INOVASI BAHARU AGAMA – QIAMULAIL BERJEMAAH MALAM ARAFAH

Qiamullail dianjurkan oleh agama sepanjang tahun dengan kelebihan dan fadilatnya yang besar.

Tinggal lagi pelaksanaannya perlu dengan mengikut contoh Nabi ﷺ.

Kecuali pada bulan Ramadan, ibadah qiamullail dilaksanakan secara bersendirian.

Afdalnya dilaksanakan di rumah selari sabda Nabi ﷺ:

أَفْضَلَ الصَّلَاةِ صَلَاةُ الْمَرْءِ ‌فِي ‌بَيْتِهِ ‌إِلَّا ‌الْمَكْتُوبَة.

“Sebaik-baik solat ialah solat seseorang itu di rumahnya kecuali solat fardu.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Adapun mengadakan program khas menganjurkan orang ramai solat qiamullail berjemaah di masjid maka ia tiada contohnya daripada Nabi ﷺ mahupun para Sahabat.

Mereka tidak pernah berbuat demikian padahal merekalah yang paling ke hadapan melaksanakan kebaikan.

Apatah lagi qiamullail bersempena malam Arafah dan sebagainya.

Amalan inovasi tokok tambah sebegini jelas dilarang oleh Nabi ﷺ sebagaimana dalam banyak nas.

Sabda Nabi ﷺ:

وإيَّاكُمْ وَمُحدَثَاتِ الأمُورِ فَإنَّ ‌كُلَّ ‌بِدْعَةٍ ‌ضَلالةٌ.

“Hendaklah kalian menjauhi perkara-perkara baharu (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap bidaah (pembaharuan dalam agama) ialah kesesatan.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Sabdanya ﷺ:

مَنْ ‌أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (agama) maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabdanya ﷺ lagi:

مَنْ ‌عَمِلَ ‌عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Tertolak yakni sia-sia, tidak diterima Allah, tidak dapat pahala malah boleh menjana dosa.

Berpada-pada dengan al-Sunah lebih baik berbanding banyak beramal dengan tokok tambah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Zulhijah 1445H
15 Jun 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | | |

    IKTIKAF BULAN RAMADAN

    Iktikaf ialah perbuatan duduk dalam masjid dengan niat ibadah kerana Allah. Firman Allah ﷻ: وَأَنتُمۡ عَٰكِفُونَ فِي ٱلۡمَسَٰجِدِ “Dan kamu sedang beriktikaf di masjid.” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:187] Tiada had minimum masanya. Boleh sejam, dua jam, semalaman; kurang atau lebih. Semuanya boleh. Syariat tidak menetapkan masa minimumnya. Iktikaf di masjid dengan…

  • | | | |

    CARA-CARA SAMBUT TAHUN BAHARU HIJRAH?

    – Ustaz Don Danial Jelasnya Ustaz Don Danial telah membuat rekaan baharu dalam agama dengan mencadangkan cara-cara tertentu menyambut tahun baharu Hijrah. Sambutan tahun baharu Hijrah itu sendiri tiada asasnya dalam agama. Inikan pula cara-cara tertentu untuk menyambutnya. https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/pfbid0a4HF1r6K5KYXvzuV3NxtBWmN78XnNeVo2FqT4UHsxHWfmYFcQxokLgjiXt8RAkHnl Batil. Malah berdosa besar diancam oleh Allah ﷻ sebagaimana dalam firmanNya:…

  • | |

    SOLAT SUNAT DUA RAKAAT SUBUH

    – Tatacara pelaksanaan – Jangan lebih dua rakaat Muslim dianjurkan mengerjakan solat sunat (qabliyah) sebelum Subuh sebanyak dua rakaat. Daripada Hafsah radiallahuanha, katanya: كَانَ رَسُولُ اللهِ ﷺ إذا ‌طَلَعَ ‌الْفَجْرُ ‌لَا ‌يُصَلِّي إِلَّا رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ. “Rasulullah ﷺ jika sudah terbit fajar baginda tidak akan solat (sunat) kecuali dua rakaat ringkas.”…

  • | |

    DOA QUNUT NAZILAH

    DOA QUNUT NAZILAH Jika Umat Islam ditimpa suatu musibah seperti kemarau, banjir, ketakutan, serangan musuh dan seumpamanya, maka dianjurkan untuk mereka melakukan QUNUT NAZILAH pada rakaat terakhir sebelum atau selepas rukuk, dalam semua solat fardu, secara kuat dan dengan lafaz doa yang bersesuaian dengan musibah yang menimpa. Ini sebagaimana dalam…

  • | | | |

    TARAWIH 8 RAKAAT BIDAAH?

    Sungguh menghairankan apabila ada yang mendakwa bahawa pelaksanaan solat Tarawih sebanyak 8 rakaat (11 rakaat termasuk 3 rakaat Witir) merupakan suatu perkara baharu dalam agama, iaitu bidaah. Sedangkan amalan ini jelas sabit dalam hadis Nabi ﷺ sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, beliau…

  • |

    ORANG TIDAK PUASA BOLEH SAMA PAHALA ORANG BERPUASA

    Kepada mereka yang tidak berpuasa pada awal sepuluh hari Zulhijah hendaklah memperbanyakkan syukur apabila makan dan minum. Kerana sabda Nabi ﷺ: إِنَّ ‌لِلطَّاعِمِ ‌الشَّاكِرِ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلَ الصَّائِمِ الصَّابِرِ. “Sungguh orang yang tidak berpuasa yang bersyukur apabila makan mendapat pahala seperti orang yang sabar berpuasa.” [Sahih. Riwayat al-Hakim] Muslim sentiasa…