|

AJAR ANAK AL-FATIHAH

AJAR ANAK AL-FATIHAH

# Saranan buat ibu bapa

Solat merupakan tiang Agama manakala bacaan al-Fatihah dalam solat merupakan salah satu rukunnya.

Antara tanggungjawab ibu bapa ialah menjaga dan mendidik anak dengan didikan Agama dan akhlak yang baik.

Salah satu daripada apa yang sewajarnya diberi perhatian oleh ibu bapa ialah mengajar anak membaca dan menghafal surah al-Fatihah supaya anak dapat melaksanakan solat dengan baik.

Ia adalah permulaan sebelum anak membaca dan menghafal surah-surah yang lain.

Menyedari keutamaan dan kepentingannya, tanggungjawab ini tidak patut diabaikan atau diserahkan kepada orang lain.

Ini kerana ia juga adalah peluang untuk ibu bapa mendapat pahala jariah di mana kelak setiap kali anak membaca al-Fatihah ibu bapa yang mengajarkannya akan turut mendapat pahalanya – ketika mereka hidup dan sesudah mereka meninggal dunia.

Betapa banyaknya pahala yang dapat diraih oleh para ibu bapa dengan mengajar anak membaca dan menghafal surah al-Fatihah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Rebut peluang, jangan terlepas
18 Shaaban 1442H /
01 April 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • | |

    PENUNTUT ILMU

    PENUNTUT ILMU Terdapat tiga tahap penuntut ilmu iaitu mereka yang: 1. Hafal dan faham; 2. Faham tanpa hafal; dan 3. Hafal tanpa faham. Kedudukan tahap-tahap ini adalah sama mengikut turutan di atas. Firman Allah ﷻ: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman serta orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama daripada kalangan…

  • ‘YAKIN BOLEH’ PERLU DIUBAH

    # Membetulkan perkataan yang mengelirukan Kajian psikologi Barat sering menekankan kepentingan untuk yakin dengan keupayaan diri sendiri. Manusia menurutnya adalah pusat segala penentuan dan perubahan. Ini kerana kepercayaan kepada tuhan hampir tidak ada dalam kajian-kajian psikologi Barat yang didominasi oleh golongan ateis. Hasilnya mereka mengetengahkan perkataan-perkataan seperti ‘believe in yourself’,…

  • |

    TAHZIR

    – Murid mengkritik guru Tahzir ialah membuat kritikan terhadap seseorang sehingga memberi amaran dan peringatan supaya dijauhi orang tersebut. Kritikan terhadap seseorang semestinya perlu didasari ilmu dan kebijaksanaan. Antara kesalahan dalam bab ini ialah apabila murid lantang mendahului guru-guru mentahzir seseorang guru secara spesifik. Ini tidak wajar. Cuai dan terburu-buru…

  • |

    FREEMASON

    FREEMÃSŎN Sebuah pertubuhan rahsia Yahũdi perosak yang paling berpengaruh di dunia. Merancang untuk memastikan penguasaan kaum Yahũdi ke atas seluruh dunia. Memusuhi semua agama selain Yahũdi. Berselindung di bawah slogan kebebasan, persaudaraan dan persamaan antara manusia. Majoriti ahlinya terdiri daripada kalangan personaliti terkenal dan individu-individu berpengaruh yang telah mengikat perjanjian…