|

PENAFIAN AFILIASI POLITIK

– UMNO & Hizbi

Sekian lama saya mendengar cakap-cakap yang mengatakan bahawa Ustaz Idris Sulaiman orang parti UMNO yang menerima dana tertentu daripadanya dan beliau seorang ‘hizbi’.

——————-

Pengertian Hizbi:

HIZBI

——————-

Seingat saya cakap-cakap ini sudah mula sejak hampir 10 tahun lalu.

Saya tidak menyangka bahawa cakap-cakap ini bertahan sampai sekarang.

Atas nasihat sahabat yang juga seorang ustaz yang saya hormati mencadangkan supaya penafian ini dibuat.

Justeru saya tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menganggotai mana-mana parti politik sama ada UMNO atau lain.

Malah secara peribadi saya berpandangan bahawa seorang ustaz seharusnya bersifat ‘apolitical’ tidak menyertai mana-mana parti politik supaya bebas memberi pendapat tanpa sebarang keterikatan.

Saya turut tegaskan tidak pernah menerima apa-apa dana daripada mana-mana parti politik.

Apa jua dakwaan sebaliknya ialah keliru atau fitnah yang berniat jahat.

Dengan kedua-dua penafian di atas saya anggap bahawa dakwaan ‘hizbi’ akan tertolak dengan sendirinya.

Jika ada pihak mempertikaikan buku ‘Pilihan Raya Malaysia’ yang dikarang pada tahun 2018 maka saya cadangkan supaya ia ditulis agar jelas dan lebih mudah difahami.

Penting kerana sehingga kini apa yang saya dengar hanya cakap-cakap tetapi poin sebenar masih samar-samar.

——————-

Buku ‘Pilihan Raya Malaysia’:

BUKU: PILIHAN RAYA MALAYSIA

——————-

Adapun melemparkan tuduhan dan gelaran secara semberono maka semua mampu melakukannya tetapi ia bukan cerminan orang beriman [Al-Quran, al-Hujurat, 49:11].

Justeru saya berbesar hati mengingatkan supaya semua pihak berlaku adil kerana itulah yang menghampiri ketakwaan.

Jangan kerana perbezaan pendapat menjadikan kita tidak dapat bersikap saksama.

Permasalahan ilmiah seharusnya diurus secara ilmiah; dengan dalil dan hujah.

Termasuklah dalam isu-isu politik dan yang lain.

Cakap-cakap serkap jarang sebaiknya dielakkan oleh Muslim apatah lagi yang mendakwa mendukung al-Sunah dan manhaj Salaf yang murni.

Kematangan berfikir, keterbukaan menerima pendapat khususnya yang bersifat ijtihad serta perbahasan yang berteraskan ilmu dan dalil itulah asas mengorak langkah ke hadapan.

CATATAN

Jadilah orang yang berilmu, orang yang menuntutnya atau orang yang mendengarnya, dan jangan jadi orang yang keempat nescaya engkau akan binasa.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Muharam 1444
11 Ogos 2022

Similar Posts

  • |

    ANTARA TAKAFUL SYARIE & TAKAFUL KONVENSIONAL

    Yang pertama bertujuan untuk tolong-menolong, manakala yang kedua ialah untuk menjana keuntungan. Apa yang diasaskan untuk ‘tolong-menolong’ = Badan Kebajikan. Apa yang diasaskan untuk menjana ‘keuntungan’ = Syarikat Perniagaan. Syarikat Perniagaan = untuk jana keuntungan; BUKAN untuk kerja-kerja kebajikan. Badan Kebajikan = untuk kerja-kerja bantuan secara sukarela, mengumpul dana bagi…

  • Takkan majoriti orang semua salah

    Kebenaran tidak diukur dengan mana-mana individu. Sebaliknya seseorang itu diukur dengan kebenaran. Kebenaran ialah apa yang menepati dalil Al-Quran dan hadis sahih tanpa mengira berapa ramai yang menerimanya atau menolaknya. Hanya kerana sesuatu pendapat itu diterima atau ditolak oleh orang-orang tertentu; sedikit atau ramai maka ia bukan dalil yang menunjukkan…

  • MEMBETULKAN PERKATAAN YANG MENGELIRUKAN 2

    Penjarakan antara makmum dalam saf; memakai pelitup muka ketika solat berjemaah; dan membawa sejadah sendiri ke masjid. Norma Baharu ❌ Norma Sementara ✅ Nabi ﷺ bersabda: لا تكلم بكلام تعتذر منه “Jangan engkau berkata dengan perkataan yang engkau terpaksa meminta maaf (kemudian)”. Termasuklah perkataan-perkatan yang engkau terpaksa perbetulkan bagi mengelak…

  • |

    TAHZIR

    – Murid mengkritik guru Tahzir ialah membuat kritikan terhadap seseorang sehingga memberi amaran dan peringatan supaya dijauhi orang tersebut. Kritikan terhadap seseorang semestinya perlu didasari ilmu dan kebijaksanaan. Antara kesalahan dalam bab ini ialah apabila murid lantang mendahului guru-guru mentahzir seseorang guru secara spesifik. Ini tidak wajar. Cuai dan terburu-buru…

  • |

    “INI SUNAT JE…”

    “INI SUNAT JE…” – TEGUH DI ATAS SUNAH NABI ﷺ Keprihatinan Nabi ﷺ untuk bersiwak semasa sakit sebelum meninggal dunia menunjukkan kesungguhan baginda ﷺ untuk melaksanakan as-Sunah walaupun di saat-saat akhir hidup baginda ﷺ. – Syeikh Abdul Muhsin al-Badr, ulama besar Madinah.

One Comment

Comments are closed.