|

BERGAMBAR DENGAN GOLONGAN PONDAN / TRANSGENDER

BERGAMBAR DENGAN GOLONGAN PONDAN / TRANSGENDER

Kebelakangan ini tersebar gambar-gambar foto agamawan-agamawan yang bergambar dengan golongan PONDAN / TRANSGENDER dalam suasana ramah mesra.

Saya rasa kurang senang.

Saya khuatir kita sedang memberi PERSEPSI yang SALAH kepada masyarakat, menimbulkan tanggapan bahawa golongan PONDAN / TRANSGENDER ini tidak apa-apa dan boleh diterima masyarakat.

Walhal sewajarnya kita lantang dan tegas menyatakan bahawa perbuatan seseorang lelaki menyerupai perempuan (PONDAN) adalah HARAM dan TERKUTUK.

Ini seperti mana sabda Rasulullah:

لعن الله المتشبهات من النساء بالرجال و المتشبهين من الرجال بالنساء

“Allah MELAKNAT orang-orang perempuan yang MENYERUPAI lelaki, dan orang-orang lelaki yang MENYERUPAI perempuan.”

Hadis sahih. Riwayat Imam Ahmad dan yang lain.

DILAKNAT bererti orangnya DIJAUHKAN daripada RAHMAT ALLAH.

Seseorang yang dijauhkan daripada RAHMAT ALLAH tiada kebaikan padanya. Segala musibah ada padanya. Nauzubillah.

Adapun golongan TRANSGENDER yang mengubah ciptaan Allah kerana merasakan jantina yang ditetapkan oleh Allah SWT ke atasnya adalah TIDAK SESUAI, perbuatan mereka ini tidak kurang DOSANYA.

Mereka pun turut DILAKNAT.

Sebagaimana dalam hadis tentang LAKNAT ALLAH ke atas orang-orang yang bertatu dan yang mencabut bulu kening.

Sabda Nabi:

المغيرات خلق الله

“YANG MENGUBAH CIPTAAN ALLAH.”

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ini merangkumi golongan TRANSGENDER.

Malah dosa TRANSGENDER lebih besar daripada sekadar bertatu dan mencabut bulu mata.

Maka mesej tentang HARAMNYA perbuatan PONDAN / TRANSGENDER dan TERKUTUKNYA perbuatan mereka perlu disampaikan secara JELAS kepada masyarakat.

Adapun perbuatan bergambar dengan mereka dalam suasana ramah mesra, saya khuatir ini akan memberi PERSEPSI yang SALAH kepada masyarakat.

Saya bagi contoh perbandingan supaya lebih faham.

Saya yakin kita semua akan MEMBANTAH sekiranya seseorang agamawan bergambar dengan PEMINUM ARAK yang sedang memegang botol arak di tangannya.

Apapun alasannya, ia tetap tidak akan dapat diterima.

Untuk makluman, dosa PEMINUM ARAK lebih ringan daripada dosa orang-orang PONDAN / TRANSGENDER.

Paling tidaknya dosa peminum arak hanya apabila dia SEDANG minum arak.

Adapun PONDAN / TRANSGENDER, dosanya BERTERUSAN selagi mana dia TIDAK BERTAUBAT.

Justeru, wajarlah difikirkan semula sejauh mana kewajaran bergambar dengan golongan PONDAN / TRANSGENDER untuk tontonan masyarakat umum.

Bayangkan jika ada agamawan bergambar dengan orang-orang Muslim yang sedang SERONOK MINUM ARAK sambil di tangan mereka terdapat BOTOL-BOTOL ARAK .

Hampir sahaja DUNIA akan KIAMAT.

Daripada ALLAH jua kita memohon petunjuk.

Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Ramadan 1440
15 Mei 2019

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/491972/bilangan-gay-transgender-semakin-meningkat-jakim

Similar Posts

  • ARTIS TERSOHOR TANAH AIR BANTU KEMPEN PELANGI?

    – Menormalisasikan LĠBŤ Perlakuan songsang homoseks merupakan antara sebesar-besar jenayah, seburuk-buruk dosa dan sekeji-keji perbuatan. Perkara ini dinyatakan dalam sekian banyak nas Al-Quran dan hadis. https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10214527666977262 Dalam masa yang sama, Muslim perlu sedar tentang adanya kempen besar-besaran untuk mempromosikan perlakuan songsang ini melalui pelbagai cara seperti hiburan dan media yang…

  • ZIKIR MENARI

    – Sanggahan dalil-dalil lawan Pertamanya, ada perbahasan dalam kalangan para ulama berkenaan hukum menari bagi kaum lelaki. Majoriti para ulama memakruhkannya dengan alasan bahawa ia merupakan perbuatan yang hina (دَنَاءَةٌ), bodoh (سَفَهٌ), menjatuhkan kewibawaan(مُرُوءَةٌ) dan termasuk dalam hal-hal yang melalaikan (لَهوٌ). [al-Mauwsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 23/10] Ini kerana firman Allah ﷻ:…

  • |

    KAITAN NOMBOR KES KORONAVIRUS DENGAN AL-QURAN?

    KAITAN NOMBOR KES KORONAVIRUS DENGAN AL-QURAN? Sebahagian mahu menggemparkan masyarakat Islam dengan mengaitkan antara nombor jumlah kes koronovirus pada tarikh tertentu dengan nombor ayat tertentu dalam AL-QURAN. Kita tegaskan: INI MENGARUT! AL-QURAN sama sekali BUKAN permainan TILIK NOMBOR. Hampir sahaja perbuatan ini mirip permainan tukang tilik ahli nujum yang bermain…

  • MANUSIA PENDOSA

    – Dan syaitan bertipu-muslihat Jangan engkau ditipu syaitan yang ada kalanya akan mencantikkan dosa itu buat engkau manakala di masa yang lain dia memperkecilkan amalan-amalan ketaatan yang engkau lakukan atas alasan dosa-dosa yang engkau terjebak melakukannya. Sebaliknya hendaklah engkau terus beramal taat dan gigih mengerjakannya. Kerana sabda Nabi ﷺ: مَا…

  • |

    ‘SENGKETA’

    Apabila tidak mampu berhujah dengan fakta dan dalil, video lakonan fitnah pula disajikan. Memalukan. Dr. Idris bin SulaimanKajang03 Jamadilakhir 1446H05 Disember 2024https://idrissulaiman.com

  • LŎCKDŎWN DUNIA KALI KE-2?

    – Reset Ekonomi – New World Order Perkembangan semasa di China sepatutnya merisaukan kerana di sanalah segala bala musibah bermula dua tahun lalu di awal 2020. Kini kita menyaksikan hal serupa berulang kembali apabila baru-baru ini kerajaan China melaksanakan perintah lŏckdŏwn kali ke-2 ke atas rakyatnya tetapi dengan lebih dahsyat…