| | |

TULANG KORBAN BOLEH DIBUANG

Tulang haiwan korban boleh dibuang, tidak wajib tanam.

Pandangan sebahagian bahawa tulang haiwan korban perlu ditanam tidak berasas sama sekali.

Tiada dalil suruhan atau anjuran daripada syariat supaya tulang haiwan korban ditanam.

Hanya pandangan akal sebahagian pihak semata-mata.

Sedangkan Muslim tidak boleh sewenang-wenangnya menganjurkan sesuatu dalam bab hukum agama kecuali dengan nas Al-Quran atau al-Sunah.

Apatah lagi jika hendak memaksa dan mewajibkan sesuatu perkara.

Perlu ada sandaran dalil nas.

Justeru tidak salah jika sisa tulang haiwan korban dibuang ke dalam tong sampah.

Syariat Islam bersifat memudahkan, bukan menyusahkan.

Sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ ‌الدِّينَ ‌يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ.

“Sesungguhnya agama itu mudah, dan tiada sesiapa yang menyusahkan urusan agamanya melainkan dia akan tertewas.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Sabdanya ﷺ:

يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا.

“Mudahkan, jangan menyusah-nyusahkan.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Jangan disusahkan apa yang telah sedia dimudahkan oleh agama.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Zulhijah 1445H
19 Jun 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

    Ziarah kubur disyariatkan pada bila-bila masa sepanjang tahun untuk mengingati kematian dan Hari Akhirat, di samping mengambil iktibar serta pengajaran daripada mereka yang telah mendahului, memberi salam dan mendoakan kesejahteraan buat mereka. Nabi ﷺ bersabda: “Dahulu aku melarang kalian menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah ia, kerana ia mengingatkan kalian kepada…

  • | | |

    PUASA SEBENAR

    Puasa bukan sekadar dengan meninggalkan makan dan minum. Tetapi puasa ialah dengan turut meninggalkan mengumpat, adu domba, mencela, memaki hamun, perkataan dan tulisan jelik, mendengar muzik, melihat benda-benda haram di samping hal-hal tiada faedah dan perkara-perkara haram lain. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ، إِنَّمَا الصِّيَامُ ‌مِنَ…

  • | | | |

    BANYAKKAN DOA DI BULAN RAMADAN

    BANYAKKAN DOA DI BULAN RAMADAN # Doa orang puasa mustajab. Firman Allah ﷻ: وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ. “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (khabarkan kepada mereka): Sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (dengan mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia…

  • | |

    GRUP WHATSAPP TADARUS & KHATAM AL-QURAN

    GRUP WHATSAPP TADARUS & KHATAM AL-QURAN Soalan tentang bacaan tadarus dan khatam al-Quran pada bulan Ramadan. Banyak tersebar di grup-grup media sosial seperti WhatsApp di mana setiap orang dibahagikan berapa juz untuk dibaca dengan tujuan tadarus dan khatam al-Quran. Adakah dibolehkan? JAWAPAN: Ini bukan tadarus dan khatam al-Quran. Perlu ditinjau…

  • | | |

    PASANGAN YANG BUATKAN RAMBUT BERUBAN SEBELUM MASANYA

    Antara doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ ialah memohon perlindungan daripada lima golongan manusia iaitu: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رَبًّا، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا، وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَيْنَهُ تَرَانِي وَقَلْبُهُ يرْعَانِي إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى…

  • | | |

    MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN

    MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN Hadis Ibnu Abbas RA, katanya: كَانَ رسول الله ﷺ أَجْوَدَ بِالخَيْرِ مِنَ ‌الرِّيحِ ‌المُرْسَلَةِ. “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ lebih pantas mengerjakan kebaikan berbanding angin yang bertiup.” Hadis sahih. Riwayat Bukhari. INFO GAMBAR: Tertera tulisan “Beg plastik ini diagih-agihkan di sekitar jalan raya Arab Saudi ketika hampir…