|

LARANGAN GAMBAR MAKHLUK BERNYAWA

– Ancaman azab seksa api neraka

Berikut ialah hadis-hadis dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim berkenaan larangan membuat gambar makhluk bernyawa:

1. Hadis Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda:

قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذَهَبَ ‌يَخْلُقُ ‌كَخَلْقِي، فَلْيَخْلُقُوا ذَرَّةً أَوْ لِيَخْلُقُوا حَبَّةً أَوْ شَعِيرَةً.

“Allah ﷻ berfirman: Siapakah orang yang lebih zalim daripada mereka yang mencipta seperti ciptaan Aku? Memadai dengan mencipta biji sawi, biji-bijian atau biji gandum.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

2. Hadis Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda:

أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الَّذِينَ ‌يُضَاهُونَ ‌بِخَلْقِ ‌اللهِ.

“Manusia paling berat azab seksanya pada Hari Kiamat ialah orang-orang yang menyaingi penciptaan Allah.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

3. Hadis Ibnu Abbas r.a., bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda:

كُلُّ ‌مُصَوِّرٍ ‌فِي ‌النَّارِ يُجْعَلُ لَهُ بِكُلِّ صُورَةٍ صَوَّرَهَا نَفْسًا فَيُعَذِّبُهُ فِي جَهَنَّمَ.

“Semua pembuat gambar dalam neraka. Akan dibuatkan untuknya dengan setiap gambar yang telah dibuatnya roh yang dengannya dia akan diseksa dalam Neraka Jahanam.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

4. Hadis Ibnu Abbas r.a., bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ ‌صَوَّرَ ‌صُورَةً فِي الدُّنْيَا كُلِّفَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنْ يَنْفُخَ فِيهَا الرُّوحَ وَلَيْسَ بِنَافِخٍ.

“Barang siapa membuat gambar (makhluk bernyawa) di dunia maka dia akan diperintahkan pada Hari Kiamat supaya meniupkan roh ke dalamnya sedangkan dia tidak akan mampu.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

5. Hadis Ali bin Abdi Talib r.a., katanya:

ألا أبْعَثُكَ عَلى مَا بَعَثَني عَليهِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: أنْ لا تَدَعَ صُورَةً إلاَّ طَمَستَها ولا قبراً مُشرِفاً إلا سَوَّيتَهُ.

“Mahukah engkau aku utus dengan apa yang aku telah diutus oleh Rasulullah ﷺ? Hendaklah engkau tidak membiarkan mana-mana gambar (makhluk bernyawa) kecuali engkau memadamkannya, dan jangan dibiarkan mana-mana kuburan yang tinggi melainkan engkau meratakannya.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

KESIMPULAN

Hadis-hadis di atas melarang perbuatan membuat gambar makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan tidak kira dalam apa jua bentuknya sama ada foto, lukisan, ukiran, patung, tugu, monumen dan sebagainya

Adapun gambar makhluk yang tidak bernyawa seperti pokok, batu, bunga dan sebagainya maka hukumnya harus.

Terdapat ancaman berat ke atas mereka yang membuat gambar makhluk bernyawa di mana ia dikategorikan sebagai satu kezaliman kerana mahu bersaing dengan Allah ﷻ selaku al-Musawwir; Yang Maha Menentukan Bentuk Rupa Makhluk-Nya.

Nabi ﷺ memberi ancaman bahawa semua pembuat gambar dalam neraka, dan bahawasanya merekalah yang akan mendapat azab seksa yang paling berat pada Hari Kiamat.

Antara seksaan azabnya ialah mereka akan diperintahkan supaya meniupkan roh ke dalam gambar-gambar yang telah dibuat sedangkan mereka tidak akan mampu berbuat demikian.

Kesudahannya, Allah ﷻ akan meniupkan roh ke dalam setiap gambar yang telah dibuat itu untuk menyeksa para pembuatnya dalam Neraka Jahanam.

Justeru di samping larangan membuatnya Muslim diperintahkan supaya memadamkan mana-mana gambar makhluk bernyawa ini.

Daripada Allah jua kita memohon perlindungan daripada azab api neraka.

Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Muharam 1444H
10 Ogos 2022

Similar Posts

  • |

    AZAM TAHUN BAHARU BUKAN BUDAYA ISLAM

    ‘Azam tahun baharu’ sinonim bila tiba awal tahun baharu Masihi. Sedar atau tidak budaya ini kembali ke zaman pagan Babylon lebih 4000 tahun dahulu. https://www.abc.net.au/news/2023-12-31/new-year-resolutions-began-as-ancient-rituals-4000-years-ago/103271974 Maka penting ditegaskan bahawa ‘azam tahun baharu’ bukan budaya Islam dan lebih penting lagi ia sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Berbeza dengan mereka yang berazam…

  • |

    DISEKAT OLEH FACEBOOK

    Kerana hantaran berkenaan kematìan General Qasim Sulaimani – Allah akan menghukumnya dengan seadilnya – si pembunüh umat Islam di Iraq dan Syria, pada awal tahun ini. Barangkali dilaporkan oleh orang Syiah atau orang yang bersimpati dengan Syiah. Bagaimana pula dengan ribuan umat Islam yang diseksa dan dibunüh oleh Syiah di…

  • |

    MAHA SUCI PENCIPTA KORONA YANG MENGUTUSNYA

    MAHA SUCI PENCIPTA KORONA YANG MENGUTUSNYA Maha Suci Pencipta Korona yang mengutusnya, Bagi menunjukkan betapa kerdilnya manusia, Virus kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata, Sudah cukup menggemparkan penduduk dunia, Ekonomi yang sekian lama dibina sehingga maju kini terhenti tak semena-mena, ‘Duduk di rumah’ kini menjadi slogan, Menunjukkan betapa manusia…

  • |

    MAJLIS ILMU

    MAJLIS ILMU Majlis ilmu ialah majlis para malaikat manakala majlis kelalaian ialah majlis syaitan. Manusia akan duduk bersama dengan orang yang sepertinya. Dan setiap manusia itu akan cenderung kepada apa yang sesuai dengan jiwanya. ——————- Sabda Nabi ﷺ: “Agama seseorang itu bergantung kepada agama temannya. Maka lihatlah dengan siapa kamu…

  • | |

    KEBENARAN WAJIB DIJELASKAN

    Wajib ada pihak dalam kalangan umat Islam yang berdakwah menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Firman Allah ﷻ: وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ “Dan hendaklah ada di antara kamu pihak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang…