|

TIDAK MENERUSKAN PERBAHASAN

TIDAK MENERUSKAN PERBAHASAN

# Tidak meneruskan perbahasan dengan orang yang sombong

#Kaedah-Kaedah Ilmiah
#Kaedah 8

Sekiranya kebenaran sudah jelas tersingkap maka tiada ruang untuk menolaknya.

Semua bersetuju bahawa sekiranya perbahasan berkesudahan dengan penetapan asas-asas yang jelas lalu pihak lawan tidak mahu menerima asas-asas tersebut maka ketika itu jelas dia bersikap sombong, tidak mahu mengakui kebenaran.

Tiada kewajaran untuk meneruskan perbahasan dengannya.

Firman Allah ﷻ:

وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡ.

“Dan katakanlah: Kebenaran itu daripada Tuhanmu, maka sesiapa yang mahu beriman hendaklah dia beriman, dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”.

[al-Kahfi; 18:29]

Setiap orang bertanggungjawab atas dirinya. Orang lain tidak akan menanggung bagi pihaknya.

Firman Allah ﷻ:

يُجَٰدِلُونَكَ فِي ٱلۡحَقِّ بَعۡدَ مَا تَبَيَّنَ.

“Mereka membantahmu tentang kebenaran setelah ia menjadi nyata.”

[al-Anfaal; 8:6]

Mereka yang terus membantah kebenaran sesudah ia menjadi jelas pada hakikatnya hanya berhelah, mahu menimbulkan kekeliruan.

Kata al-Muzani:

“Perbincangan seharusnya berlangsung secara tulus kerana Allah dan diterima kebenaran itu tatkala ia tersingkap.”

[Jami’ Bayaan al-‘Ilm]

Kerana itu terdapat persoalan-persoalan yang tiada jawapan untuknya selain daripada berdiam dan tidak lagi meneruskan perbahasan. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

يَأتِي الشَّيْطَانُ أحَدَكُمْ فَيَقُولُ: مَنْ خَلَقَ كَذَا؟ مَنْ خَلَقَ كَذَا؟ حَتَّى يَقُول مَنْ خَلَقَ رَبُّكَ؟ فَإذَا بَلَغَهُ فَلْيَسْتَعِذْ باِللهِ وَلْيَنْتَهِ.

“Syaitan akan mendatangi seseorang daripada kamu lalu bertanya: Siapakah yang mencipta ini? Siapakah yang mencipta itu? Sehingga kesudahannya syaitan bertanya: Siapakah yang mencipta Tuhanmu? Jika persoalannya sampai ke situ maka hendaklah mengucapkan auzubillah, berlindung dengan Allah dan berhenti.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Justeru setiap perbahasan perlu kepada asas-asas sandarannya.

Sekiranya asas-asas sandaran itu turut dipersolkan maka perbahasan hanya akan berbolak-balik tanpa kesudahan.

# Kaedah 1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221735747254764&id=1588241794
# Kaedah 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221736159945081&id=1588241794
# Kaedah 3
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221749875487961&id=1588241794
# Kaedah 4
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221754700368580&id=1588241794
# Kaedah 5
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221775898258514&id=1588241794
# Kaedah 6
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221782233616894&id=1588241794
# Kaedah 7
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221801402336100&id=1588241794

# Kaedah-Kaedah Pendalilan Di sisi Ahli Sunah Wal Jemaah

# al-Mausu’ah al-Aqadiyyah ad-Durar as-Saniyyah

Idris bin Sulaiman
Kajang
25 Rejab 1442H /
09 Mac 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    MENCELA ULAMA

    Orang-orang munafik pada zaman Rasulullah ﷺ mencela para Sahabat dengan berkata: مَا رَأَيْنَا مِثْلَ قُرَّائِنَا هَؤُلاَءِ، أَرْغَبُ بُطُوْناً، وَلاَ أَكْذَبُ أَلْسُناً، وَلاَ أَجْبَنُ عِنْدَ اللِّقَاءِ. “Kami tidak pernah melihat orang-orang yang seperti para pembaca Al-Quran ini (para Sahabat) yang mana perut mereka besar, banyak berbohong dan paling pengecut apabila berdepan…

  • | |

    PENUNTUT ILMU

    PENUNTUT ILMU Terdapat tiga tahap penuntut ilmu iaitu mereka yang: 1. Hafal dan faham; 2. Faham tanpa hafal; dan 3. Hafal tanpa faham. Kedudukan tahap-tahap ini adalah sama mengikut turutan di atas. Firman Allah ﷻ: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman serta orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama daripada kalangan…

  • |

    GEMBIRA BERMAULID KERANA MIMPI??!

    Agama Islam ialah agama yang berteraskan wahyu; al-Quran dan al-Sunah. Mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil atau hujah syarie. Ungkapan seperti: “Apa yang saya mimpi bukanlah dalil, hanya dikongsikan sebagai ‘targhib’ dorongan untuk beramal soleh” adalah kenyataan yang keliru dan mengelirukan. Dia sendiri mengakui bahawa mimpi tidak boleh dijadikan dalil,…

  • |

    ANTARA KEBENARAN DENGAN KEBATILAN

    ANTARA KEBENARAN DENGAN KEBATILAN Kebenaran ialah seperti emas tulen, semakin diuji semakin terserlah ketulenannya. Sedangkan kebatilan pula ialah seperti barang palsu, semakin diuji semakin terserlah kepalsuannya. – Ibnu Taimiyah, al-Jawab as-Sahih. Idris bin Sulaiman Kajang Antara kaca & permata 13 Jumadil Akhir 1442H/ 26 Januari 2021 #http://www.facebook.com/idrissulaiman

  • VIDEO RAKAMAN: MAKMUM KELIRU MENEGUR BACAAN IMAM

    – Berpada-pada memberi pendapat – Beza dalil qat’i dan zhanni Rakaman menunjukkan saat imam membaca ayat 13, surah Hud lalu salah seorang makmum di belakangnya menegur bacaannya tetapi tidak diendahkan oleh imam. Makmum itu berkali-kali menegurnya tetapi imam tetap teguh dengan bacaannya. Ternyata bacaan sang imam benar manakala makmum itu…