|

TATACARA KENCING?

– Agama Islam memudahkan, bukan menyusahkan

Tatacara-tatacara yang disebutkan dalam gambar ini tiada sandarannya dalam hadis sahih.

Justeru ia lebih kepada menyusahkan apa telah sedia dimudahkan oleh agama.

Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:

يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا.

“Mudahkan dan jangan menyusahkan.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Syariat Islam turut memberi amaran ke atas mereka yang bersikap berlebih-lebihan sehingga mahu menyulitkan apa yang telah dimudahkan bahawasanya kelak mereka akan tewas dan tidak dapat bertahan lama dengan sikap mereka itu.

Sabda Nabi ﷺ:

إنَّ الدِّينُ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينِ أحَدٌ إلَّا غَلَبَهُ.

“Sesungguhnya agama itu mudah, dan tiada sesiapa yang menyusahkan urusan agama ini melainkan dia akan tertewas.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Julai 1443H /
01 Zulhijah 2022

Similar Posts

  • |

    KAEDAH DALAM CARA PERGAULAN

    – Akhlak Mulia – Cara Berpakaian Kaedah terbaik dalam cara pergaulan ialah untuk kita bergaul dengan orang lain mengikut cara seperti mana kita suka orang lain bergaul dengan kita. Sabda Nabi ﷺ: فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ ‌يُزَحْزَحَ ‌عَنِ ‌النَّارِ وَيُدْخَلَ الْجَنَّةَ، فَلْتَأْتِهِ مَنِيَّتُهُ وَهُوَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِر، وَلْيَأتِ إلى ‌النَّاس…

  • JANGAN MENGHINA

    – B40 – Kemuliaan Muslim Muslim itu mulia dan memiliki hak-hak yang wajib dipelihara dan ditunaikan oleh sesama Muslim. Antaranya menjaga darah nyawanya, hartanya dan juga maruahnya. Justeru syariat melarang perbuatan menghina antara sesama Muslim walau atas apa sebab sekalipun. Sabda Nabi ﷺ: الـمُسلِمُ أَخُو الـمُسلِم، لاَ يَظلِمُهُ، وَلاَ يَـخذُلُهُ،…

  • GRUP WHATSAPP KELUARGA

    Zaman sentiasa berubah, demikian juga uruf dan adat manusia. Dahulu, bertanya khabar dilakukan melalui ziarah atau berutus warkah. Pada hari ini, ia lebih mudah dengan adanya aplikasi seperti WhatsApp. Namun begitu, kewajipan menjaga hubungan silaturahim tetap kekal dan tidak berubah. Antara bentuknya ialah memberi salam serta bertanya khabar, dan hal…

  • |

    MENGGEMBIRAKAN KAWAN

    – Sunah Nabi ﷺ Kawan yang baik ialah mereka yang prihatin dan peduli tentang keadaan saudaranya. Dia tidak akan membiarkan saudaranya dalam kesusahan tanpa berbuat apa-apa bagi meringankan beban yang dihadapinya. Termasuklah jika saudaranya itu dalam keadaan susah hati dan murung. Dia akan berusaha dan berikhtiar bagi mengembalikan semangat saudaranya….

  • |

    NASIHAT SECARA SEMBUNYI

    – Teguran terbuka / tertutup – Nasihat & Celaan Tidak dinafikan bahawa nasihat disyariatkan dalam agama. Sabda Nabi ﷺ: الدِّينُ النَّصِيحَةِ. “Agama itu nasihat.” [Sahih. Riwayat Muslim] Hanya sahaja nasihat yang disampaikan perlu mematuhi garis-garis panduan yang ditetapkan oleh syariat. Antaranya: Nasihat kepada individu perlulah disampaikan secara tertutup dan secara…

  • |

    SEBAIK-BAIK UCAPAN TERIMA KASIH

    Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ ‌أَبْلَغَ ‌فِي ‌الثَّنَاءِ. “Barang siapa dilakukan padanya kebaikan lalu dia berkata kepada orang tersebut ‘Jazakallahu khaira (Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) maka sesungguhnya dia telah memberikan sebaik-baik pujian.” [Sahih. Riwayat Tirmizi] Nabi ﷺ dalam hadis di atas…