| |

SIMBOL PERAYAAN KUFFAR DI MASJID

SIMBOL PERAYAAN KUFFAR DI MASJID

Ia menunjukkan kekeliruan sebahagian umat Islam tentang hakikat erti Agama Islam yang bertunjangkan kepada AKIDAH TAUHID dan memerangi SYIRIK di samping batasan toleransi dan hubungan dengan penganut agama lain.

Adakah ini satu uslub dakwah yang benar yang selari dengan nas dan diamalkan oleh Nabi dan Sahabat?

Siapakah sebenarnya yang didakwahkan? Nampaknya seolah-olah sudah terbalik.

Muslim pula yang didakwahkan dek keliru dengan akidah dan prinsip-prinsip syariat sehingga hilang rasa bangga dan cemburu dengan Agama.

Masjid ialah rumah ALLAH untuk membesarkan ALLAH dan menyeru kepadanya SEMATA-MATA.

Usahlah ia dicemari dengan simbol-simbol dan program-program perayaan KUFFAR yang TIADA kena mengena dengan ISLAM dan MASJID.

Malah ISLAM berlepas diri daripada semua ini.

Firman ALLAH:

“Dan sesungguhnya MASJID-MASJID itu untuk (IBADAH KEPADA) ALLAH semata-mata, maka JANGANLAH KAMU SERU dan sembah sesiapa pun bersama-sama ALLAH.”

Surah al-Jin, ayat 18.

FirmanNYA:

“Demikianlah (ajaran ALLAH) dan sesiapa yang MENGHORMATI SYIAR-SYIAR AGAMA ALLAH maka sesungguhnya perbuatan itu salah satu kesan TAKWA.”

Surah al-Hajj, ayat 32.

Keampunanmu ya ALLAH. Janganlah ENGKAU timpakan azabmu akibat perbuatan mereka yang jahil dan keliru daripada kalangan kami. Berilah taufik dan hidayahmu ya ALLAH.

Rujukan untuk bacaan:

https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10218317045909367

https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10218029966812569

https://chinesenewyear.net/lantern-festival/

Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Jamadil Akhir 1441H / 02 Februari 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • GOTONG-ROYONG BERSIH KUIL: UMAT ISLAM DILARANG TERLIBAT

    Umat Islam dilarang terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kuil atau rumah ibadat lain. Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, baru-baru ini. Alhamdulillah, syukur dengan kenyataan tegas ini demi menjaga akidah umat Islam. Isu ini kecoh beberapa tahun lalu sehingga ada seorang ‘Ustaz’ dipanggil ke Bukit Aman…

  • | |

    AJARAN MARTABAT TUJUH

    – Fahaman sesat lagi menyesatkan Ajaran Martabat Tujuh berkait rapat dengan ajaran tasawuf Wehdatul Wujud yang diasaskan oleh Ibnu Arabi (mati 638H), fahaman Nur Muhammad serta ajaran batiniah Syiah Ismailiyyah. Ajaran Martabat Tujuh kembali kepada ajaran bahawa hakikat yang wujud itu satu dan ia berlapis tujuh secara ‘tanazzulat’ (penurunan) iaitu…

  • | |

    SEMBAH KUBUR DI NEGARA ISLAM

    Syeikh Muzammil Faqiri, seorang pendakwah Sudan menunjukkan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para dai di negaranya. Kelihatan beberapa bangunan berkubah tiga segi dibina di atas sesetengah kubur di Sudan. Sesetengah masyarakat Islam di sana mempercayai bahawa penghuni kubur-kubur ini memiliki keistimewaan-keistimewaan di samping mampu memberi manfaat-manfaat tertentu buat para pengunjungnya…

  • | | | |

    WABAK PENYAKIT

    WABAK PENYAKIT Semua penyakit barangkali boleh diambil mudah melainkan PENYAKIT SYIRIK. Firman ALLAH ﷻ: إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ . “Sesungguhnya perbuatan SYIRIK merupakan kezaliman yang BESAR.” [Surah Luqman, ayat 13] Kata Ibnu Kathir: “Yakni kezaliman yang PALING BESAR.” CATATAN: Kini keadaan menjadi sebaliknya. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Zulhijah 1442H…

  • |

    PERNAHKAH NABI PANGGIL WAHAI KAFIR?

    Jawapannya, ya. Bahkan itu yang diperintahkan ke atas Nabi ﷺ oleh Allah ﷻ sebagaimana dalam firmanNya ﷻ: قُلۡ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡكَـٰفِرُونَ “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!” [Al-Quran, al-Kafirun, 109:1] Perintah atas Nabi ﷺ dan umatnya supaya menyatakan pendirian tegas mereka menyembah Allah ﷻ semata-mata tanpa menyekutukan denganNya apa jua sembahan…

  • | |

    AWAS PEMBATAL-PEMBATAL AGAMA

    – Syarat-syarat kalimah syahadah Islam bukan sekadar mengucap ‘Lailahaillallah’. Sebaliknya setiap Muslim perlu tahu dan faham isi makna kalimah syahadah itu, meyakininya, ikhlas mengucapkannya di samping tunduk dan patuh menerima tuntutan-tuntutan serta larangan-larangannya. Jika tidak maka orang-orang munafik pun mengucapkan kalimah syahadah sedangkan Allah ﷻ mengancam mereka dengan azab kerak…