|

HIPOKRIT YANG SEBENAR

Buka tudung sebab tidak mahu hipokrit.

Seperti jika ada yang tidak mahu solat atas alasan enggan dikatakan menunjuk-nunjuk.

Jelasnya ini kenyataan orang yang keliru.

Sebetulnya kata diri lemah iman atau kurang faham agama, didorong pengaruh rakan-rakan dan seumpamanya.

Musibah jika perbuatan maksiat hendak diselimutkan dengan niat mulia.

Insaflah dan akuilah kelemahan diri.

Itu lebih baik.

Sedangkan hipokrit ialah mendakwa diri Muslim tetapi enggan ikut syariat.

Media pula bersekongkol promosi hal-hal seperti ini.

Ini semua tidak baik.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Syawal 1444H
27 April 2023

Similar Posts

  • |

    YAHUDI SERANG GAZA PALESTIN

    Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Palestin dan segerakanlah hukumanMu ke atas golongan pelampau yang menindas. Berikan perlindungan dan keamanan buat kaum Muslimin di sana. Awas tipu daya Yahudi laknatullah yang dibantu kelompok-kelompok dukungan Syiah Iran untuk menimpakan bala bencana buat Ahli Tauhid dan Sunah atas nama jihad supaya Yahudi…

  • | | |

    AHLI SUNAH SEJATI

    Pengikut Ahli Sunah berusaha untuk beramal dengan al-Sunah, sedangkan lawan mereka sedaya upaya mahu ketepikan al-Sunah atas alasan pendapat mazhab, tokoh, meraikan khilaf, hujah akal dan sebagainya. Firman Allah: فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی شَیۡءࣲ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ. “Jika kalian berselisih dalam sesuatu perkara, maka…

  • |

    TANDA ALLAH SAYANG

    Rata-rata manusia mengimpikan kehidupan yang mewah dan senang kerana beranggapan bahawa ia adalah baik dan bagus. Adapun hidup yang dihimpit kesusahan dan keperitan maka ia dilihat sebagai sesuatu yang buruk dan tidak baik. Hakikatnya, pandangan sebegini tidak tepat. Ini kerana dunia bagi Muslim bukanlah syurga yang dipenuhi kesenangan dan kemewahan…

  • |

    NEGARA DIANCAM KUFFAR 2

    NEGARA DIANCAM KUFFAR 2 Hampir sahaja keadaan negara pada hari ini seperti yang disabdakan oleh Nabi salllalahu alaihi wasallam, يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الْأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى الْقَوْمُ إِلَى قَصْعَتِهِمْ. قَالَ: قِيلَ: مِنْ قِلَّةٍ؟ قَالَ: بَلْ أنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ المَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ…

  • |

    MASJID / SURAU / MUSALA / MADRASAH

    Boleh dikatakan bahawa masjid dan surau membawa maksud yang sama dari sudut syariat iaitu tempat yang diwakafkan untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan hukum hakam serta adab-adab yang tertentu seperti tuntutan mengerjakan solat Tahiyat Masjid, beriktikaf di samping larangan berjual beli, mengumumkan barang hilang dan sebagainya. Adapun…