| | |

PERINTAH TUNDUK MATA

Syariat Islam memerintahkan Muslim supaya menundukkan pandangan mata daripada melihat lawan jantina yang bukan mahramnya.

Perintah ini bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan.

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ.

“Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.”

[Al-Quran, al-Nuur, 24: 30-31]

Kata Imam Ibnu Kathir:

“Ini ialah perintah Allah ke atas para hambaNya yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mata mereka daripada melihat yang haram.”

Tambah beliau:

“Sekiranya terlihat sesuatu yang haram secara tidak sengaja maka hendaklah segera dipalingkan pandangan mata itu.”

Sebagaimana hadis Jarir al-Bajali yang berkata:

سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَنْ نَظْرَةِ الْفَجْأَةِ، فَأَمَرَنِي أَنْ أصرفَ بَصَري.

“Aku bertanya kepada Nabi ﷺ tentang pandangan secara mengejut (melihat yang haram) lalu baginda memerintahkan supaya aku memalingkan pandangan ke arah yang lain.”

Ibnu Kathir menegaskan bahawa pandangan mata merupakan antara sebab rosaknya hati lalu menukilkan kenyataan sebahagian ulama Salaf:

النَّظَرُ سِهَامُ سُمٍّ إِلَى الْقَلْبِ.

“Pandangan mata merupakan panahan beracun buat hati.”

Dan kerana itu Allah memerintahkan supaya menjaga kemaluan daripada zina sebagaimana Dia memerintah supaya menjaga pandangan mata yang menjadi pendorongnya, tegas beliau.

CATATAN

Perbuatan memaparkan gambar isteri atau yang lain di media sosial buat tatapan umum bertentangan sama sekali dengan perintah agama ini.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
04 Syawal 1444H
25 April 2023

Similar Posts

  • |

    “EH, JANGAN SIBUKLAH!”

    “EH, JANGAN SIBUKLAH!” # Menolak nasihat # Perkataan paling dibenci Allah ﷻ Jangan sesekali bersikap angkuh dan sombong menolak nasihat. Sabda Rasulullah ﷺ: إِنَّ ‌أَبْغَضَ ‌الْكَلَامِ إِلَى اللَّهِ أَنْ يَقُولَ الرَّجُلُ لِلرَّجُلِ: اتَّقِ اللَّهَ، فَيَقُولَ: ‌عَلَيْكَ ‌بِنَفْسِكَ. “Sesungguhnya perkataan yang paling dibenci oleh Allah ialah apabila dikatakan kepada seseorang itu…

  • DIDIK MASYARAKAT BERFIKIR SECARA LOGIK?

    Kenyataan di atas tidak tepat. Masyarakat Islam seharusnya dididik supaya berfikir dan menilai mengikut neraca syarak, bukan dengan logik akal semata-mata. Ini kerana bagi setiap Muslim syariat Islam bukan sahaja menjadi panduan dalam hal-hal Agama malah turut menjadi panduan dalam hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan. Pendek kata, Islam ialah cara…

  • |

    PERISTIWA 7 OKTOBER, PALESTIN

    Ramai yang marah jika dipertikaikan apa yang dilakukan oleh Hámás di Palestin baru-baru ini sehingga menuduh orangnya pengkhianat, agen Yahudi, tali barut Amerika, Khawarij, Madkhali dan sebagainya. Syeikh Ibrahim bin Salih al-Muhaimid dalam kenyataannya baru-baru ini menegaskan bahawa “Barang siapa menganggap apa yang berlaku di Palestin pada hari ini ialah…

  • | | |

    MEMBONGKAR KEBEJATAN KAUM PEROSAK DI BULAN RAMADAN

    “Tapi bulan Ramadan kan elok kita fokus pada ibadah. Tak payah gaduh-gaduh.” Demikian barangkali reaksi sebahagian apabila melihat kebejatan kaum-kaum perosak dibongkar satu persatu dengan bukti dan hujah yang terang lagi nyata. Bukan fitnah, bukan andaian-andaian kosong dan bukan umpatan, tetapi bukti dan dalil daripada perkataan dan perbuatan mereka sendiri….

  • |

    IJAB KABUL NIKAH

    Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi. Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan. Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan fulanah” dan calon suami kata “Aku terima” maka selesailah akad nikah itu. Jika kelima-lima syarat di atas dipenuhi maka nikah…