|

KHALIFAH OMAR “INI ADALAH SEBAIK-BAIK BIDAAH!” – BENARKAH SOLAT TARAWIH BERJEMAAH BERMULA PADA ZAMAN KHALIFAH OMAR?

Ini merupakan kekeliruan sebahagian pihak yang mendukung konsep bidaah hasanah dalam Islam.

Antara hujah yang sering dikemukakan ialah kenyataan Khalifah Omar al-Khattab r.a. ketika beliau mengumpulkan kaum Muslimin untuk solat Tarawih berjemaah di belakang seorang imam. Beliau berkata:

نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ

“Ini adalah sebaik-baik bidaah.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2010]

Hakikatnya, solat Tarawih berjemaah telah dimulakan sendiri oleh Rasulullah ﷺ sebagaimana dalam hadis sahih oleh Bukhari dan Muslim. Nabi ﷺ melaksanakannya secara berjemaah selama dua atau tiga malam. Namun setelah itu Baginda ﷺ berhenti dan tidak lagi melaksanakannya secara berjemaah kerana khuatir ia akan diwajibkan ke atas umatnya. Ini sebagaimana dalam sabdanya ﷺ:

لَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلَّا أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ.

“Tidaklah yang menghalang aku daripada keluar kepada kalian (untuk solat Tarawih) melainkan kerana aku bimbang ia akan diwajibkan ke atas kalian.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 1129 dan Muslim, no. 761]

Justeru, kenyataan Khalifah Omar tersebut hendaklah difahami sebagai bidaah dari sudut bahasa, iaitu sesuatu yang dilakukan semula setelah sekian lama tidak dilaksanakan secara berjemaah secara tersusun. Ia bukanlah bidaah dari sudut syariat, kerana Rasulullah ﷺ sendiri telah melaksanakannya secara berjemaah sebelum itu.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
04 Ramadan 1447H
21 Februari 2026
https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts

  • |

    MADINAH TETAP BUMI SUCI

    MADINAH TETAP BUMI SUCI Ada yang berkongsi berita bahawa Pertubuhan Kesihan Sedunia (WHO) memperakui bumi Madinah Nabi ﷺ sebagai antara bandar paling sihat di dunia. Sumber: https://origin.bharian.com.my/dunia/asia/2021/01/779344/madinah-antara-bandar-paling-sihat-di-dunia Seolah-olah ia satu kebanggaan buat Muslim apabila bumi Nabi ﷺ ini diiktiraf oleh Pertubuhan dunia ini. Musykil. Sebagai seorang Muslim seharusnya kelebihan dan…

  • |

    HASUTAN KEBENCIAN KE ATAS ISTANA

    HASUTAN KEBENCIAN KE ATAS ISTANA # Pemikiran Sosialis Komunis Menghapuskan Sistem Raja Beginilah api kebencian ditimbulkan antara masyarakat awam dan Istana dengan diwujudkan persepsi kononnya terdapat ketidakadilan dalam pembahagian kekayaan negara. Masyarakat awam barangkali teruja dengan lakaran grafik dan retorik yang menzahirkan ketidakadilan tersebut kerana beranggapan bahawa itulah caranya mereka…

  • |

    UTAMAKAN PRODUK MUSLIM

    UTAMAKAN PRODUK MUSLIM Seruan ini selari dengan prinsip ‘Walak dan Barak’ yang ditetapkan oleh Syariat. Ia bertunjangkan kepada iman dan menjadi manifestasi ikatan ukhuwah sesama saudara Muslim. Walak ialah kecintaan kepada orang-orang beriman kerana keimanan mereka, membantu, menolong dan mempertahankan mereka serta menunaikan segala hak yang berkaitan dengan sesama saudara…

  • |

    SIMBOL MENYALAHI AJARAN ISLAM

    Simbol V for Vendetta (Guy Fawkes) melambangkan penentangan terhadap pemerintah. Dalam Islam, melawan pemerintah Muslim adalah dilarang, walaupun mereka zalim, kecuali jika berlaku kufur yang nyata. Islam menolak jalan revolusi dan huru-hara kerana membawa kerosakan yang lebih besar, sebaliknya mengajar supaya bersabar, nasihat secara hikmah, serta menjaga keamanan dan kesatuan…

  • |

    APA YANG BENAR TETAP BENAR

    APA YANG BENAR TETAP BENAR #Kaedah-Kaedah Ilmiah #Kaedah 4 Kebenaran akan diterima daripada sesiapa jua. Ini kerana kebenaran ialah apa yang menepati dalil. Justeru persoalan siapa yang mengungkapkan kebenaran itu tidak timbul. Ia tiada kaitan dengan sejauh mana orangnya diterima atau ditolak. Kerana itu Ahli Sunah mengakui kebenaran yang ada…