Close up of microphone

VIDEO RAKAMAN: MAKMUM KELIRU MENEGUR BACAAN IMAM

– Berpada-pada memberi pendapat
– Beza dalil qat’i dan zhanni

Rakaman menunjukkan saat imam membaca ayat 13, surah Hud lalu salah seorang makmum di belakangnya menegur bacaannya tetapi tidak diendahkan oleh imam. Makmum itu berkali-kali menegurnya tetapi imam tetap teguh dengan bacaannya. Ternyata bacaan sang imam benar manakala makmum itu yang keliru.

——————-

PENGAJARAN:

Ada kalanya kita mungkin terlalu merasa yakin dengan suatu pendapat sehingga berkeras dan barangkali sampai berdegil dan bermati-matiannya mempertahankannya. Sedangkan selagi mana kita tidak mempunyai bukti jelas yang menyokong pendapat tersebut maka eloklah kita berpada-pada dan bermuhasabah kerana ada kemungkinannya kita yang keliru dan salah.

Akhirnya kebenaran dalam hal-hal Agama itu ialah apa yang selari dengan firman Allah ﷻ, sabda RasulNya ﷺ dan amalan para Sahabat baginda ﷺ yang menjadi ijmak kesepakatan umat Islam (dalil qat’i). Selainnya hanyalah pendapat dan ijtihad (dalil zhanni) yang boleh jadi benar atau salah.

——————-

Sumber asal rakaman:

https://www.facebook.com/groups/1042283289123762/posts/5541646879187358/

——————-

Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Ramadan 1443H /
17 April 2022

Similar Posts

  • |

    KAITAN NOMBOR KES KORONAVIRUS DENGAN AL-QURAN?

    KAITAN NOMBOR KES KORONAVIRUS DENGAN AL-QURAN? Sebahagian mahu menggemparkan masyarakat Islam dengan mengaitkan antara nombor jumlah kes koronovirus pada tarikh tertentu dengan nombor ayat tertentu dalam AL-QURAN. Kita tegaskan: INI MENGARUT! AL-QURAN sama sekali BUKAN permainan TILIK NOMBOR. Hampir sahaja perbuatan ini mirip permainan tukang tilik ahli nujum yang bermain…

  • |

    AJAR PELAJAR SEKOLAH PAKAI KONDOM?

    Kononnya bagi menangi kes-kes cabul dan rogol yang kesudahannya membuatkan mangsanya hamil dan melahirkan bayi luar nikah, sekali gus meningkatkan lagi kes pembuangan bayi. https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/07/21/pelajar-lelaki-malu-malu-disuruh-sarung-kondom-depan-rakan-nampak-kekok-ramai-tak-setuju-latihan-amali-pendidikan-seks-di-sekolah Maka subjek pendidikan seks di sekolah dilihat penting bagi membendung isu sosial dalam kalangan remaja, ini termasuklah dengan mengajar para pelajar cara memakai kondom. Falasi…

  • |

    CAMPUR TANGAN YAHUDI MENJATUHKAN KERAJAAN

    CAMPUR TANGAN YAHUDI MENJATUHKAN KERAJAAN Berikut adalah video pengakuan Daniel Twining, Presiden International Republican Institute (IRI) yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat membantu pihak-pihak bersekongkol dalam negara untuk menjatuhkan kerajaan semenjak tahun 2002. IRI adalah sebuah pertubuhan yang mendapat dana langsung daripada pertubuhan globalis Yahudi National Endowment for Democracy (NED),…

  • |

    ANAK-ANAK RASULULLAH Sallalahu alaihi wassalam

    ANAK-ANAK RASULULLAH Sallalahu alaihi wassalam Firman Allah: مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ (Muhammad itu bukanlah bapa bagi sesiapa daripada kalangan orang lelaki kamu) Surah Al-Ahzaab, ayat 40. Kata Imam Ibnu Kathir: “Allah melarang perbuatan mengatakan sesudah turunnya ayat ini: Zaid bin Muhammad (anak angkat Baginda). Yakni Baginda bukanlah…

  • |

    BAHAGIA HAKIKI BUKAN DENGAN HARTA

    Firman Allah ﷻ: فَلَا تُعۡجِبۡكَ أَمۡوَٰلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُهُمۡۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَتَزۡهَقَ أَنفُسُهُمۡ وَهُمۡ كَٰفِرُونَ “Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada kekayaan harta dan anak-anak mereka (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan kekayaan dan anak-anak mereka itu dalam kehidupan dunia, dan hendak…