|

REMAJA MALAYSIA DICANDUKAN DENGAN MUZIK

– Hukum nyanyian muzik

Melihat senarai panjang konsert yang dijadualkan akan berlangsung di Malaysia pada tahun ini, 2022 sepatutnya membimbangkan kita.

Sekiranya Al-Quran mendekatkan Muslim kepada Allah ﷻ maka yakinlah bahawa nyanyian dan muzik ialah sebaliknya.

Apa yang pasti nyanyian dan muzik diancam oleh Allah ﷻ.

Firman Allah ﷻ:

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡتَرِي لَهۡوَ ٱلۡحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ.

“Dan ada di antara manusia yang membelanjakan hartanya untuk hiburan yang melalaikan; yang menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah.”

[Al-Quran, Luqman, 31: 6]

Menurut Ibnu Kathir dalam kitab Tafsirnya, ayat ini menyebutkan tentang orang-orang sengsara yang berpaling daripada Al-Quran dan memilih untuk mendengar nyanyian dan permainan alat muzik.

Sebagaimana kata Abdullah bin Masud tentang ayat ini “Demi Allah, ia merujuk kepada nyanyian.”

Demikian juga menurut Ibnu Abbas, Jabir dan yang lain.

Kata Imam al-Hasan al-Basri “Ayat ini turun merujuk kepada nyanyian dan alatan muzik.”

Menurut Qatadah “Demi Allah, barangkali orangnya tidak membelanjakan hartanya untuknya (nyanyian dan muzik) akan tetapi termasuk dalam erti berbelanja ialah menggemarinya. Maka cukuplah kesesatan seseorang itu sekiranya dia memilih bicara yang batil berbanding bicara yang hak di samping apa yang memudaratkan berbanding apa yang memberi manfaat.”

[Tafsir Ibnu Kathir, surah Luqman, ayat 6]

Sabda Nabi ﷺ:

لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ ‌يَسْتَحِلُّونَ ‌الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ.

“Akan ada dalam kalangan umatku mereka yang menghalalkan zina, sutera, arak dan muzik.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Jelas Ibnu Taimiyah “Hadis ini menunjukkan bahawa ma’azif hukumnya haram sedangkan ma’azif menurut ahli bahasa (Arab) ialah peralatan muzik.”

[Majmuk Fatawa, 11/535]

Hadis di atas mengandungi pengharaman muzik berdasarkan dua perkara. Yang pertama kenyataan baginda ﷺ “menghalalkan” jelas menunjukkan bahawa perkara-perkara yang disebutkan (termasuklah muzik) di sisi syarak ialah haram tetapi sebahagian manusia akan bertindak menghalalkannya. Kedua, muzik telah digandingkan dengan perkara-perkara lain yang jelas haram iaitu zina dan arak sedangkan jika muzik bukan haram nescaya ia tidak akan digandingkan dengannya.

[Silsilah al-Sahihah oleh al-Albani hadis no. 91]

CATATAN

Mana suara yang dahulu mengkritik konsert muzik di Riyadh Arab Saudi?

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Muharam 1444H
22 Ogos 2022

Similar Posts

  • AGENDA NWO?

    Agenda reset ini kini benar-benar dijaja di tanah air oleh bidak-bidak. Pandemik Membuka Peluang Untuk Reset: https://www.facebook.com/1588241794/posts/10220999693253874/ Order Baru Dunia (NWO): https://www.facebook.com/1588241794/posts/10220067594191980/ CATATAN Jika sudah miskin dibebani hutang maka kuasa besar lebih mudah mengatur dan kawal. Semoga Allah ﷻ menggagalkan perancangan mereka. Idris bin Sulaiman Kajang 24 Jumadilawal 1443H 29…

  • |

    KESEMPURNAAN AGAMA: TIDAK PERLU TOKOK TAMBAH

    Sedar atau tidak mereka yang melakukan amalan-amalan ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi ﷺ dan para Sahabat mempertikaikan kesempurnaan dan kesyumulan agama. Pada tanggapan mereka agama Islam belum cukup sempurna dan belum cukup cantik sehingga ia perlu kepada penambahan-penambahan tertentu. Seolah-olah Nabi ﷺ terlepas pandang atau tidak sempat mengajarkannya kepada…

  • |

    BUKU: PILIHAN RAYA MALAYSIA

    Perkembangan politik negara kebelakangan ini membuatkan saya terus yakin dengan apa yang telah kami tulis dalam buku ini. Saya merasa lega kerana segala apa yang hendak dikata telah pun disampaikan manakala tanggungjawab dapat ditunaikan. Secara ringkasnya buku ini menjelaskan perihal keadaan politik negara waktu itu (sebelum PRU14) di mana jurang…

  • |

    BERTENANG

    BERTENANG Semua pihak harus tampil membantu menenangkan keadaan. Memandangkan bahawa terdapat sebahagian daripada masyarakat yang panik apabila terus menerus membaca berita penularan wabak penyakit. Apatah lagi pihak-pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan. Ingat, di sebalik kegawatan ada sahaja yang mencari keuntungan. Suasana panik hanya akan mengeruhkan keadaan. Barangkali kesan panik akibat…

  • |

    SYUKUR, SABAR & ISTIGHFAR

    Kata Syeikh Saleh al-Fauzan: Jika diberi bersyukur, jika diuji bersabar dan jika terbuat dosa beristighfar. Muslim perlu kepada ketiga-tiga perkara ini untuk bahagia. Kerana kebahagiaan hakiki itu bukan dengan harta dan anak, bukan dengan kuasa dan jawatan, dan bukan dengan mengisi keinginan nafsu dan syahwat. Sebaliknya kebahagiaan itu dengan bertakwa…