|

Kotak Capal

Kotak Capal

# Pentaksub Capal
# Kotak pun jangan dibuang

Lihat bagaimana isu capal ini terus berkembang dan terus bertambah sulit.

Bermula dengan simbol capal dikeramatkan dan yang terkini kotak produknya pun hendak dijadikan begitu.

Tidak hairan sekiranya hal-hal seperti ini lebih disukai syaitan berbanding maksiat-maksiat yang jelas.

Kebiasaannya maksiat dilakukan dalam keadaan orangnya rasa malu dan rasa bersalah.

Berbeza dengan ini, orangnya rasa bangga malah turut mengajak orang lain.

Pentingnya perkara ini dicegah sebelum ia membarah.

Simbol Capal:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218705213373311&id=1588241794

Evolusi Capal:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221766763430149&id=1588241794

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
03 Syaaban 1442H /
17.03. 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • Kaedah-Kaedah Ilmiah (12) – BERHUJAH DENGAN DALIL YANG DIPERSETUJUI

    # Mencari titik temu dalam perselisihan # Kaedah-Kaedah Ilmiah # Kaedah 12 Dalam suatu perselisihan sama ada kedua-dua belah pihak mempunyai titik temu antara mereka atau tidak. Titik temu di sini ialah asas atau prinsip yang dapat jadikan sebagai pegangan. Sekiranya tidak ada titik temu antara kedua-dua belah pihak maka…

  • | |

    KEBENARAN WAJIB DIJELASKAN

    Wajib ada pihak dalam kalangan umat Islam yang berdakwah menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Firman Allah ﷻ: وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ “Dan hendaklah ada di antara kamu pihak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang…

  • |

    KELEBIHAN MEMBERI PINJAMAN (TANPA RIBA)

    KELEBIHAN MEMBERI PINJAMAN (TANPA RIBA) . . . Memberi pinjaman ikhlas tanpa mengenakan riba, dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia menjanjikan pahala ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. . . . Firman Allah: . . . مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ…

  • |

    RAMBUT & BARANG PENINGGALAN RASULULLAH

    RAMBUT & BARANG PENINGGALAN RASULULLAH Kebelakangan ini kita melihat terdapat banyak barang-barang yang dikatakan milik Rasulullah sallalahu alaihi wassalam yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu. Sama ada rambut, capal, serban, pedang dan sebagainya. Supaya jangan keliru, perlu ditegaskan bahawa KEMULIAAN dan KEBERKATAN NABI adalah satu perkara, manakala MEMBUKTIKAN bahawa sesuatu BARANGAN…

  • |

    MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP?

    MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP? Saranan supaya merancang kehamilan sewajarnya dinilai mengikut ketetapan syariat dan bukan atas sebab material keduniaan semata-mata. Secara prinsipnya, syariat menggalakkan supaya seseorang itu memiliki ramai anak. Antaranya kerana anak akan menjadi sumber pahala jariah selepas mati di samping banyak kelebihan yang lain. Sabda Nabi: “Kahwinilah kamu…

  • |

    PERARAKAN PRO-LGBT DI IBU NEGARA

    PERARAKAN PRO-LGBT DI IBU NEGARA Perarakan pro-LGBT di ibu negara semalam hanyalah permulaan. Dengan bantuan dana, strategi dan sokongan, golongan perosak ini tidak akan berhenti sehingga cita-cita mereka tercapai. Di negara-negara Barat, proses menormalisasikan golongan LGBT dalam masyarakat sudah lama bermula, dan sebahagian negara telah pun membenarkan perkahwinan sejenis. Adakah…