| |

PKP 2.0: MUKMIN ORANG LUAR BIASA

PKP 2.0: MUKMIN ORANG LUAR BIASA

“Luar biasa keadaan seorang Mukmin. Apa jua yang menimpanya adalah baik-baik belaka. Dan keadaan ini hanya ada pada orang Mukmin. Jika apa yang menimpanya suatu yang MENGGEMBIRAKAN maka dia BERSYUKUR. Ini baik buatnya. Dan jika apa yang menimpanya suatu yang MEMUDARATKAN maka dia BERSABAR. Dan ini baik buatnya”.

Hadis sahih. Riwayat Muslim.

Sama-sama BERSABAR dengan MENGHARAPKAN PAHALA menghadapi cabaran dan dugaan.

JANGAN berputus asa daripada rahmat ALLAH.

Tidaklah mereka yang berputus asa melainkan mereka yang KUFUR.

Surah Yusuf, 12:87.

Daripada Allah jua kita memohon pertolongan dan bantuan.

Idris Sulaiman
Kajang
28 Jumadil Awal 1442H /
12 Januari 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    MAJORITI AHLI SYURGA & AHLI NERAKA

    Sabda Nabi ﷺ: اطَّلَعْتُ ‌فِي ‌الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ، وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. “Aku melihat ke dalam syurga lalu aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang miskin dan aku melihat ke dalam neraka lalu aku dapati kebanyakan penghuninya ialah wanita.” [Sahih. Riwayat Bukhari (3241) & Muslim (2737)] Orang-orang…

  • | |

    ‘KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN’?

    ‘KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN’? Mungkin kita pernah mendengar seseorang menukilkan hadis dengan lafaz: النَّظَافَةُ مِنَ الإيمَانِ “Kebersihan sebahagian daripada iman” Sekalipun maknanya sahih tetapi ia HADIS LEMAH. Maka hadis ini TIDAK SABIT DARIPADA NABI. Ungkapan ini masyhur, sering diucapkan dan dinisbahkan sebagai hadis. Perlu ditegaskan bahawa BUKAN semua ungkapan MASYHUR…

  • |

    KHIANAT DIRI SENDIRI

    – Maksud ‘Ikhtian’ Seperti mana seseorang itu boleh mengkhianati orang lain dia juga boleh mengkhianati dirinya sendiri. Dengan menjebakkan diri dalam maksiat. Sedangkan maksiat merupakan asbab yang menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam api neraka, nauzubillah. Maka dengan perbuatan maksiat seseorang itu sebenarnya menganiaya dirinya sendiri serta mendatangkan kecelakaan ke…

  • |

    MEDIA SOSIAL: PENGGUNA NAMA SAMARAN

    Muslim perlu mengambil berat tentang sumber dari mana dia mengambil pengetahuan agamanya. Kata ulama besar salaf, Ibnu Sirin: ‌إِنَّ ‌هَذَا ‌الْعِلْمَ ‌دِينٌ، فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ. “Sesungguhnya ilmu ini agama maka lihatlah daripada mana kalian ambil agama kalian.” [Sahih Muslim, 1/14] Ini bererti memastikan sumber yang betul adalah penting dalam…

  • |

    PROMOSI BUKU: TERIMA KASIH USTAZ REZA

    Terkejut apabila ada yang memaklumkan bahawa buku 80 Hadis Puasa Ramadan telah dipromosikan dalam rancangan siaran langsung televisyen Bernama pagi tadi. Dalam program bertajuk ‘Langkah Baru di Bulan Ramadan’ al-Fadhil Ustaz Reza Kamarudin berbicara mengenai persiapan untuk menyambut ketibaan bulan puasa. Kita perlu persiapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu, tegas…