| | |

RAMADAN BULAN MENGIMARAHKAN MASJID

Muslim dianjurkan menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mengerjakan solat Tarawih berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

مَنْ ‌قَامَ ‌رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Barang siapa yang menunaikan solat (Tarawih) pada bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosanya yang lalu”.

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Solat Tarawih afdalnya dilaksanakan di masjid / surau secara berjemaah berbanding di rumah berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ ‌كُتِبَ ‌لَهُ ‌قِيَامُ لَيْلَةٍ.

“Sekiranya seseorang itu solat bersama imam sehingga imam selesai akan dikira untuknya solat sepanjang malam.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Orang yang solat Tarawih berjemaah di masjid / surau mendapat pahala seperti jika dia solat sunat sepanjang malam.

Pahala yang cukup besar berbanding mereka yang solat di rumah atau mereka yang hanya solat sebahagian rakaat sahaja bersama imam lalu beredar sebelum imam selesai.

CATATAN

Sama ada imam solat 11 atau 23 rakaat tetap dianjurkan solat bersamanya sampai selesai bagi meraih pahala solat sepanjang malam sebagaimana dalam hadis.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Ramadan 1444H
29 Mac 2023

Similar Posts

  • |

    “KECUALI PETIR YANG MENGECEWAKAN”??

    “KECUALI PETIR YANG MENGECEWAKAN”?? # Beriman dengan qada & qadar # Doa mendengar petir Tersebar di media sosial sebuah poster ucapan terima kasih daripada sebuah rangkaian restoran terkenal di negara. Di dapati bahawa di akhir poster ini tertera ayat “kecuali petir yang mengecewakan”. Sebenarnya perkataan ini tidak wajar bagi seorang…

  • |

    MARAH KERANA SOLAT

    MARAH KERANA SOLAT # Tanda hati sihat atau sakit Antara tanda kedudukan hati sihat atau sakit dapat dilihat berdasarkan reaksinya terhadap solat. Sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya ceria dan gembira manakala ketika mengerjakannya dia merasa tenang dan khusyuk maka ia tanda hati sihat. Berbeza pula sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya…

  • |

    SOLAT DI KUBUR

    SOLAT DI KUBUR Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada. Nabi bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد “ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?…

  • |

    JIWA YANG KOSONG

    – Ketenangan hakiki Dalam hati manusia ada kekosongan yang tidak akan dapat diisi kecuali dengan rasa cinta kepada Allah ﷻ, berserah dan berzikir mengingatiNya di samping jujur ikhlas beribadah kepadaNya. Jika manusia diberikan habuan dunia dengan segala isinya nescaya kelompongan ini tetap tidak akan dapat diisi. Firman Allah ﷻ: وَمَن…

  • | | |

    PASANGAN YANG BUATKAN RAMBUT BERUBAN SEBELUM MASANYA

    Antara doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ ialah memohon perlindungan daripada lima golongan manusia iaitu: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رَبًّا، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا، وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَيْنَهُ تَرَانِي وَقَلْبُهُ يرْعَانِي إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى…