car mirror

BERSANGKA BAIK DENGAN ORANG

– Orang yang hebat & bijaksana
– Cara bergaul & berakhlak mulia

Kata Omar al-Khattab:

أَعْقَلُ ‌النَّاسِ أَعْذَرُهُمْ لَهُمْ.

“Orang yang paling bijaksana ialah orang yang paling bersangka baik dengan orang lain.”

Bersangka baik dengan orang lain termasuk dalam erti akhlak mulia.

Ada kalanya orang lain tersalah kata atau melayan kita dengan layanan yang tidak menepati taraf yang kita mahu.

Barangkali mereka mempunyai keuzuran yang kita tidak tahu.

Justeru usahlah bersangka buruk dengan orang lain.

Kerana Allah ﷻ berfirman:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞ.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.”

[Al-Quran, al-Hujuraat, 49:12]

Sabda Nabi ﷺ:

إيَّاكُمْ وَالظَّن فَإنَّ الظَّنَّ أكْذَب الحَدِيثِ.

“Janganlah kamu bersangka-sangka kerana sesungguhnya bersangka-sangka itu adalah sebesar-besar pembohongan.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
22 Ramadan 1443H /
24 April 2022

Similar Posts

  • |

    ISTERI BERSYUKUR & BERTERIMA KASIH

    Bersyukurlah nescaya rezekimu bertambah. Firman Allah ﷻ: لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ. “Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu.” [Al-Quran, Ibrahim, 14:7] Kerana itu para isteri diingatkan supaya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada suami khususnya jika si isteri bergantung pada suaminya itu. Sabda Nabi ﷺ: لا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى…

  • |

    SEBAIK-BAIK UCAPAN TERIMA KASIH

    Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ ‌أَبْلَغَ ‌فِي ‌الثَّنَاءِ. “Barang siapa dilakukan padanya kebaikan lalu dia berkata kepada orang tersebut ‘Jazakallahu khaira (Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) maka sesungguhnya dia telah memberikan sebaik-baik pujian.” [Sahih. Riwayat Tirmizi] Nabi ﷺ dalam hadis di atas…

  • TEMPAT LETAKNYA AKAL, SIFAT KASIH & KASIHAN

    TEMPAT LETAKNYA AKAL, SIFAT KASIH & KASIHAN . Ali bin Abi Talib radhiallahu berkata dalam Perang Siffin: إن العقل في القلب والرحمة في الكبد والرأفة في الطحال والنفس في الرئة “Sesungguhnya akal dalam JANTUNG, kasih dalam HATI, kasihan dalam LIMPA, manakala nafas (atau nafsu?) dalam PARU-PARU.” . Riwayat Bukhari dalam…

  • |

    KELAB KOMEDI YANG HINA

    – Mempermainkan agama, menghina Muslim – Syarat batasan bergurau Tular dalam media baru-baru ini sebuah kelab komedi yang mengadakan persembahan dengan menjemput pelawak-pelawak yang didapati antara lain menjadikan ajaran Islam dan Muslim sebagai bahan ketawanya. Ini tidak patut, umat Islam sewajarnya menjauhi tempat-tempat seperti ini manakala pihak berkuasa berhak untuk…

  • |

    MENGGEMBIRAKAN KAWAN

    – Sunah Nabi ﷺ Kawan yang baik ialah mereka yang prihatin dan peduli tentang keadaan saudaranya. Dia tidak akan membiarkan saudaranya dalam kesusahan tanpa berbuat apa-apa bagi meringankan beban yang dihadapinya. Termasuklah jika saudaranya itu dalam keadaan susah hati dan murung. Dia akan berusaha dan berikhtiar bagi mengembalikan semangat saudaranya….