|

HODOHNYA DAJAL TETAPI RAMAI PENGIKUT

Sehodoh-hodoh Dajal, seorang lelaki yang pendek, berbadan gempal, mata kanannya buta dan kulitnya terjelir seperti buah anggur yang mengecut, mata kirinya pula terdapat daging lebih yang tebal, kakinya ada kecacatan, berambut kerinting, mempunyai dada dan dahi yang lebar manakala tertera di dahinya kaf-fa-ra (kafir) sekalipun demikian majoriti penduduk dunia pada waktu kemunculan Dajal nanti akan jadi pengikutnya.

Ramai pengikut Dajal daripada kalangan orang-orang Yahudi dan juga kaum wanita.

Malah kemungkinan besarnya akan ada pengikutnya daripada kalangan orang-orang Islam yang terpedaya dengannya.

Terpedaya dengan Dajal yang mendakwa dirinya tuhan lalu menyeru supaya manusia menyembahnya.

Maka ramailah manusia waktu itu yang tunduk sujud sembah Dajal!

Seburuk-buruk rupa Dajal dengan segala kekurangan dan kecacatan rupa fizikal tetapi ramai yang akan terpedaya sehingga mengaku Dajal sebagai tuhan.

Ini semua dek kurang ilmu dan kurang akal.

Kurangnya akal yang dipandu oleh wahyu Al-Quran dan al-Sunah.

Sehingga sanggup melakukan apa yang jelas tidak wajar dan tidak masuk akal.

Pentingnya berilmu dan mempelajari Al-Quran serta al-Sunah mengikut faham para Sahabat Nabi ﷺ demi memelihara diri dan keluarga daripada kesesatan dan kekufuran.

Sedangkan pada hari ini ada sebahagian orang Islam yang meletakkan simbol capal atas kepala sedangkan hal tersebut tiada sama sekali dalam ajaran agama, tidak pernah diajar oleh Nabi ﷺ ataupun diamalkan oleh para Sahabat dan para alim ulama Salaf al-Soleh.

Walau bagaimanapun, ini hanya sekelumit daripada kejahilan serta kurangnya akal berbanding waktu kemunculan Dajal nanti.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan daripada fitnah Dajal.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Syawal 1444H
06 Mei 2023

Similar Posts

  • |

    BIDAAH HASANAH

    – Dalil-dalil syubhah & jawapan SYUBHAH PERTAMA: Sabda Nabi ﷺ: مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ…

  • |

    SIKAP MUSLIM DENGAN IBADAHNYA

    Muslim sentiasa melihat amal ibadahnya sedikit. Dan amalan ibadahnya memang sedikit dan dia melihatnya begitu. Sama sekali dia tidak akan menganggapnya banyak ataupun merasa ujub kagum dengannya. Sebaliknya dia senantiasa melihatnya serba kurang. Sikap sebegini penting kerana ia akan membuatkan orangnya terus berusaha menambahkan lagi amalannya serta berusaha untuk memperbaikinya….

  • |

    GEORGE SOROS: SEMAKIN BANYAK NEGARA MENGHARAMKAN ORGANISASI ‘OPEN SOCIETY FOUNDATION’ BELIAU

    GEORGE SOROS: SEMAKIN BANYAK NEGARA MENGHARAMKAN ORGANISASI ‘OPEN SOCIETY FOUNDATION’ BELIAU Penyangak mata wang George Soros dilihat menjadi antara individu utama di sebalik gerakan globalisasi merosakkan sosiobudaya masyarakat dunia ke arah liberal dan sekular. Gerakan beliau dilihat mengancam pegangan budaya dan agama masyarakat antarabangsa ketika mana usaha gigih dilakukan untuk…

  • ORANG AWAM TAK PERLU TAHU DALIL?

    Kenyataan ini mengelirukan. Benar orang awam tidak wajib mengetahui dalil kerana Allah ﷻ hanya membebankan hambaNya dengan apa yang mereka mampu sedangkan bukan semua orang mampu tahu dan faham dalil. Tetapi ini sama sekali tidak bererti bahawa orang awam tidak patut diajar tentang dalil. Bukankah mengetahui dalil akan menambahkan ilmu…

  • |

    YAHUDI SERANG GAZA PALESTIN

    Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di Palestin dan segerakanlah hukumanMu ke atas golongan pelampau yang menindas. Berikan perlindungan dan keamanan buat kaum Muslimin di sana. Awas tipu daya Yahudi laknatullah yang dibantu kelompok-kelompok dukungan Syiah Iran untuk menimpakan bala bencana buat Ahli Tauhid dan Sunah atas nama jihad supaya Yahudi…

  • | |

    ‘KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN’?

    ‘KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN’? Mungkin kita pernah mendengar seseorang menukilkan hadis dengan lafaz: النَّظَافَةُ مِنَ الإيمَانِ “Kebersihan sebahagian daripada iman” Sekalipun maknanya sahih tetapi ia HADIS LEMAH. Maka hadis ini TIDAK SABIT DARIPADA NABI. Ungkapan ini masyhur, sering diucapkan dan dinisbahkan sebagai hadis. Perlu ditegaskan bahawa BUKAN semua ungkapan MASYHUR…