|

“SALAH KE KALAU TAMBAH? BUKAN HARAM PUN!”

Apabila berbicara tentang keperluan berpegang teguh dengan Sunah Nabi ﷺ serta larangan berpaling daripadanya dengan melakukan perubahan, tokok tambah dan seumpamanya, pasti ada yang tidak bersetuju lalu menolak secara sinis dengan berkata:

“Alah, ini perkara kecil sahaja, cabang dan ranting. Bukan perkara pokok. Salah ke kalau nak tambah? Benda baik, apa salahnya. Bukan haram pun! Takkan nak buat baik pun berdosa?”

Kenyataan sebegini menunjukkan bahawa orangnya tidak mengambil berat tentang Sunah Nabi, mengabaikan kewajipan mengikutinya serta larangan berpaling daripadanya, sama ada dengan menolaknya atau mengubahnya melalui tokok tambah dan seumpamanya.

Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:

‌فَمَنْ ‌رَغِبَ ‌عَنْ ‌سُنَّتِي فَلَيْسَ مني.

“Barang siapa berpaling daripada Sunahku, maka dia bukan daripada golonganku.”

[Sahih. Riwayat al-Bukhari, no. 5063 dan Muslim, no. 1401]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Ramadan 1447H
20 Februari 2026
https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts

  • |

    AHLI PEMIKIR?

    AHLI PEMIKIR? Antara gelaran-gelaran yang mungkin kita pernah dengar tetapi maksudnya kurang jelas dan menimbulkan tanda tanya serta kemusykilan mengapa ia digunakan sedemikian ialah gelaran tokoh pemikir, ahli pemikir Islam dan seumpamanya. Mungkin ada yang berkata mengapa seseorang individu itu boleh dikatakan sedemikian sedangkan orang lain pun boleh berfikir. Dan…

  • |

    SABAR HADAPI DUGAAN DUNIA

    Mukmin perlu sabar dalam menghadapi dugaan di dunia sebesar mana pun ia datang menguji kerana apa yang pasti di sebalik setiap ujian akan datang kesenangan dan di sebalik setiap kepayahan akan datang kemudahan, sedangkan azab dunia jauh lebih ringan dan tidak terbanding dengan azab akhirat. Firman Allah ﷻ: فَإِنَّ مَعَ…

  • |

    Allah susutkan riba

    “Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya.” [Al-Baqarah, ayat 276] Dr. Idris bin Sulaiman26 Syaaban 1444H19 Mac 2023

  • |

    HIZBI

    Hizbi atau hizbiah berasal daripada perkataan Arab hizb (jamak ahzab) yang membawa erti kelompok atau puak. Sesiapa yang menyalahi manhaj Nabi ﷺ dan sunahnya maka dia termasuk dalam kalangan kelompok (hizb) yang menyimpang. Justeru sikap taksub kepada pemikiran atau kumpulan tertentu yang menyalahi Al-Quran dan as-Sunah di samping taat dan…

  • |

    KETURUNAN NABI ﷺ

    – Cara betul menilai seseorang Baru-baru ini ada yang bertanya tentang sejauh mana kebenaran dakwaan yang mengatakan bahawa individu dalam gambar yang dilampirkan merupakan keturunan Rasulullah ﷺ daripada susur jalur zuriat Syeikh Abdul Qodir al-Jailani (ulama mazhab Hanbali, wafat 561H). Saya berpandangan bahawa memastikan kebenaran dakwaan ini tidak penting kerana…