|

DOALAH KEPADA ALLAH; BUKAN MALAIKAT ATAU LAIN

  1. Sesungguhnya tiada apa yang tersembunyi bagi Allah ﷻ.

Firman Allah ﷻ:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَخۡفَىٰ عَلَيۡهِ شَيۡء فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِي ٱلسَّمَآءِ

“Sesungguhnya tiada apa yang tersembunyi bagiNya di bumi ataupun di langit.”

[Al-Quran, Aali Imran, 3:5]

  1. Bagi Allah jualah segala yang di langit dan di bumi dan Dia ﷻ Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Firman Allah ﷻ:

لِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا فِيهِنَّۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡء قَدِيرُۢ

“Allah jualah yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

[Al-Quran, al-Maa’idah, 5:120]

  1. Allah ﷻ Maha Mendengar doa para hambaNya, dan Dia ﷻ memperkenankan doa tidak kira masa atau tempat, dalam apa jua urusan, dan dalam apa bahasa jua doa itu disampaikan.

Firman Allah ﷻ:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

“Dan jika para hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:186]

  1. Muslim diperintahkan supaya berdoa kepada Allah ﷻ secara khusyuk dan merendah diri.

Firman Allah ﷻ:

ٱدۡعُواْ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعا وَخُفۡيَةًۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan dengan suara perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”

[Al-Quran, al-A’raaf, 7:55]

JANGAN SOMBONG
TIDAK MAHU DOA KEPADA ALLAH

  1. Allah ﷻ memberi ancaman Api Neraka kepada mereka yang sombong tidak mahu berdoa dan tidak mahu meminta kepadaNya.

Firman Allah ﷻ:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِي سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepadaKu akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.”

[Al-Quran, Ghafir, 40:60]

  1. Demikian Allah ﷻ memberi ancaman kepada mereka yang berbuat syirik dengan berdoa dan meminta di alam ghaib daripada selain Allah ﷻ.

Firman Allah ﷻ:

وَلَا تَدۡعُ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَۖ فَإِن فَعَلۡتَ فَإِنَّكَ إِذا مِّنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

“Dan janganlah engkau berdoa meminta daripada selain Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu ataupun memberi mudarat kepadamu. Sedangkan jika engkau berbuat demikian maka engkau tergolong dalam kalangan mereka yang zalim (kerana telah berbuat syirik).”

[Al-Quran, Yunus, 10:106]

  1. Segala apa yang diseru dan dipanjatkan doa kepadanya di alam ghaib selain daripada Allah ﷻ sama ada malaikat, rasul, wali dan sebagainya adalah sesat lagi batil.

Firman Allah ﷻ

ذَ ⁠لِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡحَقُّ وَأَنَّ مَا یَدۡعُونَ مِن دُونِهِۦ هُوَ ٱلۡبَـٰطِلُ

”Dialah sahaja Tuhan Yang sebenar-benarnya, dan segala yang mereka seru (doa) selain daripada Allah adalah palsu.”

[Al-Quran, al-Ḥajj, 22:62]

  1. Mereka yang berdoa dan meminta tolong di alam ghaib daripada selain Allah ﷻ terdiri daripada kalangan mereka yang rugi serugi ruginya.

Firman Allah ﷻ:

وَمَنۡ أَضَلُّ مِمَّن يَدۡعُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَن لَّا يَسۡتَجِيبُ لَهُۥٓ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَهُمۡ عَن دُعَآئِهِمۡ غَٰفِلُونَ

“Dan tidak ada orang yang lebih sesat daripada mereka yang berdoa dan meminta daripada selain Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya sehinggalah ke Hari Kiamat sedangkan makhluk-makhluk yang mereka seru itu tidak pun menyedari akan doa permintaan mereka itu.”

[Al-Quran, al-Ahqaf, 46:5]

  1. Ingatlah, tiada yang dapat memberi manfaat atau mudarat di alam ghaib selain daripada Allah ﷻ.

Firman Allah ﷻ:

قُلۡ أَنَدۡعُواْ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُنَا وَلَا يَضُرُّنَا وَنُرَدُّ عَلَىٰٓ أَعۡقَابِنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَىٰنَا ٱللَّهُ.

“Patutkah kita berdoa dan meminta daripada selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak pula dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan agama Islam).”

[Al-Quran, al-An’aam, 6: 71]

  1. Sedangkan syirik adalah sebesar-besar dosa yang Allah ﷻ tidak ampunkan dosanya (jika orangnya tidak bertaubat).

Firman Allah ﷻ:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُ.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan apa jua) dan Dia mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya.”

[Al-Quran, al-Nisa’, 4:48]

Daripada Allah jua kita memohon perlindungan dan petunjuk.

CATATAN:

Alhamdulillah. Orangnya sudah pun meminta maaf.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
02 Zulkaedah 1444H
22 Mei 2023

Similar Posts

  • | | |

    BULAN RAMADAN

    ‌مَنْ ‌صَامَ ‌رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ‌وَمَنْ ‌قَامَ ‌رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. “Barang siapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu, dan barang siapa mendirikan solat malam di bulan Ramadan kerana iman dan…

  • |

    DOA ALIH HUJAN

    Apabila turun hujan dianjurkan berdoa: اللَّهُمَّ ‌صَيِّبًا ‌نَافِعًا “Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang membawa manfaat.” [Sahih. Riwayat Bukhari] Tetapi andainya hujan terlalu lebat sehingga dikhuatiri berlaku mudarat banjir, tanah runtuh dan sebagainya maka dianjurkan berdoa: اللَّهُمَّ ‌حَوَالَيْنَا ‌وَلَا ‌عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ “Ya Allah,…

  • |

    LARANGAN PUASA SUNAT HARI SABTU

    Berikut hadis larangan puasa sunat pada hari Sabtu. Sabda Nabi ﷺ: لا تَصُومُوا يَوْمَ السَّبْتِ إِلَّا فِيمَا افْتُرِضَ عَلَيْكُمْ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ أَحَدُكُمْ إِلَّا لِحَاءَ عِنَبَةٍ أَوْ عُودَ شَجَرَةٍ فَلْيَمْضُغْه. “Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali dalam apa yang difardukan atas kamu, dan sekiranya seseorang kamu hanya mendapati kulit…

  • |

    MEMBONGKAR KEBEJATAN KAUM PEROSAK DI BULAN RAMADAN

    “Tapi bulan Ramadan kan elok kita fokus pada ibadah. Tak payah gaduh-gaduh.” Demikian barangkali reaksi sebahagian apabila melihat kebejatan kaum-kaum perosak dibongkar satu persatu dengan bukti dan hujah yang terang lagi nyata. Bukan fitnah, bukan andaian-andaian kosong dan bukan umpatan, tetapi bukti dan dalil daripada perkataan dan perbuatan mereka sendiri….

  • |

    ANTARA PENGEBOMAN MEKAH & KOTA LONDON

    ANTARA PENGEBOMAN MEKAH & KOTA LONDON Apabila kota-kota negara kafir seperti London, Paris dan Brussels bergegar dengan letupan bom pengganas, ketika itu ramailah yang akan membincangkannya, menyuarakan bantahan mereka dan mengutuk perbuatan tersebut. Tetapi apabila hal yang sama berlaku di Kota Suci Islam, tempat letaknya Rumah Allah, Kaabah, Kiblat Umat…