|

KESEMPURNAAN AGAMA: TIDAK PERLU TOKOK TAMBAH

Sedar atau tidak mereka yang melakukan amalan-amalan ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi ﷺ dan para Sahabat mempertikaikan kesempurnaan dan kesyumulan agama.

Pada tanggapan mereka agama Islam belum cukup sempurna dan belum cukup cantik sehingga ia perlu kepada penambahan-penambahan tertentu.

Seolah-olah Nabi ﷺ terlepas pandang atau tidak sempat mengajarkannya kepada umatnya sedangkan amalan-amalan itu juga baik menurut mereka.

Pendirian sebegini mendustakan firman Allah ﷻ:

ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ.

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan buat kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmat Aku kepada kamu dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5:3]

Sabda Nabi ﷺ:

إنَّهُ ليس شيءٌ يُقَرِّبُكُمْ إلى الجنةِ إلَّا قد أَمَرْتُكُمْ بهِ، وليس شيءٌ يُقَرِّبُكُمْ إلى النارِ إِلَّا قد نَهَيْتُكُمْ عنهُ.

“Sesungguhnya tiada apa yang mendekatkan kamu ke syurga melainkan aku telah memerintahkan kamu melakukannya, dan tiada apa yang mendekatkan kamu ke neraka melainkan aku telah melarang kamu daripadanya.”

[Hasan. al-Sahihah oleh al-Albani, no. 2866]

Justeru perlu ditegaskan bahawa agama Islam semenjak wafatnya Nabi ﷺ telah pun lengkap dan sempurna.

Tiada ruang untuk membuat rekaan-rekaan tertentu dan menokok tambah amalan-amalan baharu dalam agama.

Segala apa yang baik telah pun diajar dan disampaikan oleh Nabi ﷺ dalam hadis-hadis yang sahih.

Maka apa yang bukan sebahagian daripada agama pada zaman Rasulullah ﷺ tidak boleh dianggap sebagai sebahagian daripada agama pada hari ini.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Syawal 1444H
10 Mei 2023

Similar Posts

  • |

    BERGELAP SOLIDARITI PALESTIN

    Saranan yang tiada kewajaran. Muslim dipandu Al-Quran dan al-Sunah mengikut fahaman Salaf al-ummah. Bukan emosi dan perasaan. Saranan yang tidak memberi apa-apa manfaat hakiki kepada penduduk Palestin. Hanya tasyabbuh meniru kuffar Barat yang memang tidak berpedoman. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ “Barang siapa menyerupai sesebuah kaum…

  • |

    ORANG DITIMPA MUSIBAH

    – Musibah sebenar Muslim diperintah supaya bersabar saat ditimpa musibah. Sabar menghadapi musibah merupakan sebahagian daripada tuntunan iman kepada qadak dan qadar iaitu keyakinan bahawa segala sesuatu yang berlaku di dunia telah pun ditulis dalam Lohmahfuz dan segala kejadian dalam hidup manusia berlaku mengikut kehendak dan izin Allah ﷻ. Musibah…

  • |

    BANYAK BERCAKAP

    Kata Imam al-Auzaie (wafat 157H): إِنَّ ‌المُؤْمِنَ ‌يَقُوْلُ ‌قَلِيْلاً، وَيَعمَلُ كَثِيْراً، وَإِنَّ المُنَافِقَ يَتَكَلَّمُ كَثِيْراً، وَيَعْمَلُ قَلِيْلاً. “Orang Mukmin bercakap sedikit dan beramal banyak sedangkan orang munafik bercakap banyak dan beramal sedikit.” [Siyar A’lam al-Nubala’, 7/125] CATATAN Barangkali dalam konteks zaman sekarang ‘bercakap’ lebih banyak dalam bentuk menulis di media…

  • |

    HUKUM BOIKOT BARANGAN ORANG KAFIR

    Ada dua keadaan: Keadaan Pertama:Jika Diarah oleh Pemerintah Jika pemerintah sesebuah negara Islam memerintahkan supaya barangan tertentu atau barangan negara-negara tertentu diboikot maka rakyat negara tersebut wajib mentaati arahan itu. Selari dengan firman Allah ﷻ: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah…

  • |

    CAKAP SEDIKIT

    Kata Imam al-Auzaie: “Orang beriman bercakap sedikit dan beramal banyak sedangkan orang munafik bercakap banyak tetapi beramal sedikit.” [al-Zahabi, al-Siyar, 7/125] Dr. Idris bin SulaimanGotong royong Ramadan12 Syaaban 1444H05 Mac 2023