|

SEBAIK-BAIK UCAPAN TERIMA KASIH

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ ‌أَبْلَغَ ‌فِي ‌الثَّنَاءِ.

“Barang siapa dilakukan padanya kebaikan lalu dia berkata kepada orang tersebut ‘Jazakallahu khaira (Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) maka sesungguhnya dia telah memberikan sebaik-baik pujian.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

Nabi ﷺ dalam hadis di atas mengajarkan cara terbaik untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melakukan kebaikan iaitu dengan berkata kepadanya:

‘Jazakallahu khaira’

(Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan)

Ternyata ini bukan sekadar ucapan ‘terima kasih’ malah ia juga merupakan sebuah doa.

Doa kebaikan buat orang yang berkenaan.

Sedangkan doa ialah ibadah.

Dan sebaik-baik ibadah ialah apa yang menepati sunah Nabi ﷺ.

Justeru amalkan doa ini tanpa mengubah atau menokok tambahnya.

Daripada Allah jua kita memohon hidayah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Zulkaedah 1444H
21 Mei 2023

Similar Posts

  • |

    NASIHAT SECARA SEMBUNYI

    – Teguran terbuka / tertutup – Nasihat & Celaan Tidak dinafikan bahawa nasihat disyariatkan dalam agama. Sabda Nabi ﷺ: الدِّينُ النَّصِيحَةِ. “Agama itu nasihat.” [Sahih. Riwayat Muslim] Hanya sahaja nasihat yang disampaikan perlu mematuhi garis-garis panduan yang ditetapkan oleh syariat. Antaranya: Nasihat kepada individu perlulah disampaikan secara tertutup dan secara…

  • |

    KELAB KOMEDI YANG HINA

    – Mempermainkan agama, menghina Muslim – Syarat batasan bergurau Tular dalam media baru-baru ini sebuah kelab komedi yang mengadakan persembahan dengan menjemput pelawak-pelawak yang didapati antara lain menjadikan ajaran Islam dan Muslim sebagai bahan ketawanya. Ini tidak patut, umat Islam sewajarnya menjauhi tempat-tempat seperti ini manakala pihak berkuasa berhak untuk…

  • JANGAN MENGHINA

    – B40 – Kemuliaan Muslim Muslim itu mulia dan memiliki hak-hak yang wajib dipelihara dan ditunaikan oleh sesama Muslim. Antaranya menjaga darah nyawanya, hartanya dan juga maruahnya. Justeru syariat melarang perbuatan menghina antara sesama Muslim walau atas apa sebab sekalipun. Sabda Nabi ﷺ: الـمُسلِمُ أَخُو الـمُسلِم، لاَ يَظلِمُهُ، وَلاَ يَـخذُلُهُ،…

  • GRUP WHATSAPP KELUARGA

    Zaman sentiasa berubah, demikian juga uruf dan adat manusia. Dahulu, bertanya khabar dilakukan melalui ziarah atau berutus warkah. Pada hari ini, ia lebih mudah dengan adanya aplikasi seperti WhatsApp. Namun begitu, kewajipan menjaga hubungan silaturahim tetap kekal dan tidak berubah. Antara bentuknya ialah memberi salam serta bertanya khabar, dan hal…

  • |

    CARA JAWAB KIRIM SALAM

    Jika dikatakan “Ada orang kirim salam” mungkin kebiasaannya kita mendengar orangnya menjawab “Waalaikumussalam!” Sekalipun jawapan ini tidak salah tetapi Sunahnya menjawab: عَلَيْكَ وَعَلَيْهِ السَّلامُ. “Alaika waalaihissalam.” (Kesejahteraan ke atasmu dan ke atasnya) Ini berdasarkan sebuah hadis di mana Nabi ﷺ berkata kepada isterinya Aisyah radiallahuanha: يَا عَائِشَةُ، هَذَا جِبْرِيلُ عَلَيْهِ…