|

BIDAAH DALAM AGAMA

Acap kali dalam hal-hal tokok tambah, rekaan dan inovasi dalam agama dan ibadah sebahagian pihak mempertahankannya dengan berkata:

“Alahai, benda baik apa salahnya…”

Perlu ditegaskan bahawa kenyataan sebegini keliru dan tidak benar sama sekali.

Kerana baik atau buruk dalam hal agama dan ibadah hanya boleh ditetapkan melalui jalan syariat, bukan mengikut akal, cita rasa dan hawa nafsu.

Itulah tujuan para nabi dan rasul diutus untuk memberi panduan dan petunjuk ke jalan kebaikan yang diredai Allah ﷻ.

Sabda Nabi ﷺ:

إنَّهُ ليس شيءٌ يُقَرِّبُكُمْ إلى الجنةِ إلَّا قد أَمَرْتُكُمْ بهِ، وليس شيءٌ يُقَرِّبُكُمْ إلى النارِ إِلَّا قد نَهَيْتُكُمْ عنهُ.

“Sesungguhnya tiada apa yang mendekatkan kamu ke syurga melainkan aku telah memerintahkan kamu melakukannya, dan tiada apa yang mendekatkan kamu ke neraka melainkan aku telah melarang kamu daripadanya.”

[Hasan. al-Sahihah oleh al-Albani, no. 2866]

Tiada jalan kebaikan melainkan telah diajar oleh Nabi ﷺ, dan tiada jalan keburukan melainkan telah dilarang oleh baginda ﷺ.

Dalam masa sama, terlalu banyak nas yang melarang perbuatan menokok tambah dalam hal agama dan ibadah.

Antaranya ialah sabda Nabi ﷺ:

فَإِنَّ ‌خَيْرَ ‌الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ.

“Sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad, dan seburuk-buruk perkara ialah apa yang diada-adakan dan setiap bidaah sesat.”

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 867]

Sabdanya ﷺ:

وإيَّاكُمْ وَمُحْدَثاَتِ الأمُور فَإنّ ‌كُلَّ ‌بِدْعَةٍ ‌ضَلالةٌ.

“Hendaklah kalian menjauhi perkara-perkara baharu (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap bidaah (pembaharuan dalam agama) ialah kesesatan.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud, no. 4607]

Sabdanya ﷺ:

مَنْ ‌أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (agama) maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2697 & Muslim, no. 1718]

Sabdanya ﷺ lagi:

مَنْ ‌عَمِلَ ‌عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 1718]

Justeru sekiranya sesuatu amalan itu baik maka pastinya telah diajar oleh Nabi ﷺ, diamalkan oleh para Sahabat serta ketiga-tiga generasi terbaik umat Islam.

Jika tidak maka yakinlah bahawa ia tidak baik.

Sesuatu yang menyalahi Sunah Nabi ﷺ tidak mungkin boleh dianggap baik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
04 Muharam 1446H
10 Julai 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    Tenang, sabar, reda

    ‌الْحَمْدُ ‌لِلَّهِ ‌عَلَى ‌كُلِّ ‌حَالٍ. Segala puji bagi Allah dan semua keadaan. حَسْبُنَا ‌اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ. Cukup bagi kita Allah. Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Tenang, sabar, reda. Dengar dan taat dalam hal makruf. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Rabiulakhir 1444H 20 November 2022

  • |

    IBU BAPA YANG UTAMAKAN PENDIDIKAN DUNIA BERBANDING AGAMA ANAK

    Antara musibah besar yang menimpa sebahagian ibu bapa jika mereka hidup dalam keadaan jahil tentang agama sehingga tidak tahu apa tujuan manusia dicipta atas muka bumi ini oleh Allah ﷻ. Allah ﷻ menyebut tentang golongan ini dalam firmanNya ﷻ: وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ…

  • |

    MAJLIS ILMU

    MAJLIS ILMU Majlis ilmu ialah majlis para malaikat manakala majlis kelalaian ialah majlis syaitan. Manusia akan duduk bersama dengan orang yang sepertinya. Dan setiap manusia itu akan cenderung kepada apa yang sesuai dengan jiwanya. ——————- Sabda Nabi ﷺ: “Agama seseorang itu bergantung kepada agama temannya. Maka lihatlah dengan siapa kamu…

  • |

    ALLAH PENJAGA ORANG BERIMAN

    ALLAH PENJAGA ORANG BERIMAN Firman ALLAH: فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا. “ALLAH jualah sebaik-baik PENJAGA”. Surah Yusuf, 12:64. Sabda Nabi ﷺ: احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ. “Jagalah ALLAH (nescaya) Dia menjaga engkau”. Sahih. Riwayat Imam Ahmad. Kepada ALLAH jua kita memohon pertolongan dan jagaan.