footprints on sand
|

TAKLID BUTA

– Video mentaliti haiwan ternak

Taklid sememangnya buta.

Ikut bulat-bulat sesuatu perbuatan kerana orang lain melakukannya tanpa mengetahui alasan atau sebabnya.

Tidak mahu belajar dan tidak mahu bertanya.

Sekadar mengambil jalan mudah kerana malas berfikir.

Sikap ini ada dalam mana-mana masyarakat, tidak mengenal batas usia, muda atau tua, lelaki atau perempuan.

Ini merupakan sikap umat-umat terdahulu yang menolak dakwah para rasul kerana mahu terus berpegang pada ajaran datuk moyang mereka.

Firman Allah ﷻ:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡاْ إِلَىٰ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ قَالُواْ حَسۡبُنَا مَا وَجَدۡنَا عَلَيۡهِ ءَابَآءَنَآۚ أَوَلَوۡ كَانَ ءَابَآؤُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ شَيۡــــئًا وَلَا يَهۡتَدُونَ.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya ” mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati daripada datuk moyang kami mengerjakannya”. Adakah (mereka akan menurut juga) sedangkan datuk moyang mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?”

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5: 104]

Mereka lebih rela memilih kejahilan berbanding ilmu, kegelapan berbanding cahaya.

Ini sama sekali tidak wajar.

Justeru jangan sekali-kali mendahulukan mana-mana pendapat atas dalil Al-Quran dan al-Sunah.

Kerana itulah taklid buta yang dicela.

CATATAN

Kelihatan dalam video yang dilampirkan sekawan kambing turun dari lereng bukit yang curam secara membuta kerana ikut sang kambing di hadapan tanpa menghiraukan bahaya sehingga ada yang cedera malah ada yang mati.

Bahana taklid buta.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Jamadilawal 1444H
24 Disember 2022

Similar Posts

  • |

    MAKAN GUNA SUDU

    Makan guna sudu hukumnya harus tetapi jangan sampai rasa bangga menganggapnya lebih bagus, ‘beretika’ dan ‘bersih’ berbanding makan guna tangan. Perlu ditegaskan bahawa makan guna tangan termasuk dalam sunah Nabi ﷺ. Kata Kaab bin Malik: رَأَيْتُ رسولَ اللَّه ﷺ يَأْكُلُ بِثلاثِ أَصابِعَ فَإِذا فَرغَ لَعِقَها. “Aku melihat Rasulullah ﷺ makan…

  • |

    FREEMASON

    FREEMÃSŎN Sebuah pertubuhan rahsia Yahũdi perosak yang paling berpengaruh di dunia. Merancang untuk memastikan penguasaan kaum Yahũdi ke atas seluruh dunia. Memusuhi semua agama selain Yahũdi. Berselindung di bawah slogan kebebasan, persaudaraan dan persamaan antara manusia. Majoriti ahlinya terdiri daripada kalangan personaliti terkenal dan individu-individu berpengaruh yang telah mengikat perjanjian…

  • |

    DI MANA SYURGA & NERAKA?

    Syurga terletak di langit yang paling tinggi di bawah Arasy manakala api neraka terletak di Sijjin di bawah lapisan bumi yang paling bawah. Sabda Nabi ﷺ: فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ ‌فَاسْأَلُوهُ ‌الْفِرْدَوْسَ، فَإِنَّهُ وَسَطُ الْجَنَّةِ، وَأَعْلَى الْجَنَّةِ، وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ مِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ. “Jika kamu meminta daripada Allah maka mintalah…

  • |

    ARAB SAUDI MEMANSUHKAN PENJARAKAN SOSIAL

    ARAB SAUDI MEMANSUHKAN PENJARAKAN SOSIAL Alhmadulillah, kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Luarnya baru-baru ini memansuhkan arahan penjarakan sosial di tempat-tempat awam termasuklah masjid, restoran, pengangkutan awam dan sebagainya. Seorang pekerja sedang menanggalkan stiker penjarakan saf di Masjidil Haram: Imam Masjidil Haram (sebentar tadi selepas setahun setengah): Lurus, rapat dan penuhkan…

  • |

    MENGURANGKAN POPULASI PENDUDUK DUNIA MENERUSI IMUNISASI YANG DIWAJIBKAN: KE ARAH MEREALISASIKAN SIFAR KARBON

    MENGURANGKAN POPULASI PENDUDUK DUNIA MENERUSI IMUNISASI YANG DIWAJIBKAN: KE ARAH MEREALISASIKAN SIFAR KARBON “Dunia hari ini mempunyai 6.8 billion orang dan sedang menuju ke arah mencapai kira-kira 9 billion. Sekiranya kita dapat melakukan apa yang terbaik untuk menghasilkan vaksin baharu, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kesihatan kelahiran, berkemungkinan kita akan dapat…

  • |

    HUKUM MAIN KUTU

    HUKUM MAIN KUTU Iaitu perbuatan mengumpul wang pada setiap bulan (minggu dan lain-lain) daripada para peserta lalu ditentukan giliran orang yang menerimanya secara undian dan seumpamanya. Syeikh Al-Albani rahimahullah menegaskan bahawa perbuatan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN. Oleh yang demikian ia TIDAK DIBENARKAN. Kata beliau, “Ia adalah perjudian jika ia…