|

WALI ALLAH BOLEH TERBANG?

– Khurafat dari meja penceramah
– Wali lebih tinggi dari rasul?

Perlu ditegaskan bahawa para wali Allah ialah mereka yang beriman dan bertakwa.

Firman Allah ﷻ:

أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ.

“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka yang beriman serta sentiasa bertakwa.”

[Al-Quran, Yunus, 10:62-63]

Maka sama sekali ciri-ciri wali Allah bukanlah orang yang boleh terbang, berjalan atas air dan seumpamanya.

Pemahaman sebegini tidak berasas sama sekali.

Ini kerana boleh sahaja orangnya wali syaitan dan kelebihan-kelebihan tersebut merupakan istidraj daripada Allah ﷻ khususnya jika orangnya terdiri daripada kalangan manusia derhaka yang tidak patuh pada suruhan-suruhan dan larangan-larangan Allah ﷻ.

Tambah lagi, Rasulullah ﷺ dan para Sahabat pun tidak memiliki kelebihan boleh terbang ini sedangkan mereka penghulu para wali Allah yang benar daripada kalangan umat akhir zaman ini.

Tetapi hakikatnya di sisi kaum pelampau Sufi kedudukan wali Allah lebih tinggi daripada kedudukan nabi dan rasul.

Maka tidak hairanlah mengapa kisah-kisah tentang wali Allah yang dijaja menceritakan tentang pelbagai kelebihan luar biasa yang Nabi ﷺ sendiri pun tidak memilikinya.

Kata tokoh pelampau Sufi Ibnu Arabi:

سَمَاءُ النُّبُوَّةِ فِي بَرْزَخٍ دُوَيْنَ الْوَلِيِّ وَفَوْقَ الرَّسُولِ.

“Kedudukan nabi di barzakh, sedikit di bawah wali dan di atas rasul.”

[Lata’if al-Asrar, hlm. 49]

Ini merupakan dakwaan batil lagi tidak berasas yang sekadar bertujuan untuk membuka pelbagai pintu khurafat dan kekufuran.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Muharam 1444H
13 Ogos 2022

Similar Posts

  • |

    MAJORITI AHLI SYURGA & AHLI NERAKA

    Sabda Nabi ﷺ: اطَّلَعْتُ ‌فِي ‌الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ، وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. “Aku melihat ke dalam syurga lalu aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang miskin dan aku melihat ke dalam neraka lalu aku dapati kebanyakan penghuninya ialah wanita.” [Sahih. Riwayat Bukhari (3241) & Muslim (2737)] Orang-orang…

  • |

    MENYAMAKAN ANTARA YANG SAMA & MEMBEZAKAN ANTARA YANG BERLAINAN

    MENYAMAKAN ANTARA YANG SAMA & MEMBEZAKAN ANTARA YANG BERLAINAN # Kaedah-Kaedah Ilmiah # Kaedah 13 Kaedah ini bersesuaian dengan akal yang sihat serta fitrah yang benar. Atas kaedah inilah Syariah didirikan di mana hukum atas sesuatu diberikan bersesuaian dengan apa yang semisalnya manakala apa yang sebaliknya diberikan hukum yang berbeza….

  • |

    ANDA HARAPAN TERAKHIR KAMI?

    Muslim yakin dan beriman dengan Allah ﷻ selaku al-Khaliq dan al-Razzaq, Yang Maha Perkasa lagi Maha Memberi. Segala sesuatu di bawah kuasa dan ketentuanNya. Tidak ada yang dapat menghalang apa yang diizinkan oleh Allah ﷻ, dan tidak ada yang dapat memberi apa yang dihalangNya. Allah ﷻ jualah yang memberi segala…

  • |

    BERTENANG

    BERTENANG Semua pihak harus tampil membantu menenangkan keadaan. Memandangkan bahawa terdapat sebahagian daripada masyarakat yang panik apabila terus menerus membaca berita penularan wabak penyakit. Apatah lagi pihak-pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan. Ingat, di sebalik kegawatan ada sahaja yang mencari keuntungan. Suasana panik hanya akan mengeruhkan keadaan. Barangkali kesan panik akibat…

  • |

    CAMPUR TANGAN YAHUDI MENJATUHKAN KERAJAAN

    CAMPUR TANGAN YAHUDI MENJATUHKAN KERAJAAN Berikut adalah video pengakuan Daniel Twining, Presiden International Republican Institute (IRI) yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat membantu pihak-pihak bersekongkol dalam negara untuk menjatuhkan kerajaan semenjak tahun 2002. IRI adalah sebuah pertubuhan yang mendapat dana langsung daripada pertubuhan globalis Yahudi National Endowment for Democracy (NED),…