Mecca city aerial view
|

BEZA ANTARA AHLI TAUHID & GOLONGAN YANG MEREALISASIKAN MAKNA TAUHID

Ahli tauhid (Muwahhid) ialah golongan yang mengesakan Allah tetapi dalam masa yang sama mempunyai dosa-dosa yang tidak sampai ke tahap syirik.

Kedudukan golongan ini di akhirat nanti akan ditentukan oleh Allah ﷻ sama untuk mengampuni dosa-dosa mereka atau mengazab mereka.

Walau bagaimanapun, kesudahannya mereka akan tetap masuk ke syurga.

Adapun golongan yang merealisasikan makna tauhid (Muhaqqiq al-Tauhid) maka mereka ini akan terus masuk syurga tanpa menjalani sebarang hisab ataupun azab.

Ini berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Nabi ﷺ berkenaan 70 ribu orang yang akan masuk syurga tanpa hisab ataupun azab.

Mereka ialah orang-orang yang tidak menggunakan ‘kai’ (berubat dengan besi panas), tidak meminta untuk dijampikan (dibacakan ayat-ayat ruqyah) dan tidak pula percaya kepada kesialan (tatayyur). Sebaliknya mereka berserah sepenuhnya kepada Allah ﷻ.

[Hadis sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Maka golongan yang merealisasikan makna tauhid ialah orang-orang yang bukan sahaja memurnikan pegangan tauhid mereka dengan membebaskannya daripada syirik, malahan mereka turut memelihara diri mereka daripada dosa-dosa besar dan kecil, serta kesalahan-kesalahan maksiat dan bidaah.

Ini bermaksud kedudukan mereka yang merealisasikan makna tauhid lebih tinggi daripada golongan ahli tauhid.


Pentingnya Tauhid:

PENTINGNYA TAUHID

Bahaya Syirik:

SELAMAT DARI SYIRIK


Semoga Allah ﷻ menggolongkan kita dalam kalangan mereka dapat merealisasikan makna tauhid.

Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Syaaban 1443H /
16 Mac 2022

Similar Posts