KEBATILAN TIDAK DIBANTAH DENGAN KEBATILAN

KEBATILAN TIDAK DIBANTAH DENGAN KEBATILAN

# Kebatilan perlu dibantah dengan kebenaran

#Kaedah-Kaedah Ilmiah
#Kaedah 9

Ulama Salaf dahulu mencela ucapan dan hujahan akal yang batil sekalipun dengan niat mempertahankan Al-Quran dan as-Sunah.

Mereka mengkritik sesiapa yang membantah kesalahan dengan kesalahan serta bidaah dengan bidaah.

Maka kebatilan hendaklah disanggah dengan kebenaran yang menyeluruh manakala bidaah perlu dibantah dengan as-Sunah yang sahih.

Contohnya seperti mana yang berlaku kepada golongan Jabariah yang mahu mempertahankan prinsip takdir bagi menyanggah golongan Qadariah yang menafikannya lalu mereka menafikan perbuatan manusia dan pilihannya.

Demikian golongan Syiah apabila mereka membantah golongan Khawarij yang mengkafirkan Ali bin Abi Talib lalu kesudahannya mereka menolak baki Sahabat selain daripada Ali bin Abi Talib dan keluarga Rasulullah ﷺ dengan menghukum fasik serta mengkafirkan mereka.

Inilah akibat mereka yang tidak berpegang teguh kepada Al-Quran dan as-Sunah dalam perbahasan mereka. Kesudahannya mereka sendiri tergelincir daripada kebenaran.

# Kaedah 1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221735747254764&id=1588241794
# Kaedah 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221736159945081&id=1588241794
# Kaedah 3
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221749875487961&id=1588241794
# Kaedah 4
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221754700368580&id=1588241794
# Kaedah 5
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221775898258514&id=1588241794
# Kaedah 6
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221782233616894&id=1588241794
# Kaedah 7
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221801402336100&id=1588241794
# Kaedah 8
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221817605461168&id=1588241794

# Kaedah-Kaedah Pendalilan Di sisi Ahli Sunah Wal Jemaah

# al-Mausu’ah al-Aqadiyyah ad-Durar as-Saniyyah

Catatan:

Ungkapan Inggeris menyebut “two wrongs don’t make a right”.

Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Syaaban 1442H /
16 Mac 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • COVID-19 PELUANG UNTUK RESET EKONOMI?

    Kata Perdana Menteri Kanada: “Pandemik ini telah membuka satu peluang untuk ‘RESET’. Ini adalah peluang bagi kita mempercepatkan usaha-usaha sebelum ini untuk mengimaginasikan semula sistem-sistem ekonomi bagi menghadapi cabaran-cabaran global seperti kemiskinan melampau, ketaksamaan dan perubahan iklim”. Apa maksud beliau ‘RESET EKONOMI’? Adakah maksudnya negara-negara semua kembali miskin? Kerana nampak…

  • JIN & SYAITAN TIDAK BOLEH DILIHAT

    JIN & SYAITAN TIDAK BOLEH DILIHAT Alam jin berbeza dengan alam manusia. Jin dicipta daripada api manakala manusia daripada tanah. Mengapa dinamakan jin? Kerana jin terlindung dan tertutup daripada pandangan manusia. Kata Ibnu ‘Aqil (wafat 513H): سُمِّيَ ‌الْجِنّ جِنًّا لاجْتِنَانِهِمْ وَاسْتِتَارِهِمْ عَن الْعُيُون مِنْهُ سُمِّيَ الْجَنِين جَنِينًا. “Dinamakan jin sedemikian…

  • KAU SAHAJA YANG BETUL, ORANG LAIN SEMUA SALAH!

    KAU SAHAJA YANG BETUL, ORANG LAIN SEMUA SALAH! Begitulah barangkali sindiran yang diungkapkan oleh sebahagian mereka yang tidak faham hakikat dakwah Salaf As-Soleh. Selagi mana kita tak faham ajaran Agama seperti mana yang dibawa oleh Nabi sallalahu alaihi wassalam, maka selagi itulah kita akan terus ragu-ragu, hilang arah dan terus…

  • PELANTIKAN ORANG KAFIR ATAS ORANG ISLAM

    PELANTIKAN ORANG KAFIR ATAS ORANG ISLAM Firman Allah: وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا (Dan Allah tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman) [Surah An-Nisa’, ayat 141] قال القاضي ابن العربيِّ: “إنَّ الله سبحانه لا يَجعل للكافرين على المؤمنين سبيلاً بالشَّرع، فإن وجد فبِخلاف…

  • RACUN DOSA

    Dosa umpama racun. Sekiranya ia tidak membinasakan maka paling tidak ia akan melemahkan orangnya. Dan jika orangnya sudah jadi lemah maka dia tidak akan dapat melawan penyakit-penyakit yang datang. Berkata ulama besar Abdullah bin Mubarak (wafat 181H): رَأيْتُ الذُّنُوبَ تُمِيتُ القُلُوبِ، وَقَدْ يُورِثُ الذُّلَّ إدْمَانُهَا، وَتَرْكُ الذُّنُوبِ حَيَاةُ القُلُوبِ. “Aku…

  • AL-QURAN

    AL-QURAN # Ramadan bulan Al-Quran Al-Quran merupakan kitab ALLAH yang paling mulia, diturunkan dalam bahasa yang paling mulia, ke atas rasul yang paling mulia ﷺ, oleh malaikat yang paling mulia, di tempat yang paling mulia, dan dimulakan penurunannya pada bulan yang paling mulia iaitu Ramadan. Justeru lengkaplah kemuliaannya dari segenap…