| | | |

RAMADAN HAMPIR TIBA

Seminggu lagi sebelum Ramadan.

Muslim gembira dengan kedatangan bulan mulia ini. Demikian tanda orang beriman.

Rasulullah ﷺ gembira apabila bulan Ramadan tiba dan baginda ﷺ menzahirkan kegembiraannya itu kepada sahabat-sahabatnya.

Kata al-Hafis Ibnu Rajab:

“Nabi ﷺ menyampaikan khabar gembira kedatangan bulan Ramadan kepada para sahabatnya.”

[Lata’if al-Ma’arif, hlm. 147]

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasaie, Nabi ﷺ bersabda:

‌أَتَاكُمْ ‌رَمَضَانُ ‌شَهْرٌ ‌مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ، لِلَّهِ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.

“Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardukan atas kalian untuk berpuasa. Pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup manakala syaitan-syaitan yang jahat dibelenggu. Dalam bulan ini terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa terhalang daripada kebaikannya maka dia benar-benar telah rugi.”

[Riwayat al-Nasaie, no. 2106. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Misykaat, no. 1962]

Masakan Muslim tidak gembira dengan kedatangan bulan mulia ini, bulan penuh berkat, pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan jahat diikat.

Justeru awas jangan ada perasaan benci, berat hati atau sedih dengan kedatangan bulan puasa ini. Demikian keadaan orang munafik, nauzubillah.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, sambutan terhadap buku 80 Hadis Puasa Ramadan sangat menggalakkan. Terima kasih atas sokongan semua.

Jazakumullahu khaira.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Rejab1446H
13 Januari 2025
https://idrissulaiman.com



Tempahan buku panduan puasa Ramadan:
80 Hadis Puasa Ramadan
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    ACARA MAKSIAT DI WAKTU PANDEMIK COVID-19

    ACARA MAKSIAT DI WAKTU PANDEMIK COVID-19 Negara kita sekian lamanya sepanjang bulan-bulan ini berhadapan dengan situasi yang sangat menduga kerana penularan wabak penyakit Covid-19. Ramai yang tidak dapat pergi ke masjid. Tidak dapat solat Jumaat. Tidak dapat solat fardu berjemaah. Tidak dapat hadir ke kuliah majlis-majlis ilmu di masjid. Dan…

  • | | |

    MEMBONGKAR KEBEJATAN KAUM PEROSAK DI BULAN RAMADAN

    “Tapi bulan Ramadan kan elok kita fokus pada ibadah. Tak payah gaduh-gaduh.” Demikian barangkali reaksi sebahagian apabila melihat kebejatan kaum-kaum perosak dibongkar satu persatu dengan bukti dan hujah yang terang lagi nyata. Bukan fitnah, bukan andaian-andaian kosong dan bukan umpatan, tetapi bukti dan dalil daripada perkataan dan perbuatan mereka sendiri….

  • | |

    SAF PERTAMA MASJID: SIAPA DULU DIA DAPAT

    Muslim disuruh bersegera ke masjid bagi mendapatkan saf pertama di hadapan apabila mendengar azan berkumandang bagi meraih fadilat kebaikannya. Sabda Nabi ﷺ: ‌لَوْ ‌يَعْلَمُ ‌النَّاسُ ‌مَا ‌فِي ‌النِّدَاءِ ‌وَالصَّفِّ ‌الْأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ. “Seandainya manusia tahu (kebaikan) apa…

  • |

    SOLAT DI KUBUR

    SOLAT DI KUBUR Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada. Nabi bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد “ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?…

  • | | |

    SOLAT HANYA DENGAN DOA

    SOLAT HANYA DENGAN DOA # Fahaman sesat Kata mereka: SOLAT: Bukan dengan cara rukuk dan sujud tetapi dengan berdoa sahaja. PUASA: Bukan dengan menahan diri daripada makan dan minum tetapi dengan menyimpan rahsia tarikat. HAJI: Bukan dengan pergi ke Tanah Suci Mekah tetapi dengan menziarahi kubur guru-guru tarikat. Inilah fahaman…

  • | |

    TUDUHAN ATAS SYEIKH AL-ALBANI & DAKWAH SALAF

    Ada orang terdekat meminta supaya saya menjawab sebuah tulisan yang melemparkan beberapa tuduhan ke atas Syeikh al-Albani rahimahullah dan dakwah Salaf. https://www.facebook.com/abdel.rahmanov.1 Berikut ialah jawapan ringkas yang dapat diberikan. TUDUHAN 1: Prinsip Asas Fahaman Salafiah Tidak Berpegang Kepada Mazhab &Mengajak Mencari Dalil Langsung daripada Al-Quran dan Hadis JAWAPAN: Ya, demikian…