini ada yang berkongsi berita kononnya kerajaan Arab Saudi kini menolak fahaman Wahabi kerana ia merupakan aliran yang ekstrem dan berideologi takfir (mengkafirkan sesama Muslim). Untuk makluman, ini hanyalah propaganda yang dijaja oleh saluran TV Syiah Iraq yang terkenal permusuhan mereka terhadap Sunni khususnya Arab Saudi. Sumber:…

  • |

    NABI ILYAS PENJAGA POKOK? NABI KHIDIR PENJAGA AIR?

    #Khurafat dari meja penceramah Baru-baru ini ada yang berkongsi video di bawah bertanya tentang sejauh mana kesahihan apa yang disampaikan dalam video tersebut. Sejujurnya saya terkejut mendengar apa yang disampaikan dalam video tersebut. Saya tidak menyangka hal seperti ini boleh diucapkan oleh seorang ustaz. Beliau berkata: “Nak ambil pokok aloe…