|

ANTARA KESALAHAN KETIKA UMRAH

ANTARA KESALAHAN KETIKA UMRAH

# Berzikir beramai-ramai
# Berzikir secara menyanyi

Alhamdulillah umrah sudah dibuka kembali.

Bagi mereka yang berhajat untuk ke Tanah Suci mengerjakan umrah, pastikan anda mempelajari tatacara ibadah umrah dengan betul supaya tidak mensia-siakan peluang ketika di sana.

Perlu ditegaskan bahawa apa jua amal ibadah yang dikerjakan haruslah menepati sunah Nabi ﷺ termasuklah umrah.

Nabi ﷺ bersabda:

خُذُوا عَنِّى مَنَاسِكَكُمْ.

“Ambillah dariku tatacara ibadah haji dan umrahmu.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Antara kesalahan sebahagian jemaah ketika umrah ialah perbuatan membaca zikir beramai-ramai semasa tawaf atau saie.

Sebetulnya ia dibaca secara bersendirian. Demikian sunahnya.

Firman Allah ﷻ:

وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِي نَفۡسِكَ تَضَرُّعٗا وَخِيفَةٗ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأٓصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَٰفِلِينَ.

“Berzikirlah mengingati Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi daripada orang-orang yang lalai.”

[Al-Quran, al-A’raaf, 7:205]

Bagi jemaah yang tidak hafal atau tidak mampu membaca zikir-zikir tawaf dan saie, mereka boleh sahaja membaca mana-mana surah yang pendek daripada Al-Quran atau membaca apa sahaja zikir ringkas yang mereka tahu seperti astaghfirullah, subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar dan sebagainya.

Pendek kata, sebaiknya dipenuhkan masa sewaktu tawaf dan saie dengan membaca Al-Quran, berdoa dan berzikir secara perlahan mengikut kemampuan masing-masing.

Adapun membaca zikir beramai-ramai semasa tawaf dan saie, bukan sahaja ia menyalahi sunah Nabi ﷺ ia juga akan mengganggu orang ramai di sekeliling di samping jemaah tidak dapat menghayati bacaan seperti mana jika mereka membacanya bersendirian.

Sering sahaja juga ayat Al-Quran dan zikir yang dibaca beramai-ramai tidak dibaca dengan betul dan sempurna lebih-lebih lagi jika ia dibaca dengan irama menyanyi dan seumpamanya. Ini tidak wajar.

CATATAN

Berilmu sebelum beramal.

Dua syarat sah ibadah; ikhlas dan ittiba’ (ikut Sunah Nabi ﷺ).

Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Rabiulawal 1443H /
25 Oktober 2021

Similar Posts

  • | | | |

    PUASA BUKAN HANYA BERLAPAR DAHAGA

    Di samping menahan diri daripada makan minum Muslim turut diperintahkan meninggalkan kata-kata dusta, perkara-perkara tidak berfaedah serta amalan-amalan keji sepanjang berpuasa pada bulan Ramadan. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: ‌مَنْ ‌لَمْ ‌يَدَعْ ‌قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ. “Barang siapa tidak meninggalkan kata-kata dusta dan…

  • |

    “BUKAN SEMUA ORANG BOLEH JADI MUAZIN TETAPI..”

    “BUKAN SEMUA ORANG BOLEH JADI MUAZIN TETAPI..” # Fadilat menjawab azan # Indahnya Islam Maklum bahawa muazin (bilal) yang mengumandangkan azan di sesebuah masjid atau surau hanyalah seorang, dan terdapat banyak fadilat kelebihan bagi para muazin. Antaranya Nabi ﷺ mendoakan keampunan buat mereka dalam sabdanya ﷺ: اللهُمَّ أَرْشِدِ الْأَئِمَّةَ، ‌وَاغْفِرْ…

  • |

    JIWA YANG KOSONG

    – Ketenangan hakiki Dalam hati manusia ada kekosongan yang tidak akan dapat diisi kecuali dengan rasa cinta kepada Allah ﷻ, berserah dan berzikir mengingatiNya di samping jujur ikhlas beribadah kepadaNya. Jika manusia diberikan habuan dunia dengan segala isinya nescaya kelompongan ini tetap tidak akan dapat diisi. Firman Allah ﷻ: وَمَن…

  • | | | |

    HAMAS

    HAMAS Berbekalkan senjata canggih yang disediakann oleh Syiah Iran, mereka melakukan serangan ke atas bangsa yang dimurkai Allah, Yahudi, lalu serangan ini dijadikan alasan untuk menyerang penduduk Islam Palestin sehingga menyebabkan terkorbannya ramai nyawa yang tidak berdosa serta berlakunya banyak kerosakan. Adakah perbuatan HAMAS ini wajar? Atau ia merupakan pengkhianatan…

  • | | |

    SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

    Pegang as-Sunah Jauhi rekaan tokok tambah Sambutan malam Israk Mikraj pada malam 27 Rejab termasuk dalam perbuatan tokok tambah dan mengada-adakan rekaan amalan baharu dalam agama. Sambutan ini sama sekali tiada petunjuknya dalam Al-Quran, hadis ataupun amalan para Sahabat Nabi ﷺ. Ia bukan suatu tokok tambah ataupun rekaan amalan yang…

  • | | | |

    GERAKAN MEMPERBODOHKAN UMAT ISLAM MALAYSIA

    GERAKAN MEMPERBODOHKAN UMAT ISLAM MALAYSIA . . . Sedar atau tidak terdapat pihak-pihak yang berusaha keras untuk MENYESATKAN Umat Islam di Malaysia secara khusus. . . . Pelbagai CARA dan TEKNIK yang digunakan. . . . Sama ada dengan cara mempromosikan dakyah-dakyah LIBERAL berslogankan KEBEBASAN , KEADILAN dan KESAMARATAAN, seperti…