|

SOLAT BERJEMAAH & SOLAT JUMAAT

SOLAT BERJEMAAH & SOLAT JUMAAT

Solat adalah sebaik-baik amalan dan sebaik-baik bekalan untuk dibawa menghadap ALLAH.

Solat adalah PERKARA PERTAMA yang akan DIHISAB pada HARI AKHIRAT kelak.

KEJAYAAN dan KEMENANGAN bagi mereka yang MEMELIHARA SOLAT khususnya SOLAT BERJEMAAH dan SOLAT JUMAAT.

Tidak dinafikan bahawa ia PERLU kepada KECEKALAN dan KETABAHAN lebih-lebih lagi ketika MENGHADAPI DUGAAN.

Seorang MUSLIM itu TIDAK seperti orang lain.

Ya, terdapat WABAK PENYAKIT yang boleh dan sedang menular.

Tetapi dalam masa yang sama KITA YAKIN bahawa SEGALA SESUATU adalah di bawah KETETAPAN dan KETENTUAN ALLAH.

TIDAK ada yang terlepas daripada kawalan dan ketetapan ALLAH.

Ya, kita ambil LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN.

TETAPI

Langkah-langkah pencegahan BUKAN sehingga kita jadi TIDAK KERUAN, jadi seperti orang yang HILANG ARAH, orang yang TAKUT BAYANG-BAYANG dan orang yang TAKUT HANTU.

TIDAK

Kita AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN tetapi DENGAN SEKADARNYA!

Selebihnya kita SERAH KEPADA ALLAH.

Di sini datangnya TAWAKAL.

Di manakah TAWAKAL kita kepada ALLAH? Apatah lagi dalam menghadapi situasi seperti sekarang?

Adakah kita melihat WABAK PENYAKIT yang menular ini DI LUAR KAWALAN ALLAH??

TIDAK sama sekali.

SEGALA SESUATU itu di bawah KEHENDAK ALLAH.

KITA IKHTIAR.

Kita ambil LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN dengan sekadarnya.

SETELAH ITU kita TAWAKAL dan berserah kepada ALLAH.

Orang yang bertawakal kepada ALLAH TIDAK akan HAMPA dan KECEWA.

Cukup bagi kita ALLAH sebagai TEMPAT BERGANTUNG.

Cukup bagi kita ALLAH sebagai TEMPAT BERLINDUNG.

Cukup bagi kita ALLAH sebagai TEMPAT MEMPEROLEH PERTOLONGAN dan BANTUAN.

Kita milik ALLAH dan kepadaNYA jua kita akan kembali.

PELIHARALAH SOLAT dan berdirilah menghadap ALLAH dalam keadaan TENANG dan KHUSYUK.

Wallahul mustaan.

Catatan:
Suara-suara yang MENAKUT-NAKUTKAN umat Islam SANGAT TIDAK MEMBANTU.

‘Fearmongering’

Idris bin Sulaiman
Kajang
Mengharapkan keberkatan hari Jumaat
18 Rejab 1441H / 13 Mac 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    KALAU DOA, NAK MINTA APA?

    – Mintalah daripada Allah ﷻ – Waktu sepertiga malam terakhir Minta supaya dijauhkan daripada sifat lemah, malas, takut, bakhil, kasar, lalai, papa, hina, cinta dunia… Mintalah juga supaya dijauhkan daripada kekufuran, kesyirikan, kefasiqan, kesombongan di samping penyakit-penyakit yang berpanjangan, bebanan hutang, penindasan manusia, hilangnya nikmat, ditimpa bebanan musibah yang berat,…

  • | |

    MENGKERAMATKAN KUBUR

    MENGKERAMATKAN KUBUR # Zikir, berdoa, bertawassul di perkuburan Zikir dan berdoa memang disyariatkan tetapi berzikir atau berdoa di perkuburan meminta untuk selain daripada kesejahteraan si mati adalah dilarang. Muslim ditegah berdoa meminta daripada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا. “Dan sesungguhnya masjid-masjid…

  • |

    SOLAT DI KUBUR

    SOLAT DI KUBUR Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada. Nabi bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد “ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?…

  • |

    BEZA TAKBUR & UJUB

    BEZA TAKBUR & UJUB Takbur: Memandang rendah terhadap orang lain. Ujub: Melihat diri ada kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Ibnu Mubarak “Aku tidak melihat sesuatu yang lebih merbahaya bagi orang yang solat berbanding ujub”. [Siyar A’laam an-Nubala’, 8/407]

  • | |

    MALAM NISFU SYAABAN

    Sabda Nabi ﷺ: يَطَّلِعُ ‌اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا ‌لِمُشْرِكٍ ‌أَوْ ‌مُشَاحِنٍ. “Allah tabaraka wa ta’ala turun kepada makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban lalu Dia mengampuni seluruh makhlukNya kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan.” Riwayat Ibnu Abi al-Asim dan yang lain….

  • | |

    ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

    Ziarah kubur disyariatkan pada bila-bila masa sepanjang tahun untuk mengingati kematian dan Hari Akhirat, di samping mengambil iktibar serta pengajaran daripada mereka yang telah mendahului, memberi salam dan mendoakan kesejahteraan buat mereka. Nabi ﷺ bersabda: “Dahulu aku melarang kalian menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah ia, kerana ia mengingatkan kalian kepada…