|

UCAPAN TAKZIAH SYEIKH SULAIMAN AL-RUHAILI

Syeikh Sulaiman al-Ruhaili, pensyarah di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan pengajar di Masjid Nabawi membuat hantaran di X (Twitter) mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Ustaz Yazid Abdul Qadir Jawas.

Dalam hantaran itu beliau menyatakan dengan menyebut nama Allahyarham dengan gelaran ‘al-Ustaz al-Syeikh’ terdiri dalam kalangan ilmuwan terawal di Indonesia yang menyebarkan dakwah Salaf dan tauhid.

Beliau turut memuji kegigihan Allahyarham dalam berdakwah.

Semoga Allah ﷻ merahmati kedua-dua guruku Syeikh Sulaiman al-Ruhaili hafizahullah dan al-Ustaz al-Syeikh Yazid Abdul Qadir Jawas rahimahullah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Muharam 1446H
12 Julai 2024

Similar Posts

  • |

    JANGAN MEMANDAI BACA AL-QURAN?

    JANGAN MEMANDAI BACA AL-QURAN? # Beri galakan, jangan ditakut-takutkan; # Islam memudahkan, jangan dipersulitkan. Umat Islam dituntut membaca al-Quran, Kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad ﷺ sebagai petunjuk wahyu, pedoman dan asbab kejayaan Muslim di dunia dan akhirat. Terdapat banyak nas menjelaskan keutamaan membaca Al-Quran, antaranya sabda Nabi…

  • |

    CAKAP SEDIKIT

    Kata Imam al-Auzaie: “Orang beriman bercakap sedikit dan beramal banyak sedangkan orang munafik bercakap banyak tetapi beramal sedikit.” [al-Zahabi, al-Siyar, 7/125] Dr. Idris bin SulaimanGotong royong Ramadan12 Syaaban 1444H05 Mac 2023

  • |

    MAKSIAT TETAP MAKSIAT – TETAPI JANGAN TERPEDAYA DENGAN MUSUH

    MAKSIAT TETAP MAKSIAT – TETAPI JANGAN TERPEDAYA DENGAN MUSUH Ya, kita tegaskan maksiat tetap maksiat tidak kira di mana dan oleh siapa. Hanya sahaja Umat Islam perlu bijaksana menilai dan memahami berita-berita yang disebarkan lebih-lebih lagi melalui media sosial yang tidak diketahui hujung pangkalnya, agar tidak terpedaya dengan muslihat dan…

  • |

    MUFTI SAUDI: PAWAGAM & KONSERT MEMBAWA MUDARAT

    MUFTI SAUDI: PAWAGAM & KONSERT MEMBAWA MUDARAT Ketika ditanya tentang perkembangan terbaru di Arab Saudi membenarkan pembukaan pawagam serta mengizinkan konsert muzik, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah Aal asy-Syeikh, Mufti Besar Arab Saudi berterus terang menegaskan bahawa “konsert muzik dan pawagam membawa mudarat dan kerosakan”. Ini kerana menurut beliau kebanyakan…

  • |

    LIBERAL / FEMINISME

    Fahaman sesat yang memperdebatkan isu-isu kaum wanita sehingga menimbulkan perbalahan dan kekeliruan dalam masyarakat. Matlamatnya ialah untuk merosakkan kaum wanita melalui jalan melepaskannya daripada norma-norma agama, adat dan budaya. Ini kerana kaum wanita yang rosak akan mengakibatkan institusi keluarga runtuh manakala masyarakat jadi lemah dan lumpuh sehingga mudah dijajah dan…

  • |

    HATI YANG BAIK

    Sekiranya lembaran-lembaran Al-Quran tidak akan disentuh kecuali oleh mereka yang suci maka demikian jugalah makna-makna Al-Quran tidak akan difahami kecuali oleh jiwa-jiwa yang murni. Dan sekiranya malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing maka demikian jugalah dengan makna-makna yang disukai oleh malaikat tidak akan menusuk masuk ke…