Is the glass half-full or half-empty?
|

JIWA YANG KOSONG

– Ketenangan hakiki

Dalam hati manusia ada kekosongan yang tidak akan dapat diisi kecuali dengan rasa cinta kepada Allah ﷻ, berserah dan berzikir mengingatiNya di samping jujur ikhlas beribadah kepadaNya.

Jika manusia diberikan habuan dunia dengan segala isinya nescaya kelompongan ini tetap tidak akan dapat diisi.

Firman Allah ﷻ:

وَمَن یَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ.

“Dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”

[Al-Quran, al-Talâq, 65:3]

Maksudnya, mereka yang berserah kepada selain Allah ﷻ untuk mendapatkan pertolongan dan keselamatan tidak akan pernah rasa cukup. Malah kesudahannya dia akan hampa.

Firman Allah ﷻ:

أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ.

“Ketahuilah dengan berzikir mengingati Allah maka tenang tenteramlah hati manusia.”

[Al-Quran, al-Ra`ad, 13:28]

Ertinya tiada jalan lain bagi manusia memperoleh ketenangan yang hakiki kecuali dengan jalan mengingati Allah ﷻ sama ada dengan berzikir, berdoa, membaca Al-Quran atau dengan mengerjakan apa jua amal ibadah secara amnya.

Sabda Nabi ﷺ:

ثَلَاثٌ مَن كُنَّ فيه وجَدَ حَلَاوَةَ الإيمَانِ (ومنه قال ﷺ) مَن كانَ اللَّهُ ورَسولُهُ أحَبَّ إلَيْهِ ممَّا سِوَاهُمَا.

“Tiga perkara yang jika ia ada dalam diri seseorang itu maka dia akan dapat merasakan kemanisan iman. (Antaranya kata baginda ﷺ) Mereka yang mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada segala-galanya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Justeru kerugian segala kerugian buat mereka yang mencari ketenangan dan pengisian jiwa melalui jalan-jalan selain jalanNya khususnya jalan maksiat seperti dengan mendengar muzik, mengisap rokok, minum arak, berzina dan sebagainya.

Jalan-jalan maksiat ini ibarat fatamorgana yang disangka boleh memberi ketenangan jiwa walhal realitinya tidak. Malah ia menambahkan lagi rasa keluh-kesah dan gundah-gulana.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Zulkaedah 1443
17 Jun 2022

Similar Posts

  • | | |

    PUASA SEBENAR

    Puasa bukan sekadar dengan meninggalkan makan dan minum. Tetapi puasa ialah dengan turut meninggalkan mengumpat, adu domba, mencela, memaki hamun, perkataan dan tulisan jelik, mendengar muzik, melihat benda-benda haram di samping hal-hal tiada faedah dan perkara-perkara haram lain. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ، إِنَّمَا الصِّيَامُ ‌مِنَ…

  • |

    ZIKIR PAGI NABI ﷺ

    – Hidupkan as-Sunah, tinggalkan tokok tambah أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ وَالْحَمْدُ للهِ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، ربِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَومِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ،…

  • |

    KALAU DOA, NAK MINTA APA?

    – Mintalah daripada Allah ﷻ – Waktu sepertiga malam terakhir Minta supaya dijauhkan daripada sifat lemah, malas, takut, bakhil, kasar, lalai, papa, hina, cinta dunia… Mintalah juga supaya dijauhkan daripada kekufuran, kesyirikan, kefasiqan, kesombongan di samping penyakit-penyakit yang berpanjangan, bebanan hutang, penindasan manusia, hilangnya nikmat, ditimpa bebanan musibah yang berat,…

  • | | | |

    #9 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #9 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Berkata Khomeini, Ulama Besar Syiah & Presiden Revolusi Iran: “Kita akan tumpahkan darah Nawasib (Ahli Sunah), membunuh anak-anak mereka dan membiarkan wanita-wanita mereka. Dan kita akan ranapkan Mekah dan Madinah dari muka bumi. Kerana dua tempat ini menjadi pusat orang-orang Wahabi. Hendaklah bumi Karbala, bumi…

  • |

    IBADAH KORBAN DI LUAR NEGARA?

    IBADAH KORBAN DI LUAR NEGARA? Sebaiknya diutamakan yang dekat sebelum yang jauh. Melaksanakan ibadah korban di tempat sendiri lebih utama kerana ia membolehkan kita memantau pelaksanaannya manakala dagingnya dapat diberi kepada saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling lebih-lebih lagi dalam situasi semasa di tanah air ketika mana ramai yang…