Moon light and night sky.
|

KALAU DOA, NAK MINTA APA?

– Mintalah daripada Allah ﷻ
– Waktu sepertiga malam terakhir

Minta supaya dijauhkan daripada sifat lemah, malas, takut, bakhil, kasar, lalai, papa, hina, cinta dunia…

Mintalah juga supaya dijauhkan daripada kekufuran, kesyirikan, kefasiqan, kesombongan di samping penyakit-penyakit yang berpanjangan, bebanan hutang, penindasan manusia, hilangnya nikmat, ditimpa bebanan musibah yang berat, kesengsaraan dan kedukaan…

Sedangkan antara waktu mustajab doa ialah pada sepertiga malam terakhir.

Sabda Nabi ﷺ:

ينزلُ ‌ربُّنا كلَّ ليلةٍ إلى سَماء الدُّنيا حينَ يَبْقى ثُلُثُ اللَّيلِ الآخِر، فيقولُ: مَنْ يدْعوني فأَستَجيبَ لهُ؟ مَنْ يَسْأَلُني فأُعْطِيَهُ؟ مَنْ يَسْتَغْفرني فأغفرَ له؟

“Tuhan kita turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir lalu Dia berkata: Siapakah yang mahu berdoa kepadaku? Nescaya Aku perkenankan. Siapakah yang mahu meminta daripadaku? Nescaya Aku berikan. Siapakah yang mahu meminta keampunan daripadaku? Nescaya Aku ampunkan.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

——————-

Sepertiga Malam Terakhir:

Waktu malam ialah antara Maghrib hingga Subuh. Jarak masanya dibahagi tiga untuk mengetahui bila masanya bermulanya sepertiga malam terakhir.

——————-

Kepada Allah ﷻ jua kita memohon dan meminta.

Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Ramadan 1443H /
19 April 2022


 

HIMPUNAN DOA NABI ﷺ MEMOHON PERLINDUNGAN

Terjemahan poster oleh Abu Adam
Disemak oleh: Ustaz Idris bin Sulaiman, hafizahullah

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِن:
Ya Allah, Aku berlindung kepadamu dari:
(1) Kelemahan العجز
(2) kemalasan والكسل
(3) Pengecut والجبن
(4) Kedekut والبخل
(5) Kenyanyukan (sangat tua) والهرم
(6) Bersikap kasar والقسوة
(7) Kecuaian (tidak berhati-hati) والغفلة
(8) Dan tidak berdaya والعيلة
(9) Dan kehinaan والذلة
(10) Hidup melarat والمسكنة
(11) Dan kefakiran والفقر
(12) Dan kekufuran / kekafiran والكفر
(13) Kesyirikan والشرك
(14) Kefasikan (sentiasa berbuat dosa) والفسوق
(15) Bersikap memecah-belah والشقاق
(16) Kemunafikan والنفاق
(17) Ingin popular / ingin nama / ingin diketahui والسمعة
(18) Riya’ / suka menunjuk-nunjuk والرياء
(19) Pekak والصمم
(20) Bisu والبكم
(21) Gila والجنون
(22) Penyakit Sopak والجذام
(23) Penyakit Kusta والبرص
(24) Penyakit-penyakit yang keji وسيئ الأسقام
(25) Dikuasai hutang وغلبة الدين
(26) Dipaksa oleh orang lain وقهر الرجل
(27) Dari hilangnya nikmat-Mu ومن زوال نعمتك
(28) Hilangnya kesihatan وتحول عافيتك
(29) Dari kemarahan-Mu (siksa-Mu) secara tiba-tiba وفجاءة نقمتك
(30) Dari semua kemurkaan-Mu وجميع سخطك
(31) Dari Bala’ (ujian) yang menyusahkan جهد البلاء
(32) Kesengsaraan yang menderitakan ودرك الشقاء
(33) Takdir yang buruk وسوء القضاء
(34) Celaan / cacian musuh وشماتة الأعداء

Semoga sama-sama beroleh manfaat.

‎حيَّاكم الله.

Rujukan:
أخرجه البخاري (2823)، ومسلم (2706).
(i)
أخرجه الطبراني في ((المعجم الصغير)) (316) باختلاف يسير، والحاكم (1944)، والبيهقي في ((الدعوات الكبير)) (348)، صحيح، الألباني، صحيح الجامع 1285. (ii)
أخرجه مسلم (2739). (iii)

Similar Posts

  • |

    JANGAN BACA DALIL SEKERAT-SEKERAT

    JANGAN BACA DALIL SEKERAT-SEKERAT #Kaedah-Kaedah Ilmiah #Kaedah 3 Jika anda menukil sebuah nas maka jangan dipotong-potong nas itu untuk anda berhujah dengan sebahagian maksud nas itu sahaja. Hendaklah sesebuah nas itu dilihat secara menyeluruh sebelum dibuat kesimpulan. Seperti mana jika hanya dilihat firman-Nya “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat” dan…

  • |

    JIWA YANG KOSONG

    – Ketenangan hakiki Dalam hati manusia ada kekosongan yang tidak akan dapat diisi kecuali dengan rasa cinta kepada Allah ﷻ, berserah dan berzikir mengingatiNya di samping jujur ikhlas beribadah kepadaNya. Jika manusia diberikan habuan dunia dengan segala isinya nescaya kelompongan ini tetap tidak akan dapat diisi. Firman Allah ﷻ: وَمَن…

  • |

    MALAM 27 RAMADAN

    – Khamis, 28 April 2022 – Malam Lailatul Qadar Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya Lailatul Qadar kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil di bulan Ramadan, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا…

  • |

    HARI RAYA AIDILFITRI: IKUT ANAK BULAN ATAU FALAK?

    Umat Islam disyariatkan menyambut Hari Raya Aidilfitri apabila mereka melihat anak bulan Syawal. Demikian adalah pendirian sekalian para ulama berdasarkan sabda Nabi ﷺ: صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعِدَّةَ. “Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan (masuknya bulan Ramadan) dan berbukalah kamu apabila kamu melihatnya (menyambut Hari Raya…