| | |

PUASA SEBENAR

Puasa bukan sekadar dengan meninggalkan makan dan minum.

Tetapi puasa ialah dengan turut meninggalkan mengumpat, adu domba, mencela, memaki hamun, perkataan dan tulisan jelik, mendengar muzik, melihat benda-benda haram di samping hal-hal tiada faedah dan perkara-perkara haram lain.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ، إِنَّمَا الصِّيَامُ ‌مِنَ ‌اللَّغْوِ ‌وَالرَّفَثِ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهِلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ: إِنِّي صَائِمٌ.

“Tidaklah puasa itu (dengan sekadar) meninggalkan makan dan minum tetapi puasa itu ialah dengan meninggalkan perkara-perkara tidak berfaedah serta amalan-amalan keji. Sekiranya kamu dicemuh maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa.”

[Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaimah]

Justeru mereka yang tidak menjaga diri mereka daripada perkara-perkara haram sewaktu berpuasa dikhuatiri hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata; tiada pahala malah barangkali turut mendapat dosa.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
09 Ramadan 1444H
31 Mac 2023

Similar Posts

  • |

    PERDAGANGAN AGAMA

    PERDAGANGAN AGAMA # Air Mineral dijampi dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran? Sekalipun para ulama sepakat mengharuskan ruqyah, doa perlindungan melalui bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi adakah wajar air ruqyah diperluaskan, dikomersialkan dan dikeluarkan secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak mutakhir ini? Tidak dan tidak sama sekali. Bukan sahaja…

  • |

    ‘WAHN’ vs WUHAN

    ‘WAHN’ vs WUHAN Antara dua saranan: 1. SARANAN MENGELAK JANGKITAN KORONAVIRUS Elakkan berjabat tangan. 2. SARANAN MENGELAK AZAB API NERAKA Elakkan berjabat tangan dengan wanita bukan mahram. RENUNGAN: Antara dua saranan ini yang manakah yang lebih penting dan lebih bahaya? Jangan terkejut sekiranya KEBANYAKAN ORANG memilih SARANAN PERTAMA. Sedangkan Nabi…

  • | | |

    TARAWIH BERJEMAAH DI MASJID HINGGA SELESAI

    Sepanjang bulan Ramadan Muslim dianjurkan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau. Sebolehnya hendaklah solat bersama imam hingga selesai tidak kira sama ada 23 atau 11 rakaat. Ganjaran pahala besar menanti anda. Sabda Nabi ﷺ: إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ ‌كُتِبَ ‌لَهُ ‌قِيَامُ لَيْلَةٍ. “Barang siapa solat (tarawih)…

  • | | | |

    DOA QUNUT WITIR

    Malam ini mula doa qunut solat witir. Muhasabah di pertengahan bulan Ramadan. Amalan-amalan kebaikan yang dilakukan perlu diteruskan manakala apa yang terlepas hendaklah segera dilaksanakan sebelum Ramadan berakhir. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ. “Sesungguhnya amalan-amalan itu dinilai pada pengakhirannya”. [Sahih. Riwayat Bukhari] Kegembiraan buat mereka yang amal…

  • |

    NAIK LIF / ESKALATOR

    NAIK LIF / ESKALATOR Ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Mohsin al-Abbad al-Badr hafizahullah berkata: “Sekiranya seseorang itu naik lif atau eskalator lalu dia membaca (doa menaiki kenderaan): سبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين. (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu…

  • |

    ISLAM MODERATE

    ISLAM MODERATE Akibat terkesan dengan gaya fikir orang Barat dan terpukau dengan syubhat mereka, terdapat segelintir orang Islam merasa kagum dengan sikap sebahagian pemimpin Barat, NGO dan institusi di sana yang ‘zahirnya’ menyokong Islam, memperjuangkan hak-hak Muslim dan menuntut keadilan buat mereka. Betapa bijaknya syaitan mempermainkan pemikiran mereka yang dangkal…