Natural disasters effect on property. A tree falls on a family home in a suburban neighborhood
|

MUSIBAH YANG MENIMPA: AZAB ATAU UJIAN

Bagaimana membezakan antara musibah yang bersifat azab dengan musibah yang Allah ﷻ timpakan atas salah seorang hambaNya sebagai ujian bagi meninggikan darjatnya di sisiNya?

Tiada jalan untuk mengetahuinya secara pasti kerana ia merupakan antara perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah ﷻ.

Apa yang pasti Muslim perlu sentiasa bermuhasabah di samping melazimkan diri dengan sifat sabar apabila menghadapi musibah, beristighfar dan bertaubat.

Wallahuaklam.

Similar Posts

  • |

    KORONAVIRUS

    KORONAVIRUS Bersungguh-sungguh, jangan sambil lewa. Tawakal (berserah setelah berusaha) توكل, jangan tawaakal (berserah tanpa berusaha) تواكل. Kita bersungguh-sungguh dan dalam masa yang sama kita memohon daripada ALLAH supaya menjaga kita daripada musibah bencana. Jangan kita ambil mudah penularan wabak penyakit, dan kita bertawakal kepada ALLAH. Cukuplah bagi kita ALLAH sebagai…

  • |

    SUAMI BERHIAS UNTUK ISTERI

    SUAMI BERHIAS UNTUK ISTERI Suami dianjurkan berhias untuk isteri di rumah seperti mana dia suka isterinya berhias untuknya. Berkata Ibnu Abbas r.a.: إني أحب أن أتزين للمراة كما أحب أن تتزين لي لأن الله تعالى يقول: ولهن مثل الذي عليهن بالمعروف. “Aku suka berhias untuk isteri seperti mana aku suka…

  • |

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA

    HUKUM MEMBERI DUIT HARI RAYA Jawapan Lajnah Badan Pembesar Ulama dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi: “Tiada halangan, bahkan ia termasuk dalam adat-adat yang baik, untuk menggembirakan sesama saudara Muslim; tua dan muda. Ia adalah sesuatu yang dituntut oleh Syariat yang murni.” Syeikh Abdul Aziz Bin Baz…

  • |

    MAKSIAT: PERLU MALU ATAU JANGAN HIPOKRIT?

    Ada yang keliru tentang maksiat sama ada perlu disembunyikan kerana rasa malu atau boleh dizahirkan kepada umum supaya tidak bersifat hipokrit. Contohnya mungkin ada yang berkata “Aku hisap rokok secara terang-terangan kerana tidak mahu hipokrit.” Atau perempuan yang enggan memakai tudung (menutup aurat rambutnya) dengan alasan yang sama, tidak mahu…

  • |

    Semoga Allah merahmati Ustaz Abu Yahya Badrusalam.

    Semoga Allah merahmati Ustaz Abu Yahya Badrusalam. Waktu-waktu seperti sekarang posting sebegini jauh lebih bermanfaat berbanding posting-posting berlebihan tentang wabak penyakit yang sedang tular yang hanya akan menyebabkan masyarakat cemas dan panik. Posting mengingatkan supaya kembali kepada ALLAH dan berlindung dengannya. Wallahul musta’an.

  • |

    PERARAKAN PRO-LGBT DI IBU NEGARA

    PERARAKAN PRO-LGBT DI IBU NEGARA Perarakan pro-LGBT di ibu negara semalam hanyalah permulaan. Dengan bantuan dana, strategi dan sokongan, golongan perosak ini tidak akan berhenti sehingga cita-cita mereka tercapai. Di negara-negara Barat, proses menormalisasikan golongan LGBT dalam masyarakat sudah lama bermula, dan sebahagian negara telah pun membenarkan perkahwinan sejenis. Adakah…