|

KESUDAHAN SI PENCELA NABI ﷺ

KESUDAHAN SI PENCELA NABI ﷺ

Bahtera Nabi Nuh a.s. yang dibina oleh seorang telah belayar dengan laju dan selamat di bawah jagaan Allah (Al-Quran, Hud, 11:41) di kala dunia semua tenggelam dan hanya bahteranya sahaja yang selamat.

Berbeza dengan kapal Titanic yang dibina oleh ratusan pekerja mahir dan dikatakan mustahil akan tenggelam ternyata kemudian telah benar-benar tenggelam dalam pelayarannya yang pertama.

Begitu jua kesudahan si durjana sang pencela Nabi Muhammad ﷺ.

Ternyata bahawa segala apa perlindungan tidak dapat melindunginya termasuklah perlindungan keselamatan yang diberikan kepadanya.

Dia akhirnya mati dalam kemalangan jalan raya bersama dua anggota polis yang ditugaskan untuk menjaganya sepenuh masa.

Sumber berita tempatan:

https://www.facebook.com/214066990599/posts/10159741173690600/

Allah ﷻ Maha Adil.

Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Safar 1443H /
05 Oktober 2021

Similar Posts

  • |

    KELEBIHAN SALAF ATAS KHALAF

    KELEBIHAN SALAF ATAS KHALAF Seorang ulama kurun ketiga dahulu ditanya: Mengapa kata-kata Salaf jauh lebih berkesan dan bermanfaat berbanding kata-kata kita pada hari ini? Jawabnya: Kerana ucapan mereka bertujuan untuk kepentingan Agama, menyelamatkan manusia dan memperoleh keredaan Allah. Sedangkan kita pula berkata untuk kepentingan diri, habuan dunia dan keredaan manusia.

  • | | |

    WALI ALLAH?

    WALI ALLAH? Syukur atas nikmat ISLAM dan SUNAH. Sabda Nabi ﷺ: تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ رَسُولِهِ. “Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Sunah RasulNya”. Hadis hasan. Riwayat Imam Malik….

  • |

    TANPA SAMBUTAN MAULID MAKA TIDAK ADA ISLAM??

    “TANPA SAMBUTAN MAULID MAKA TIDAK ADA ISLAM”?? Ini jelas ucapan yang melampau. Sambutan Maulid Nabi hanya bermula pada kurun keempat oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Sambutan ini tidak ada sama sekali pada zaman Rasulullah ﷺ, para Sahabat ataupun para Tabi’in, tiga genarasi awal Islam yang dipuji oleh Nabi ﷺ dalam…

  • |

    PEPERANGAN YANG MUDARATNYA LEBIH BESAR TIDAK DISYARIATKAN

    Pensyarah Universiti Islam di Madinah dan pengajar di Masjid Nabawi, Syeikh Sulaiman al-Ruhaily dalam sebuah program baru-baru ini menjelaskan bahawa semua peperangan yang mudaratnya lebih besar berbanding maslahatnya ialah peperangan fitnah. Oleh itu, sekiranya isyarat awal dalam sesebuah peperangan itu menunjukkan bahawa kesan mudaratnya lebih besar berbanding maslahatnya maka dalam…

  • |

    ISLAM BUKAN AGAMA IKUT PEGANGAN MAJORITI

    Muslim disuruh ikut perintah Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Firman Allah ﷻ: وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَٱحۡذَرُواْۚ فَإِن تَوَلَّيۡتُمۡ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلۡبَلَٰغُ ٱلۡمُبِينُ “Dan taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul, dan awaslah, sesungguhnya jika kalian berpaling maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan…

  • |

    CARA ANDA BERFIKIR

    CARA ANDA BERFIKIR Kehidupan anda sesuai dengan cara anda berfikir. Sekiranya cara anda berfikir membawa manfaat kepada agama dan dunia maka kehidupan anda akan menjadi baik dan bagus. Jika tidak maka keadaan akan menjadi sebaliknya. – Syeikh Abdul Rahman as-Saadi Idris bin Sulaiman Kajang 26 Zulkaedah 1442H / 07 Julai…